Monday, 7 September 2020

Hadith suruhan berubat




حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ وَأَبُو الطَّاهِرِ وَأَحْمَدُ بْنُ عِيسَى قَالُوا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو وَهُوَ ابْنُ الْحَارِثِ عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ 
سَعِيدٍ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma'ruf dan Abu Ath Thahir serta Ahmad bin 'Isa mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku 'Amru, yaitu Ibnu al-Harits dari 'Abdu Rabbih bin Sa'id dari Abu Az Zubair dari Jabir dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wajalla." (HR Muslim no. 2204).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberitakan, semua penyakit ada ubatnya kecuali ketuaan yang membawa kepada kematian.


 عَنْ أُسَامَةَ بْنِ شَرِيكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَدَاوَوْا عِبَادَ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنَزِّلْ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ مَعَهُ شِفَاءً إِلَّا الْمَوْتَ وَالْهَرَمَ

Dari Usâmah bin Syarik, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hendaklah kamu berubat, wahai hamba-hamba Allah, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubat bersamanya, kecuali kematian dan ketuaan”. [HR Ahmad, no. 18478; disahîhkan oleh Syu’aib al-Arnauth].


Dan Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

عباد الله تداووا ولا تداووا بحرام

“wahai hamba Allah, berubatlah namun jangan berubat dengan yang haram” (HR. At Tirmidzi no. 3874, disahihkan oleh Syeikh al-Albani)

Perincian paling baik tentang masalah hukum berubat disampaikan oleh Syeikh Shalih Al Munajjid (Fatawa Syaikh Shalih Al Munajjid dalam Soaljawab Islam no. 2148)

1- Berubat jadi wajib jika tidak berubat dapat membinasakan diri orang yang sakit.

2- Berubat disunnahkan jika tidak berubat dapat melemahkan badan, namun keadaannya tidak seperti yang pertama.

3- Berubat dihukumi mubah (boleh) jika tidak menimpa pada dirinya dua keadaan pertama.

4- Berubat dihukumi makruh jika malah dengan berubat mendapatkan penyakit yang lebih parah.


Manakala bagi pendapat sesetengah orang yang menolak berubat mentah-mentah kerana ingin diganjari syurga, ini adalah satu kekeliruan dalam memahami makna hadith.

Hadith tersebut adalah hadith tentang wanita yang terkena penyakit ayan,

عَن عَطَاءُ بْنُ أَبِى رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِى ابْنُ عَبَّاسٍ أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى . قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَتْ إِنِّى أُصْرَعُ ، وَإِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِى . قَالَ « إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ » . فَقَالَتْ أَصْبِرُ . فَقَالَتْ إِنِّى أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ ، فَدَعَا لَهَا

Dari ‘Atha’ bin Abi Rabaah, ia berkata bahawa Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Mahukah kutunjukkan wanita yang termasuk penduduk surga?” ‘Atha menjawab, “Iya mau.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Wanita yang berkulit hitam ini, ia pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas ia pun berkata, “Aku menderita penyakit ayan dan auratku sering terbuka kerananya. Berdoalah pada Allah untukku.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, “Jika mahu sabar, bagimu syurga. Jika engkau mahu, aku akan berdoa pada Allah supaya menyembuhkanmu.” Wanita itu pun berkata, “Aku memilih bersabar.”  Lalu ia berkata pula, “Auratku biasa tersingkap (kala aku terkena ayan). Berdoalah pada Allah supaya auratku tidak terbuka.” Nabi –shallallahu ‘alaihi wa sallam– pun berdoa pada Allah untuk wanita tersebut. (HR. Bukhari no. 5652 dan Muslim no. 2576).

Hadith di atas hanyalah menunjukkan bahawa boleh meninggalkan berubat dalam keadaan seperti yang wanita itu alami iaitu saat ia masih kuat menahan penyakitnya. (Fatwa Syaikh Shalih Al Munajjid  dalam Soaljawab Islam no. 81973)

Al Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari 10/115,  menjelaskan, “Hadith tersebut menjelaskan keutamaan orang yang bersabar ketika tertimpa penyakit ayan. Juga terkandung pelajaran bahawa orang yang bersabar terhadap cubaan dunia, maka itu memudahkannya mendapatkan syurga. Orang yang menahan rasa sakit yang berat lebih utama daripada orang yang mengambil rukhsah (keringanan), dengan catatan ini bagi yang mampu menahan. Hadith ini juga menunjukkan boleh memilih tidak berubat. Juga hadith ini menunjukkan bahawa berubat dari setiap penyakit dengan doa dan menyandarkan diri pada Allah lebih manfaat daripada mengambil berbagai macam ubat. Pengaruh doa dan tawakkal pada badan lebih besar daripada pengaruh berbagai macam ubat pada badan. Namun doa tersebut boleh manfaat jika:

(1) pesakit yang diubati mempunyai niat yang benar
(2) orang yang memberi ubat, hatinya bertakwa dan benar-benar bertawakkal pada Allah.”

Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 81973, 2148

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...