Wednesday, 30 September 2020

Belitan iblis dalam sedekah

 

Ibn Jawzi berkata :

 

من يتصدق ويضيق عَلَى أهله فِي النفقة وقد روى عَنْ جابر بْن عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أفضل الصدقة مَا كان عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ" وبإسناد عَنْ أبي هريرة قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تصدقوا فَقَالَ رجل عندي دِينَار فَقَالَ تصدق به عَلَى نفسك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى زوجتك قَالَ عندي دِينَار أخر قَالَ تصدق به عَلَى ولدك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى خادمك قَالَ عندي آخر قَالَ أنت أبصر به"

 

Terjemahan

Orang yang bersedekah, tetapi bersifat bakhil kepada keluarganya. Telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

 

أفضل الصدقة مَا كان عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

 

Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang diberikan ketika kamu kaya dan mulakan dengan orang yang paling hampir denganmu (HR. Ahmad no. 7348 dan Ibnu Hibban no. 3345, sanadnya disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dan Ahmad Syakir)

 

Dan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda:

 

تصدقوا فَقَالَ رجل عندي دِينَار فَقَالَ تصدق به عَلَى نفسك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى زوجتك قَالَ عندي دِينَار أخر قَالَ تصدق به عَلَى ولدك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى خادمك قَالَ عندي آخر قَالَ أنت أبصر به

 

Bersedekahlah kamu. Maka seorang lelaki berkata, “aku hanya ada satu dinar sahaja.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “gunakan ia untuk dirimu.” Lelaki itu berkata, “bagaimana jika aku ada satu dinar yang lain.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “berilah kepada isterimu.” Berkata lelaki itu, “bagaimana jika aku mempunyai satu dinar yang lain.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “berilah kepada anakmu.” Lelaki itu berkata lagi, “bagaimana jika aku ada satu dinar yang lain.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “berilah kepada pekerjamu.” Lelaki itu berkata lagi, “bagaimana jika aku ada satu dinar yang lain.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “kamu lebih mengetahuinya.” (HR. Abu Daud no. 1691; an-Nasaie no. 2535; Ahmad no. 7413, hasan sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Nasaie, dan Sahih menurut Ibn Hazm dalam al-Muhalla 10/105).

 

Ulasan

 

Keutamaan kepada orang yang layak menerima sedekah adalah pada kaum keluarga yang terdekat. Seperti mana yang telah disebutkan pada bab yang sebelum ini, Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita untuk memberi sedekah kepada kaum keluarga terlebih dahulu sebelum memberi sedekah kepada orang lain. Iblis sentiasa membisikkan tipu daya terhadap orang yang memberikan sedekah dengan mengatakan bahawa sedekah pada orang yang jauh dan tidak dikenali itu lebih afdhal. Sedangkan, matlamat utamanya adalah supaya orang itu akan merasa bangga apabila dikenali oleh orang ramai kerana rajin bersedekah.

 

Rujukan

 

Telegram Dr. Zaharuddin Group

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...