Tuesday, 29 September 2020

Hadith puasa 9 dan 11 muharram

 

Matan hadith

 

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

 

Terjemahan

 

Puasalah pada hari Asyura’ dan berbezalah dengan orang Yahudi. Berpuasalah kalian sehari sebelumnya atau sehari setelahnya

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 2154

 

Ulama ikhtilaf mengenai status hadith di atas. Hadith di atas didhaifkan oleh syaikh Al-Albani, Al-Mubarafkfuri dll. Hadith ini dihasankan oleh syaikh Ahmad Syakir.

 

Syaikh al-Albani mengatakan, “Sanad Hadith tersebut lemah/dhaif. Sebab, Ibnu Abi Laila telah dikenal sebagai perawi yang hafalannya buruk. (Dha’if al-Jami’, no. 3506)

 

Imam az-Zahabi berkomentar, “Hadithnya tidak boleh dijadikan hujjah.” (Ta’liq Musnad Ahmad 4/52).

 

Apabila kita anggap hadits tersebut dhaif, bukan bererti tidak boleh puasa pada tanggal 11 Muharram.

 

Ulama yang membolehkannya pula berkomentar, kerana kedhaifannya yang ringan malah terdapat pula petunjuk hadith sahih yang bulan muharram ini adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas puasa wajib bulan ramadhan:

 

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah bulan Allah yang bernama Muharram”. (HR. Muslim no. 1163)

 

Imam Ibnu Qayim dalam Zaadul Maad 2/63 menyusun keafdhalan puasa hari asyura kepada 4 bentuk:

 

a) puasa 9-11

b) puasa 9 & 10 - paling afdhal kerana banyaknya dalil hadith)

c) puasa 10 sahaja

 

Syeikh Bin Bazz (Fatawa Syaikh Ibn Baz, 15/404) pula menambah lagi satu urutan;

 

10 & 11

 

Tidaklah bidaah berpuasa 3 hari sekali gus 9,10,11 muharram

 

Dan tidaklah dibenci/makruh berpuasa pada 10 muharram saja, akan tetapi diapitkan dengan sehari sebelum atau selepas lebih baik.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 128423

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...