Wednesday, 30 September 2020

Enam ancaman dosa zina

 

Matan hadith

 

 

عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ يامعشر الْمُسلمين إيَّاكُمْ وَالزِّنَا فَإِن فِيهِ سِتّ خِصَال: ثَلَاث فِي الدُّنْيَا وَثَلَاث فِي الْآخِرَة فاما الَّتِي فِي الدُّنْيَا قد طَابَ إِلَيْهَا ودوام الْفقر وَقصر الْعُمر وَأما الَّتِي فِي الْآخِرَة فسخط الله وَطول الْحساب وَالْخُلُود فِي النَّار ثمَّ تَلا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم {لبئس مَا قدمت لَهُم أنفسهم أَن سخط الله عَلَيْهِم وَفِي الْعَذَاب هم خَالدُونَ}

 

Terjemahan

 

Wahai sekalian orang-orang Islam, takutlah kalian dari (melakukan) zina. Sungguh padanya ada enam ancaman; tiga di dunia dan tiga yang lain di akhirat. Yang di dunia adalah hilangnya nur wajah, pendeknya umur, dan kefakiran yang berpanjangan. Adapun yang di akhirat adalah kemurkaan Allah tabaraka wa ta’ala, buruknya hisab, dan azab neraka.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Adi dalam Dhuafa' al-Kabir 6/347, Al-Kharaithi dalam al-Masawi' no. 467, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/84 dan Abu Nu’aim dalam Hilyahtul Auliya 4/111, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 5091, daripada Huzaifah al-Yamani ra.

 

Hadith wahin (lemah) menurut Ibnu Adi, tidak ada asal menurut Ibnu Hibban, Tidak sahih menurut Ibnu Jauzi, juga didhaifkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 3/156, kerana kelemahan perawi bernama Maslamah. Dia lemah sekali, munkarul hadith dan matruk (Dzakirah al-Huffaz 5/2764).

 

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...