Matan hadith
لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ
لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ
لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ
تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ
أَفْضَلُ
Terjemahan
Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan
mereka kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan
sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta-harta
mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat
dan kejahatan. Akan tetapi, hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas
dasar agama. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi
mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang
merdeka yang membelakangi perintah agamanya.
Takhrij
HR. Ibnu Majah no. 1932, daripada Abdullah bin Amr ra. Syeikh al-Albani
menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Dhaif Ibnu Majah no. 322.
No comments:
Post a Comment