Matan hadith
عن علقمة والأسود: قرأنا على
عبد الله بن مسعود، فلما انتهينا إلى خاتمة سورة الحشر قال: ضعا أيديكما على
رؤوسكما فإني قرأت على النبي صلى الله عليه و سلم فلما بلغت هذه الآية
قال: ضع يدك على رأسك فإن جبريل عليه السلام لما نزل بها علي قال لي: ضع يدك
على رأسك فإنها شفاء من كل داء إلا السام، وهو الموت.
Terjemahan
Dari Alqamah dan al-Aswad: Kami membaca al-Qur'an kepada ‘Abdullah bin
Mas‘ud رضي الله عنه, lalu tatkala kami sampai di
penutup Surah al-Hasyr, beliau berkata: Letakkan tangan kamu berdua di kepala
kamu, sesungguhnya aku pernah membaca kepada Nabi ﷺ maka ketika aku sampai pada
ayat ini baginda bersabda: “Letakkan tangan kamu di kepala kamu,
sesungguhnya Jibril ketika menurunkannya kepadaku beliau berkata kepadaku:
Letakkan tangan kamu di kepala kamu, sesungguhnya ia adalah penawar dari segala
penyakit kecuali mati”.
Takhrij
HR. Ad-Dailami dalam musnadnya, Abu Nua'im, al-Khatib dalam Tarikhnya
dan al- Alusi dalam Tafsirnya 28/65 dan Syeikh Yasin Fadani dalam Ujalah fi Hadith
Musalsah hal. 95.
Hadith ini juga ada diriwayatkan dari jalur sahabat yang lain iaitu Ali
ra.
az-Zahabi menilai hadith ini batil dalam Fathul Qadir 5/297.
Menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 126229, hadith ini dhaif.
No comments:
Post a Comment