Hadith 1
اللّهُمّ اغْفِرْ لِأهْلِ
بَقِيْعِ الغَرْقَد
Ya Allah ampunilah bagi orang-orang yang dimakamkan di Baqi’ al-Gharqad
(HR. Muslim no. 974)
Hadith 2
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُـعَلـِّمُهُمْ اِذَا خَرَجُوا اِلَى الـْمَـقَابِرِ
فَكَانَ قَائـِلُهُمْ يـَقُولُ : اَلسَّلاَمُ عَلَـيْكُمْ أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ
الْـمُـؤْمِـنـِيْنَ وَالْمُسْلِمِـيْنَ فَاِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِـقُـونَ
اَنـْتـُمْ فَرَطْنَا وَنَحْنُ لَكُمْ تـَبـعَ وَنـَسْألُ اللهَ لـَنَا وَلَكُمُ
الْعَافِـيَـةَ.
"Pernah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengajar para
sahabat semasa mereka ingin berziarah kubur supaya mereka mengucapkan:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ فَاِنْ شَآءَ اللهُ
بِكُمْ لاَحِقُوْنَ أنْتُمْ فَرَطْنَا وَنَحْنُ لَكُمْ تَبَعَ وَنَسْـألُ اللهَ
لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةُ.
(HR. Muslim no. 1620)
Hadith 3
اللّهُمّ اغْفِرْ لِحَيّنَا
وَمَيّتِنَا
Ya Allah ampuni bagi orang-orang yang masih hidup dan orang-orang yang
telah meninggal di antara kami” (HR. At-Tirmidzi no. 1024, sahih menurut Syeikh
al-Albani dalam Ahkam Janaiz no. 157).
Hadith 4
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila selesai memakamkan jenazah,
beliau berdiri di samping kuburannya, lalu bersabda,
اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ،
وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ
Mintakanlah ampunan untuk saudara kalian, dan mintalah keteguhan
untuknya. Kerana saat ini dia sedang diuji.” (HR. Abu Daud no. 3221, al-Hakim
no. 1372, al-Baghawi dalam Syarhus Sunah no. 1523, dan sanadnya disahihkan
ad-Zahabi dan hadith ini disahihkan oleh Syeikh al-Albani).
No comments:
Post a Comment