Wednesday, 30 September 2020

Hadith Nabi saw minum madu dengan air sejuk

 

Setakat pencarian, tidak ditemukan hadith secara eksplisit menceritakan Nabi saw buat minuman madu bercampur air dingin (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 156095).

 

Ia cuma pendapat Ibnu Qayyim dalam Zadul Maad 4/205, dan beberapa ulama lain seperti Ibn Hajar ketika membawakan pandangan at-Tha'alabi  dalam Fathul Bari 9/557, al-Aini dalam Umdatul Qari 21/232 dan Mulla Ali Qari dalam Mirqatul Mafatih Syarah Misykatul Masabih 7/2755.

 

Hadith yang paling hampir:

 

كَانَ أَحَبُّ الشَّرَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحُلْوَ الْبَارِدَ

 

“Sesungguhnya minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah Al Hulwa Al Barid (minuman manis yang dingin).” (HR. Tirmidzi no. 1895, mursal)

 

 

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menjelaskan rendaman campuran madu, kurma & kismis, beliau berkata,

 

وهذا يحتمل أن يريد به الماء العذب كمياه العيون والآبار الحلوة ، فإنه كان يستعذب له الماء

ويحتمل أن يريد به الماء الممزوج بالعسل أو الذي نقع فيه التمر أو الزبيب وقد يقال – وهو الأظهر

 

“Kemungkinan maksudnya adalah air yang segar seperti mata air dan sumur yang manis, air ini memang segar. Boleh juga maksudnya adalah rendaman air campuran madu, kurma dan kismis -pendapat ini lebih kuat-.” [Tuhfatul Ahwazi bisyarhi Jami’ At-Tirmidzi 6/16; Zaadul Maad 3/218]

 

Mulla Ali al-Qari dalam Mirqatul Mafatih 7/2755 no. 4286 pula ketika menerangkan maksud minum madu dalam hadith:

 

بِقَدَحِي هَذَا الشَّرَابَ كُلَّهُ: الْعَسَلَ، وَالنَّبِيذَ، وَالْمَاءَ وَاللَّبَنَ

 

Sungguh saya pernah menuangkan minuman apa saja ke dalam gelasku (mangkuk) untuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: madu, perasan nabidz (semacam arak), air dan susu (HR. Muslim no. 2008, daripada Anas ra).

 

adalah madu yang dicampurkan bersama air, kerana difahami madu tidaklah diminum begitu saja dalam mangkuk (kuantiti yang banyak-pent) kerana ia likat.

 

Rujukan

 

https://majles.alukah.net/t171075/

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...