Wednesday, 30 September 2020

Hadith kelebihan selawat Khamis dan Jumaat tidak sahih

 

Matan hadith

 

إذا كان يومُ الخميسِ بعثَ اللهُ الملائِكَةَ معهم صحُفٌ منْ فضَّةٍ ، وأقلامٌ مِنْ ذهبٍ يكتُبونَ يومَ الخميسِ و ليلَةَ الجمعَةِ أكثرَ الناسِ علَيَّ صلاةً

 

Terjemahan

 

Jika waktu telah memasuki hari khamis malam, maka para malaikat turun dari langit dengan membawa pena yang terbuat dari emas dan juga lembaran-lembaran yang terbuat dari perak. Mulai hari khamis malam itu, hingga terbenamnya matahari di hari jumaat, para malaikat tersebut tidak menulis apapun diatas lembaran-lembaran yang terbuat dari perak dan bertintakan emas itu kecuali amalan bacaan selawat kita kepada Baginda Rasulullah SAW

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 43/142, daripada Abu Hurairah ra. Dinilai palsu oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 658.

 

Dalam jalur riwayat yang lain dari Ja'far al-Sadiq ra dengan makna yang hampir dengan hadith di atas. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 278 dan al-Awqat no. 273 dengan sanad yang dhaif, kerana ada perawi yang tak dikenali (majhul).

 

 

 

Matan hadith

 

إن لله عز وجل ملائكة في الأرض خلقوا من النور لا يهبطون إلا ليلة الجمعة ويوم الجمعة بأيديهم أقلام من ذهب وداوة من فضة وقراطيس من نور لا يكتبون إلا الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala ada malaikat-malaikat yang diciptakan dari cahaya. Mereka tidak turun kecuali hanya pada malam dan hari jumaat. Tangan-tangan mereka memegang pena yang terbuat dari emas dan lembaran-lembaran kertas yang terbuat dari cahaya." Mereka tidak menulis kecuali selawat untuk  Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam.

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 1/184 daripada Ali ra. Sanadnya dhaif.

 

Juga dinilai tidak sahih oleh panel penyelidik Dorar.net (https://dorar.net/fake-hadith/770)

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...