Matan hadith
عن عائشة رضي الله عنها،
قالت: صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الضحى، ثم قال: "اللهم اغفر لي، وتب
علي، إنك أنت التواب الرحيم" حتى قالها مائة مرة
Terjemahan
Dari ‘Aisyah r.ha., ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. selesai solat
Dhuha, beliau mengucapkan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي،
وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْم
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau
Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang) sampai beliau membacanya seratus
kali.”
Takhrij
HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 619, Nasaie dalam Sunan Kubra no.
9935. Sanadnya sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no.
556 dan Sahih Adabul Mufrad no. 619.
Penjelasan
Barangsiapa yang selalu beristighfar, maka Allah Azza wa Jalla akan
menjadikan untuknya jalan kelapangan
dari segala duka; dan jalan keluar dari segala kesempitan. Dan Allah akan
memberinya rezeki dari arah yang tidak pernah ia sangka.
Dalil:-
Allah berfirman dalam al-Quran:
“…istighfarlah kepada Rabbmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia
akan memberimu kenikmatan yang terus-menerus…” (QS. Hud: 3).
“… istighfarlah kepada Rabbmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia
menurunkan hujan yang sangat deras kepadamu, dan menjadikan tubuhmu makin kuat
…“ (QS. Hud: 52)
“… Allah tidak akan mengazab mereka, selama mereka beristighfar“ (QS.
Al-Anfal: 33)
… istighfarlah kepada Rabbmu karena sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya
Dia mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan
anak-anakmu, dan menciptakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu“ (QS. Nuh:
10-12)
“… katakan: ‘Bebaskanlah kami dari dosa’, nescaya Kami ampuni
kesalahan-kesalahanmu. Dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami) kepada
mereka yang berbuat baik” (QS. Al-Baqarah: 58).
Hadith:
مَنْ لَزِمَ
الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ
هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan
untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu
kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka”. (HR. Abu Daud no. 1518, Ibnu Majah no. 3809, Ahmad no. 2123,
dhaif).
Menurut Syeikh Muhsin al-‘Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadith ini
berkata:
“Walaupun hadith ini dhaif dari sudut sanadnya tetapi maknanya terdapat
di dalam al-Quran ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2
hingga 3. Selain itu, di dalam al-Quran juga menyatakan bahawa istighfar
merupakan sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10
hingga 12”.
No comments:
Post a Comment