Adalah dimaklumi bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam hnaya membunuh
seorang saja dari kalangan musyrik dengan tangannya bernama Ubai bin Khalaf
sepanjang 19 perang yang beliau sertai. Hal itu diriwayatkan oleh Ibnu Jarir
dan Hakim dari Said bin Musayyab dan Zuhri rahimahumallah. Ibnu Katsir berkomentar
dalam Tafsirnya 2/296, "Sanadnya sahih."
Sheikh Safi al-Rahman al-Mubarakfuri turut menyatakan di dalam kitabnya
(Rahiq al-Makhtum, 1/244):
قَالَ اِبْنُ إسحاق:
فَلَمَّا أَسْنَدَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الشَّعْبِ
أَدْرَكَهُ أَبِي بْن خَلْفِ وَهُوَ يَقُولُ : أَيْنَ مُحَمَّدٍ ؟ لَا نَجَوْتُ
إِنْ نَجَا. فَقَالَ الْقَوْمُ : يَا رَسُولِ اللهِ، أَيَعْطِفُ عَلَيْهِ رَجِلَ
مَنَّا ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (دعوه) ،
فَلَمَّا دَنَا مِنْهُ تَنَاوَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْحَرْبَةُ مِنَ الْحَارِثِ بْن الصِّمَّةِ، فَلَمَّا أَخَذَهَا مِنْهُ
اِنْتَفَضَ اِنْتِفَاضَةُ تُطَايِرُوا عَنْهُ تَطَايَرَ الشِّعْرُ عَنْ ظَهْرِ
الْبَعيرِ إِذَا اِنْتَفَضَ، ثُمَّ اِسْتَقْبَلَهُ وَأَبْصَرَ تَرْقُوَتَهُ مِنْ
فَرَجَةِ بَيْنَ سَابِغَةُ الدَّرْعِ وَالْبُيْضَةِ، فَطَعَنَهُ فِيهَا طَعْنَةَ
تَدَأْدَأَ . تَدَحْرَجَ . مِنْهَا عَنْ فَرَسِهِ مِرَارًا. فَلَمَّا رَجَعَ إِلَى
قُرَيْشٍ وَقَدْ خَدَشَهُ فِي عُنْقِهِ خَدَشَا غَيْرُ كَبِيرُ، فَاِحْتَقَنَ
الدَّمُ، قَالَ: قَتَلَنِي وَاللهَ مُحَمَّدَ، قَالُوا لَهُ: ذَهَبٌ وَاللهُ
فُؤَادِكَ، وَاللهَ إِنَّ بِكَ مَنْ بَأسٍ، قَالَ: إِنَّهُ قَدْ كَانَ قَالٌ لِي
بِمَكَّةٍ:( أَنَا أَقْتُلُكَ)، فوالله لَوْ بَصَقَ عَلَى لِقَتَلَنِي. فَمَاتَ
عَدُوُّ اللهِ بسَرِف
Maksudnya: Ibn Ishaq berkata: Apabila Rasulullah SAW telah selamat
berada di atas bukit, Baginda dijejaki oleh Ubai bin Khalaf sambil melaung: “Di
mana Muhammad, aku tidak akan selamat kalau dia selamat?” lalu tentera Islam
berkata: “Wahai Rasulullah SAW bolehkah salah seorang daripada kami
menentangnya?” Rasulullah SAW menjawab: “Biarkan dia”. Maka apabila Ubai telah
hampir kepada Rasulullah SAW, Baginda mencapai sebelah lembing dari Harith bin
Simmah. Ketika Baginda mengambilnya Baginda melibas-libaskan lembing itu dengan
kuat sehingga para sahabat beranjakan darinya persis seperti bulu yang
berterbangan di atas belakang unta apabila ia mengibasnya. Kemudian Baginda
tampil ke arahnya sambil memandang tulang selangkanya yang kelihatan antara
baju dan topi besi yang dipakainya. Lalu dengan pantas Baginda menusukkan
lembing itu ke arah tulang selangkanya sehingga menyebabkan dia
terhoyong-hayang di atas kudanya berkali-kali. Apabila dia kembali kepada
rakan-rakan Quraisynya, tusukan lembing itu menyebabkan lehernya mengelupas kecil
dan mengelurakan darah. Dia pun berkata: “Demi Allah SWT, Muhammad telah
berjaya membunuhku”. Teman-temannya berkata kepadanya: “Demi Allah engkau sudah
kurang siuman, demi Allah SWT engkau tidak apa-apa. Tetapi dia menjawab:
“Muhammad pernah berkata kepadaku semasa di Mekah, beliau akan membunuhku. Demi
Allah SWT kalau dia meludahi aku itu sudah cukup untuk membunuhku. Semasa
angkatannya dalam perjalanan pulang ke Mekah, Ubai bin Khalaf seteru Allah SWT
itu meninggal dunia di sebuah tempat yang bernama sarif.
Rujukan
Al-Kafi li al-Fatawi no. 1334
No comments:
Post a Comment