Matan hadith
من صام العشر فله بكل يوم
صوم شهر ، وله بصوم يوم التروية سنة ، وله بصوم يوم عرفة سنتان
Terjemahan
Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari bulan Zulhijjah maka baginya
untuk setiap harinya seperti puasa sebulan, dan baginya untuk puasa hari
tarwiyah seperti setahun, dan baginya untuk puasa hari Arafah seperti puasa dua
tahun
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi dalam kitab Al-Maudhuat 2/565 daripada Ibnu Abbas ra. Dihukumi
palsu oleh Ibnu Jauzi. Dinilai palsu juga oleh as-Suyuthi dalam kitab Al Aali
2/107-108, dan Asy-Syaukani dalam kitab Al Fawaid no. 96 dan Ibnu Iraq
al-Kinani dalam Tanzih Syariah 2/156.
Matan hadith
من صام آخر يوم من ذي الحجة
، وأول يوم من المحرم ، فقد ختم السنة الماضية ، وافتتح للسنة المستقبلة بصوم ،
جعله الله كفارة خمسين سنة
Terjemahan
Barangsiapa berpuasa pada hari terakhir bulan Zulhijjah, dan hari
pertama bulan Muharram, maka sungguh dia telah menyempurnakan puasa tahun lalu,
dan membuka tahun depan dengan puasa, Allah menjadikannya penebus dosa selama
lima puluh tahun
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi dalam kitab Al-Maudhuat 2/566 daripada Ibnu Abbas ra. Dihukumi
palsu oleh Ibnu Jauzi dan as-Suyuthi dalam kitab Al Aali 2/108, dan
Asy-Syaukani dalam kitab Al Fawaid no. 96.
Matan hadith
من صلى يوم عرفة بين الظهر
والعصر أربع ركعات ، يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة ، وقل هو الله أحد خمسين
مرة ، كتب الله له ألف ألف حسنة ....إلخ
Terjemahan
Barangsiapa yang solat pada hari Arafah antara Zuhur dan Asar empat
rakaat, dia membaca setiap rakaatnya Al-Fatihah sekali, dan Qul Huwallahu Ahad
lima puluh kali, maka Allah menulis untuknya sejuta kebaikan…"
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi dalam kitab Al-Maudhuat 2/448 daripada Abu Hurairah ra. Dihukumi
palsu oleh Ibnu Jauzi, dan Asy Syaukani dalam kitab Al-Fawaid no. 53.
Matan hadith
من صلى يوم عرفة ركعتين يقرأ
في كل ركعة بفاتحة الكتاب ثلاث مرات .... إلا قال الله عز وجل : أشهدكم أني قد
غفرت له
Terjemahan
Barangsiapa solat pada hari Arafah dua rakaat membaca pada setiap
rakaatnya Al-Fatihah tiga kali…..kecuali Allah Azza Wajalla berkata: Aku bersaksi
pada kalian bahawa Aku Telah Mengampuninya.
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi dalam kitab Al-Maudhuat 2/449 daripada Ibnu Mas’ud ra.
Dihukumi palsu oleh Ibnu Jauzi dan Asy Syaukani dalam kitab Al-Fawaid no. 53.
Matan hadith
من صلى ليلة النحر ركعتين
يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب خمس عشرة مرة ، وقل هو الله أحد خمس عشرة مرة ....
جعل الله اسمه في أصحاب الجنة ... إلخ
Terjemahan
Barangsiapa yang solat malam hari raya kurban dua rakaat membaca pada
setiap rakaat Al-Fatihah lima belas kali, dan Qul Huwallahu Ahad lima belas
kali….maka Allah Memasukkan namanya diantara penghuni syurga…
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi dalam kitab Al-Maudhuat 2/450 daripada Abu Umamah ra.
Dihukumi palsu oleh Ibnu Jauzi, dan Asy Syaukani dalam kitab Al-Fawaid no. 53.
Matan hadith
إذا كان يوم عرفة غفر الله
للحاج ، فإذا كان ليلة المزدلفة غفر الله للتجار،.... إلخ
Terjemahan
Apabila masuk hari Arafah Allah Mengampuni jamaah haji, dan apabila
malam Muzdalifah Allah mengampuni para pedagang...
Takhrij
HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/278, Ibnu Asakir dalam Tarikh
Dimasyq 13/313 daripada Abu Hurairah ra. Dihukumi palsu oleh Ibnu Hibban. Juga
dihukumi palsu oleh Ibnu Jauzi dalam kitab Al Maudhuat 2/215, dan As-Suyuthi
dalam kitab Al Aali 2/124, Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no.
6287.
Matan hadith
من أحيا اللَّياليَ الأربعَ
وجبَت لَه الجنَّةُ ليلةَ التَّرويةِ وليلةَ عرفةَ وليلةَ النَّحرِ وليلةَ الفطرِ
Terjemahan
Dari Muaz yang disambungkan kepada Nabi ﷺ : “Siapa yang menghidupkan
empat malam ini maka dia berhak masuk syurga : malam tarwiyah, malam arafah,
malam hari nahar, dan malam fitri”.
Takhrij
HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 43/93. Hadith ini dinilai palsu
oleh Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah 2/568 dan Syeikh al-Albani dalam
Silsilah Hadith Dhaif no. 522. Kerana terdapat perawi yang dijarh matruk oleh
an-Nasaie, tertuduh dusta oleh az-Zahabi dan pendusta oleh Yahya bin Main
bernama Abdurrahim bin Zaid Al-‘Ami.
Matan hadith
أفضل الأيام يوم عرفة إذا
وافق يوم الجمعة وهو أفضل من سبعين حجة في غير جمعة
Terjemahan
Seutama-utama hari adalah hari Arafah apabila bertepatan dengan hari Jumaat,
kerana hari itu lebih utama daripada 70 kali haji (yang mana hari Arafahnya)
tidak jatuh pada hari Jumaat
Takhrij
HR. ar-Razin dalam At-Tajrid fil Jam’i
Bainas-Sihah no. 410. Al-Munawi berkata dalam Faidhul Qadir 2/28 hadith ini
batil tiada asal. Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 207,
hadith batil tidak ada asal usulnya.
Matan hadith
نهى عن صوم يوم عرفة بعرفة
Terjemahan
Nabi shallallahu alaihi wasallam melarang puasa pada hari Arafah di Arafah
Takhrij
HR. Abu Daud no. 244, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 3/81 daripada
Abu Hurairah ra. Didiamkan oleh Imam Abu Daud. Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 404.
Matan hadith
كان يَعدِلُ صومَه بصوم ألف
يوم يعني : يوم عرفة
Terjemahan
Puasa Arafah (pahalanya) menyamai puasa selama seribu hari
Takhrij
HR. al-Uqaili dalam Dhuafa’ al-Kabir 2/141, daripada Aisyah ra. Didhaifkan
oleh al-Uqaili. Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah
Hadith Dhaif no. 5191.
Matan hadith
الغسل في هذه الأيام واجبٌ ,
يوم الجمعة , و يوم الفطر , و يوم النحر , و يوم عرفة
Terjemahan
Mandi pada hari-hari berikut ini hukumnya wajib, iaitu; hari Jumaat,
hari raya idul Fithri, hari raya Qurban, dan hari Arafah
Takhrij
HR. al-Daulabi dalam al-Kina wal Asma’ no. 1962, Ibn Syahin dalam Nasakh
wal Mansukh no. 41 dan ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 4297.
As-Syaukani menilai sanadnya kelam dalam al-Sayl al-Jarar 1/118. Ibnu
Rajab menilai hadith ini gharib jiddan dalam Fathul barinya 6/70, dan Syeikh
al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami’ no. 3929.
Matan hadith
يوم عرفة ترفع جميع الأعمال
إلى الله ما عدا المتخاصمين
Terjemahan
Di hari Arafah seluruh amalan diangkat menuju Allah SWT, selain amalan
orang-orang yang saling bermusuhan
Takhrij
HR. Imam Muhammad al-Baqir. Imam yang diyakini oleh mazhab Syiah. Hadith
ini tiada asalnya dalam kitab muktabar Sunnah (https://dorar.net/fake-hadith/750).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 227980
No comments:
Post a Comment