Matan hadith
كان سليمان نبي الله
عليه السلام إذا قام في مصلاه رأى شجرة ثابتة بين يديه فيقول ما اسمك فتقول كذا
فيقول لأي شيء أنت فتقول لكذا وكذا فإن كانت لدواء كتب وإن كان لغرس غرست فبينما
هو يصلي يوما إذ رأى شجرة ثابتة بين يديه فقال ما اسمك قالت الخرنوب قال لأي شيء
أنت قالت لخراب هذا البيت قال سليمان عليه السلام اللهم عم على الجن موتي حتى يعلم
الإنس أن الجن لا تعلم الغيب قال فتحتها عصا فتوكأ عليها ( حولا ميتا والجن تعمل )
قال فأكلها الأرضة فسقط فخر فوجدوه ميتا حولا فتبينت الإنس أن الجن لو كانوا
يعلمون الغيب ما لبثوا حولا في العذاب المهين _ وكان ابن عباس يقرؤها هكذا _ فشكرت
الجن الأرضة فكانت تأتيها بالماء حيث كانت .
Terjemahan
Nabi Sulaiman as. setiap kali berdiri di tempat solatnya selalu melihat
sebuah pohon yang tertanam di hadapannya. la bertanya, 'Apa namamu?'Pohon itu
menjawab, 'Ini dan ini 'Sulaiman bertanya, 'Untuk apa diciptakan?'Dijawab,
'Untuk ini dan ini.' Bila ia diciptakan untuk ubat maka ditulisnya, dan bila
untuk ditanam maka ditanamnya. Suatu ketika, saat ia akan segera solat, ia
dapati sebuah pohon di hadapannya, lalu ditanya, apa namamu?, Dijawab,
'Al-Kharnub'. Untuk apa diciptakan?'Dijawab, 'Untuk merosak rumah ini' Sulaiman
kemudian berucap memunajatkan doa: ' Ya Allah, rahsiakanlah terhadap seluruh
jin tentang kematianku hingga manusia mengetahui bahawa jin itu tidak
mengetahui tentang masalah ghaib sedikit pun ' la (Ibnu Abbas) berkata, 'Lalu,
didapatinya tongkat dan ia (Sulaiman) bersandar padanya (selama setahun mati
sementara para jin tetap bekerja). Tongkat itu lalu dimakan anai-anai hingga
tersungkurlah Sulaiman, maka menjadi teranglah bagi manusia bahawa kalau jin
itu mengetahui perkara ghaib, pastilah mereka tidak akan tersiksa selama setahun
penuh dalam kesengsaraan.' Dan Ibnu Abbas berkata, 'Lalu berterima kasihlah
para jin itu kepada anai-anai, sehingga selalu mendatanginya dengan membawa air
di mana pun anai-anai berada.'
Takhrij
HR. al-Hakim dalam Mustadraknya no. 7428 (Syamilah), 7505, 7506 (Islam
Kutob), Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 4/337, daripada Ibnu Abbas ra.
Al-Hakim menilai hadith ini sahih isnad, dan sangat gharib dari
Ubaidullah bin Wahb dari Ibrahim bin Thaman. Juga diriwayatkan oleh Salamah bin
Kuhail dari Said bin Jubair secara mauquf kepada Ibnu Abbas.
Az-Zahabi menilai hadith ini sahih gharib dalam al-Talkhis.
Abu Nua'im menilai hadith ini gharib ,
perawi bernama Said bin Jubair bersendirian meriwayatkan dari Atha'.
Didhaifkan Ibn Katsir dalam
Bidayah wan Nihayah 2/28.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 1033, 6537.
No comments:
Post a Comment