Monday, 7 September 2020

Fadhilat solat sunat awwabin


Matan hadith

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ   : مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ، عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً.

Terjemahan

Daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah   bersabda: “Sesiapa yang solat selepas Maghrib sebanyak 6 rakaat, tanpa diselang antaranya dengan sesuatu perbicaraan yang buruk, samalah pahalanya dengan ibadat 12 tahun.” 

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 435, Ibnu Majah no. 1167.

Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib, begitu juga pentahqiqnya Syeikh Mubarakfuri menilai hadith ini dhaif kerana dhaifnya perawi bernama Umar bin Abi Khats'am.

Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal Mutanahiyah 1/452 berkata, sanadnya terdapat perawi yang didhaifkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad dan Ibnu Hibban iaitu, Umar bin Abi Khats'am. Imam Bukhari menilai dia munkarul hadith dan dhaif jiddan.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 469.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...