1.Hadith Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ
فَلاَ يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ
رُكْبَتَيْهِ
Jika salah seorang dari kamu (berkehendak) sujud, maka janganlah dia
menderum sebagaimana menderumnya unta, maka hendaklah dia meletakkan kedua tangannya
sebelum kedua lututnya.
Takhrij
Hadits Sahih. Diriwayatkan oleh Ahmad 2/381, Abu Daud (‘Aunul Ma’bud
3/70), An-Nasaie 2/207, Ad-Darimi 1/245, Bukhari di dalam At-Tarikhul Kabir 1/1/139,
Ath-Thahawi di dalam Syarh Ma’anil Atsar 1/245, Al-Hazimi di dalam Al-I’tibar
(hal. 158-159), Ad-Daruquthni 1/344-345, Al-Baihaqi 2/99-100, Ibnu Hazm di
dalam Al-Muhalla 4/128-129, Al-Baghawi di dalam Syarhus Sunnah 3/134-135, dari
jalan Ad-Darawurdi, dia berkata: Muhammad bin Abdillah Al-Hasan bercerita
kepada kami, dari Abuz Zinad, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah, dari Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Syeikh Abu Ishaq Al-Huwaini berkata: “Isnadnya sahih, tidak ada
kesamaran. Tetapi Syeikhul Islam Ibnul Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya
yang istimewa, Zadul Ma’ad, menyebutkan beberapa cacatnya, tetapi berdasarkan penelitian
tidaklah demikian”
Hadith Abu Hurairah yang sahih di atas dikuatkan lagi oleh hadith Ibnu
‘Umar:
قَالَ نَافِعٌ كَانَ ابْنُ
عُمَرَ يَضَعُ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ وَ قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ يَفْعَلُ ذَلِكَ
Nafi’ berkata: “Kebiasaan Ibnu ‘Umar meletakkan kedua tangannya sebelum
kedua lututnya”.
Takhrij
Hadits Sahih. Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya secara ta’liq
(tanpa menyebutkan sanadnya), dan disambungkan sanadnya oleh Ibnu Khuzaimah 1/318-319,
Ath-Thahawi di dalam Syarh Ma’anil Atsar 1/254, Ad-Daruquthni 1/344, Al-Hakim
1/226, Al-Baihaqi 2/100, Al-Hazimi di dalam Al-I’tibar (hal. 160), dari jalan
Ad-Darawurdi, dari ‘Ubaidillah bin ‘Umar, dari Nafi’, dari Ibnu ‘Umar.
Syeikh Abu Ishaq Al-Huwaini menyatakan bahawa Al-Hakim berkata: “Sahih
berdasarkan syarat Muslim” dan disepakati oleh Az-Zahabi, dan hadith itu memang
sebagaimana yang dikatakan oleh keduanya.
Al-Mawirzi menyebutkan di dalam “Masailnya” dengan sanad yang sahih dari
Al-Auzaie, bahawa dia mengatakan: “Aku mendapati orang-orang meletakkan tangan
mereka sebelum lutut mereka”. Riwayat ini disebutkan oleh Al-Albani di dalam
Shifatush Shalat, dan beliau menyatakan: “Ibnu Sayyidinnas berkata: “Hadith-hadith
yang mendahulukan kedua tangan lebih kuat”. Ibnu Hazm berkata: “Kewajiban bagi
setiap orang yang solat jika bersujud, untuk meletakkan kedua tangannya ke
tanah sebelum kedua lututnya, dan itu harus”. (Al-Muhalla 4/129).
DALIL MELETAKKAN LUTUT LEBIH
DAHULU SEWAKTU AKAN SUJUD DAN BANTAHANNYA
Dari Wail bin Hujr, dia berkata:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ n إِذَا سَجَدَ يَضَعُ
رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, jika beliau
bersujud meletakkan kedua lutunya sebelum kedua tangannya, dan jika beliau
bangkit, beliau mengangkat kedua tangannya sebelum kedua lututnya.
Takhrij
Hadits Dha’if. Diriwayatkan oleh Abu Daud (‘Aunul Ma’bud 3/68-74),
An-Nasaie 2/206-207, Ibnu Majah 1/287, Ad-Darimi 1/245, Ath-Thahawi di dalam
Syarah Ma’anil Atsar 1/255, Ad-Daruquthni 1/345, Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak
(1/226), Ibnu Hibban no. 487, Al-Baihaqi 2/98, Al-Baghawi di dalam Syarhus Sunnah
3/133, Al-Hazimi di dalam Al-I’tibar (hal. 160-161) dari jalan Syarik
An-Nakhaie, dari ‘Ashim bin Kulaib, dari bapanya, dari Wail bin Hujr.
• Imam Tirmidzi berkata: “Ini hadith Hasan Gharib. Kami tidak mengetahui
seorangpun meriwayatkan seperti ini dari Syarik”.
• Al-Baghawi dan Al-Hazimi mengikutinya, dan berkata: “Hadits Hasan”.
• Al-Hakim berkata: “Sahih berdasarkan syarat Muslim” dan disepakati
oleh Az-Zahabi.
Tetapi pernyataan di atas terhadap hadith ini tertolak, dengan penjelasan
sebagai berikut: • Ad-Daruquthni berkata: “Yazid bin Harun meriwayatkan
sendirian dari Syarik, dan tidak ada yang menceritakan dari ‘Ashim bin Kulaib
kecuali Syarik. Sedangkan Syarik tidaklah begitu kuat jika dia meriwayatkan
sendirian”.
• Al-Baihaqi (2/101)berkata: “Isnadnya dhaif”. Dia juga berkata: “Hadith
ini dihitung sebagai hadith-hadith yang hanya diriwayatkan oleh Syarik
Al-Qadhi, dan dia hanyalah diikuti oleh Hammam dari jalan ini, tetapi secara
mursal (hanya sampai sahabat, tidak dari Nabi), inilah yang disebutkan oleh
Al-Bukhari dan para hafiz terdahulu lainnya rahimahumullah”.
• Ibrahim bin Sa’id Al-Jauhari berkata: “Syarik telah keliru di dalam
400 hadith”.
• An-Nasaie berkata: “Dia tidaklah kuat”.
• Yahya bin Sai’d juga sangat melemahkannya.
• Syeikh Abu Ishaq Al-Huwaini menyatakan: “Perkataan dari para mereka
inilah yang menentramkan jiwa seorang yang adil. Kerana sesungguhnya tidaklah
diketahui yang mengikuti Syarik kecuali Hammam, itupun Hammam menyelisihinya
dalam isnadnya. Sedangkan Syarik adalah
perawi yang buruk hafalannya, sedangkan perawi yang buruk hafalannya tidaklah
dipakai sebagai hujjah jika dia bersendirian, apalagi jika dia menyelisihi!”.
• Beliau juga menyatakan: “Dengan demikian perkataan Tirmidzi bahwa
hadits itu Hasan, tidaklah hasan (baik), lebih berat lagi perkataan Al-Hakim
bahawa hadits itu: “Sahih berdasarkan syarat Muslim”, walaupun disepakati oleh
Az-Zahabi! Kerana imam Muslim hanyalah menggunakan Syarik sebagai mutaba’ah
(penguat), tidak menjadikannya sebagai hujjah, maka bagaimana dia termasuk
syarat imam Muslim. Hal itu juga sudah dinyatakan dengan terang-terangan oleh
Az-Zahabi sendiri di dalam Al-Mizan, tetapi seolah-oleh dia terlupa darinya,
maka Maha Suci Allah yang tidak pernah lupa.
Sama dengan hadits di atas, diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Baihaqi,
namun dari jalan Hammam, dia berkata:
Muhammad bin Juhadah telah menceritakan kepada kami dari ‘Abdul Jabbar
bin Wail bin Hujr, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tetapi hadith ini
lemah, kerana Abdul Jabbar tidak mendengar dari bapanya, sebagaimana dikatakan
oleh Al-Hafiz di dalam At-Talkhish 1/254, sehingga Al-Hafiz Al-Hazimi tidak
mengambilkira jalan ini sama sekali. Dia berkata (hal. 161): “Yang mursal
itulah yang lebih kuat”. Dengan demikian jelaslah bahawa hadits Wail di atas
memiliki dua cacat:
1. Kelemahan Syarik.
2. Penyelisihan Hammam.
Hadits Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beilau
bersabda:
إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ
فَلْيَبْدَأْ بِرُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ وَلاَ يَبْرُكْ كَبُرُوْكِ الْفَحْلِ
Apabila salah seorang dari kamu bersujud, maka janganlah dia memulai
dengan kedua lututnya, dan janganlah dia mendekam sebagaimana mendekamnya
binatang jantan.
Dalam lafazh lain dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam : أَنَّهُ كَانَ إِذَا
سَجَدَ بَدَأَ بِرُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ “Bahawa beliau apabila
bersujud, beliau memulai dengan kedua lututnya sebelum tangannya”.
Takhrij
Hadith Dhaif. Kedua hadith ini asalnya satu, riwayat Ibnu Abi Syaibah 1/263;
Ath-Thahawi 1/255; Al-Baihaqi 2/100; dari jalan Muhammad bin Fudhail, dari
Abdullah bin Sa’id, dari datuknya, dari Abu Hurairah ra, secara marfu’ (dari
Nabi). Hadith ini memiliki cacat, iaitu Abdullah bin Sa’id ini telah dinyatakn
dusta oleh Yahya Al-Qaththan. Ahmad berkata: “Hadithnya munkar dan
ditinggalkan”. Ibnu ‘Adi berkata: “Kebanyakan yang dia riwayatkan kelemahannya
nyata”. Al-Hakim Abu Ahmad berkata: “Orang yang hadithnya pergi (lemah)”.
Al-Hafizh berkata di dalam Fathul Bari 2/291: “Isnadnya dhaif.
Hadits Anas bin Malik, dia berkata:
رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهَ n انْحَطَّ بِالتَّكْبِيْرِ
فَسَبَقَتْ رُكْبَتَاهُ يَدَيْهِ
Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam turun dengan
bertakbir, kedua lututnya mendahului kedua tangannya.
Takhrij
Hadits Dhaif. Riwayat Ad-Daruquthni 1/345; Al-Hakim 1/226; Al-Baihaqi 2/100;
Ibnu Hazm di dalam Al-Muhalla 4/129; Al-Hazimi di dalam Al-I’tibar (hal. 159);
dari jalan Al-‘Ala’ bin Isma’il Al-‘Aththar, dia berkata: Hafsh bin Ghayyats
telah bercerita kepada kami, dari ‘Ashim Al-Ahwal, dari Anas.
• Ad-Daruquthni, juga diikuti Al-Baihaqi, berkata: “Al-‘Ala’ bin Isma’il
bersendirian (meriwayatkan) dari Hafsh di dalam isnad ini “.
• Al-Hafizh berkata di dalam At-Talkhish 1/254: “Al-Baihaqi berkata di
dalam Al-Ma’rifah: Al-‘Ala’ bin (meriwayatkan) sendirian, sedangkan dia itu
majhul (tidak dikenal)”. Ibnul Qayyim menyetujuinya.
• Setelah diketahui cacat hadith ini, maka tertolaklah perkataan
Al-Hakim bahawa hadith ini: “Sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim”,
walaupun disepakati oleh Az-Zahabi!
• Ibnu Abi Hatim menukilkan tentang hadith ini dari bapanya di dalam
Al-‘ilal 1/188: “Hadith Munkar”. Ibnul Qayyim menyetujuinya.
• Cacat lain hadith ini adalah, bahawa ‘Umar bin Hafsh, perawi yang paling
terpercaya yang meriwayatkan dari bapanya (Hafsh bin Ghayyats), telah menyelisihi
Al-‘Ala’ (perawi hadith di atas). Yaitu dia meriwayatkan dari bapanya bahawa
Umar bin Khaththablah yang meletakkan dua tangannya itu lebih dulu sebelum dua
lututnya. Umar bin Hafsh bin Ghayyats berkata: bapakku telah bercerita kepada
kami, dia berkata: A’masy telah bercerita kepada kami, dia berkata: Ibrahim
telah bercerita kepada kami, dari para sahabat Abdullah, iaitu: ‘Alqamah dan
Al-Aswad, keduanya berkata:
حَفِظْنَا عَنْ عُمَرَ فِيْ
صَلاَتِهِ أَنَّهُ خَرَّ بَعْدَ رُكُوْعِهِ عَلَي يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Kami menghafal dari Umar (bin Al-Khathtahb) di dalam solatnya, bahawa
dia turun setelah rukuknya di atas kedua tangannya sebelum kedua lututnya.
Dan cacat ini telah diakui oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah di
dalam Al-Lisan, dia berkata: “Umar bin Hafsh bin Ghayyats telah menyelisihi-nya
(Al-‘Ala’), sedangkan dia adalah manusia yang paling terpercaya yang
meriwayatkan dari bapanya, dia meriwayatkan dari bapanya, dari A’masy, dari
Ibrahim, dari ‘Alqamah, dan lainnya, dari Umar bin Al-Khattab secara mauquf
(hanya sampai sahabat Umar), inilah yang mahfuz (lebih terjaga)”.
Dikatakan oleh Ibnu Hazm rahimahullah, seandainya hadith ini sahih,
tetap tidak dapat menjadi hujjah, kerana dua perkara:
a. Di dalam hadith Anas ini tidak ada keterangan bahawa Rasulullah n
meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya, kerana yang disebutkan
hanyalah kedua lutut dan kedua tangan saja. Boleh jadi yang mendahului itu adalah
gerakan keduanya, bukan di dalam meletakkannya. Dengan demikian kedua riwayat
itu sesuai.
b. Jika di dalam hadits itu ada dalil meletakkan kedua lutut sebelum
kedua tangan, maka itu menunjukkan asal perbuatan itu boleh. Tetapi hadith Abu
Hurairah menambah syariat baru –tanpa keraguan- iaitu menghilangkan kebolehan
tersebut, melarangnya –dengan yakin- , maka tidak boleh meninggalkan yang yakin
kerana persangkaan yang dusta!”
Hadith Sa’ad bin Abi Waqqas, dia berkata:
كُنَّا نَضَعُ الْيَدَيْنِ
قَبْلَ الْرُكْبَتَيْنِ فَأُمِرْنَا بِوَضْعِ الْرُكْبَتَيْنِ قَبْلَ الْيَدَيْنِ
Kami dahulu meletakkan kedua tangan sebelum kedua lutut, kemudian kami
diperintahkan untuk meletakkan kedua lutut sebelum kedua tangan.
Takhrij
Hadits Dhaif. Riwayat Ibnu Khuzaimah 1/319 dan Al-Baihaqi 1/100, dari
jalan Ibrahim bin Isma’il bin Yahya Ibnu Salamah bin Kumail, dia berkata: bapaku
telah menceritakan kepadaku, dari bapanya, dari Salamah, dari Mush’ab Ibnu Sa’ad
bin Abi Waqqash, dari bapanya. Sebagian ulama (seperti: Al-Khaththabi, Ibnu
Khuzaimah, dan Ibnul Qayyim) menyatakan bahawa hadits ini menasakh
(menghapuskan) hadits yang melarang meletakkan kedua lutut sebelum kedua
tangan. Tetapi pendapat mereka tertolak, kerana hadits ini dhaif, sedangkan
yang dinasakh (dihapuskan) adalah hadith yang sahih!
Bagaimana boleh diterima hadits dhaif menasakh (menghapuskan) hadith
sahih? Hadith ini memiliki dua cacat:
a. Tentang Ibrahim bin Isma’il ini, Ibnu Hibban dan Ibnu Numair berkata:
“Di dalam riwayatnya dari bapanya terdapat sebahagian hal-hal yang mungkar”.
Dan Al-‘Uqaili menyatakan: “Ibrahim tidaklah menegakkan hadith itu”.
b. Bapanya, yaitu Isma’il bin Yahya, perawi matruk (yang ditinggalkan),
sebagaimana dikatakan oleh Al-Azdi dan Ad-Daruquthni. Dan Ibnu Hajar juga telah
mengisyaratkan hal itu di dalam Fathul Bari: “Ibnu Khuzaimah menyangka adanya
naskh (penghapusan hukum), seandainya hadith yang menghapuskan itu sahih, nescaya
hal itu telah menyelesaikan perselisihan. Tetapi hadith itu termasuk
hadith-hadith yang hanya diriwayatkan oleh Ibrahim bin Isma’il bin Yahya Ibnu
Salamah bin Kumail dari bapanya, sedangkan keduanya lemah”. Syeikh Al-Albani
ketika membantah pernyataan Al-Khaththabi tentang nasakh (penghapusan hukum)
tersebut, menyatakan: “ Hafiz Al-Hazimi berkata: “Persangkaan Al-Khaththabi
tentang nasakh (penghapusan hukum) ini jauh dari kebenaran, kerana dua sisi:
a. hadits Abu Hurairah (yang dihapuskan) isnadnya sahih, sedangkan
hadith Wail dhaif.
b. hadits Abu Hurairah (yang dihapuskan) merupakan perkataan, sedangkan
hadith Wail perbuatan. Sedangkan perkataan didahulukan daripada perbuatan pada
saat adanya pertentangan.
Ada lagi sisi ketiga, iaitu bahawa hadits Abu Hurairah memiliki penguat
dari perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka mengambil perbuatan
beliau yang sesuai dengan perkataannya lebih utama daripada mengambil perbuatan
beliau yang menyelisihi perkataannya. Ini adalah jelas, tidak akan tersembunyi,
insya Allah. Dan itulah pendapat Malik, dan Ahmad, sebagaimana disebutkan di
dalam At-Tahqiq karya Ibnul Jauzi”. (Al-Misykah 1/282)
Hadith Wail bin Hujr, dia berkata:
صَلَّيْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ
ثُمَّ سَجَدَ فَكَانَ أَوَّلَ مَا وَصَلَ إِلَي اْلأَرْضِ رُكْبَتَاهُ
Aku solat di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian
belaiu bersujud, maka yang pertama kali sampai ke bumi adalah kedua lututnya.
Takhrij
Hadits Dhaif. Riwayat Al-Baihaqi 2/99, dari jalan Muhammad bin Hujr, dia
berkata: Sa’id bin Abdul Jabar bin Wail telah menceritakan kepada kami, dari ibunya,
dari Wail bin Hujr. Hadith ini memiliki dua cacat:
a. Muhammad bin Hujr ini, Al-Bukhari berkata: “Padanya ada beberapa
pandangan”. Az-Zahabi berkata: “Dia memiliki riwayat-riwayat yang mungkar”.
b. Sa’id bin Abdul Jabar, an-Nasaie berkata: “Dia tidaklah kuat”. Dan
dia bukanlah Sa’id bin Abdul Jabar Al-Qurasyi, kerana perawi ini termasuk guru
imam Muslim.
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud biasa meletakkan kedua lututnya
sebelum kedua tangannya.
Takhrij
Diriwayatkan oleh Ath-Thahawi 1/256, dari jalan Hammad bin Salamah dari
Al-Hajjaj bin Artha-ah, Ibrahim An-Nakhaie berkata: “Dihafal dari Abdullah bin
Mas’ud bahawa kedua lututnya turun ke tanah sebelum kedua tangannya”. Tetapi
isnadnya dhaif, lemah, selain juga mauquf (hanya sampai sahabat). Al-Hajjaj bin
Artha adalah perawi lemah dan mudalis (perawi yang suka menyamarkan hadith),
dan dia telah menggunakan perkataan yang menunjukkan tadlis (penyamaran).
Kemudian bahawa Ibrahim An-Nakha’i tidak bertemu Abdullah bin Mas’ud.
Seandainya sahihpun, maka riwayat ini bukanlah hujjah, kerana riwayatnya
mauquf, sedangkan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah
dipertentangkan dengan perbuatan sahabat.
SYUBHAT-SYUBHAT DAN BANTAHANNYA
Syeikhul Islam Ibnul Qayyim rahimahullah di dalam Zadul Ma’ad, menyebutkan
beberapa cacat hadith Abu Hurairah (hadit no. 1 di atas), yang kemudian hal itu
diikuti oleh orang-orang lain setelah beliau!, tetapi berdasarkan penelitian
tidaklah demikian, inilah secara ringkas bantahan terhadap hal tersebut:
1.
Bahawa hadith
Wail (meletakkan lutut dahulu) lebih kuat dari pada hadith Abu Hurairah (meletakkan
tangan lebih dahulu).
Bantahan: Penjelasan kami di atas telah menunjukkan bahawa hadits Wail adalah
hadith dhaif, sedangkan hadith Abu Hurairah adalah hadith sahih.
1.
Bahawa hadith
Abu Hurairah kemungkinan matannya (teksnya) terbalik dari sebahagian perawi,
kerana awal perkataan menyelisihi akhir perkataan. Kemungkinan yang benar:
“Hendaklah ia meletakkan dua lututnya lebih dahulu daripada dua tangannya”.
Sebagaimana diriwayatkan pada hadith lain.
Bantahan: Bahawa hadith Abu Hurairah (meletakkan tangan lebih dahulu) adalah
sahih, dan seluruh hadith yang bertentangan dengan ini adalah dhaif, sehingga
tidak dapat diterima untuk membuat kemungkinan-kemungkinan berdasarkan hadith yang
dhaif.
2.
Bahawa jika
hadith Abu Hurairah sahih, maka hadith itu mansukh (dihapuskan hukumnya).
Bantahan: Hadith-hadith yang dikatakan menghapuskan semuanya dhaif sebagaimana
di atas, sehingga pernyataan itu tidak dapat diterima.
3.
Hadith Abu
Hurairah matannya (teksnya) mudhtharib (goncang), sehingga termasuk lemah.
Bantahan : Hadith mudhtharib (goncang) adalah hadith yang diriwayatkan dengan
teks yang berbeza-beza, yang hampir sama. Lalu perbezaan itu mungkin dari satu
perawi, iaitu seorang perawi meriwayatkan dengan teks yang berbeza-beza, atau
dari banyak perawi yang setiap perawi meriwayatkan teks yang berbeza-beza dari
perawi yang lain. Mudhtharib (kegoncangan) ini menunjukkan lemahnya hadith.
Tetapi jika salah satu dari riwayat, atau beberapa riwayat dapat dinyatakan
lebih kuat daripada yang lain, dengan kekuatan hafalan perawinya, atau lama
bergaulnya, atau lain-lain bentuk tarjih (penguatan), maka yang dipegangi adalah
yang lebih kuat, dan hadith itu bukan menjadi hadith mudhtharib. Inilah kaedah
yang telah dibuat oleh para pendahulu kita tentang hadith yang diperselisihkan dalam
masalah hadith mudhtharib. Jika hal ini telah diketahui, maka hadith Abu Hurairah
ini tidak termasuk hadith mudhtharib, kerana telah diketahui mana yang lebih
kuat di antara riwayat yang diperselisihkan.
4.
Bahawa perawi
hadith Abu Hurairah ada pembicaraan. Al-Bukhari berkata: “Aku tidak mengetahui
apakah Muhammad bin Abdillah Al-Hasan mendengar dari Abuz Zinad atau tidak…”
Bantahan : Perkataan imam Al-Bukhari ini bukanlah celaan sama sekali, kerana
syarat Al-Bukhari telah ma’ruf, sedangkan majoriti ulama menyelisihinya, iaitu
mereka berpendapat perawi dapat diterima dengan hidup semasa dengan yang
diambil riwayatnya dan aman dari tadlis (penyamaran). Ibnu Turkumani berkata di
dalam Al-Jauhar An-Naqi: “Muhammad bin Abdillah Al-Hasan dinyatakan terpercaya
oleh Nasaie, sedangkan perkataan Al-Bukhari bahawa dia (Muhammad) tidak diikuti
hadithnya bukanlah celaan yang nyata, sehingga tidak bertentangan dengan
pernyataan terpercaya oleh Nasaie (terhadap : “Muhammad bin Abdillah
Al-Hasan)”. Al-Mubarakfuri berkata di dalam Tuhfatul Ahwadzi 2/135: “Sedangkan
perkataan Al-Bukhari bahawa dia (Muhammad) tidak diikuti hadithnya, maka
tidaklah mengapa, kerana Muhammad bin Abdillah Al-Hasan adalah perawi yang
terpercaya, dan hadithnya memiliki penguat dari hadith Ibnu Umar”. Juga
Asy-Syaukani telah menyatakan demikian di dalam Nailul Authar 2/284. Syeikh
muhaddith Abul Asybal Ahmad bin Muhammad Syakir berkata di dalam komentarnya
terhadap Al-Muhalla 4/128-130, setelah membawakan hadith Abu Hurairah: “Isnad
hadith ini sahih, Muhammad bin Abdillah Al-Hasan, adalah nafsu zakiyah (ini
gelarnya, yang ertinya jiwa yang suci), dia seorang yang terpercaya”. Al-Bukhari
telah menyatakan cacat hadith itu bahawa dia tidak mengetahui apakah Muhammad
bin Abdillah Al-Hasan mendengar dari Abuz Zinad atau tidak, tetapi ini bukanlah
cacat yang (merosakkan), kerana syarat Al-Bukhari telah ma’ruf tidak diikuti
oleh seorangpun, sedangkan Abuz Zinad wafat di Madinah 130 H, dan Muhammad
adalah orang Madinah juga, menguasai Madinah, lalu terbunuh 145 H, dengan umur
53 tahun, sehingga telah bertemu lama dengan Abuz Zinad.
5.
Ad-Daruquthni
menyatakan bahawa “Ad-Darawurdi sendirian menceritakan dari Muhammad bin Abdillah
Al-Hasan. Juga Ashbagh bin Al-Faraj sendirian menceritakan dari Ad-Darawurdi”.
Bantahan: a. Ad-Darawurdi perawi terpercaya, sehingga meriwayatkan sendirian
tidak membahayakan. b. Sebenarnya dia tidak bersendirian , bahkan telah diikuti
oleh Abdullah bin Nafi’ dari Muhammad bin Abdullah, Pada riwayat Abu Daud no.
841, Nasaie 2/208, Tirmidzi 2/57-58 (Syakir). Perkataan Ad-Daruquthni itu telah
dibantah oleh Al-Hafiz Al-Mundziri dengan pernyatan seperti itu. Dan
Asy-Syaukani berkata: “Tidak mengapa bersendiriannya Ad-Darawurdi, kerana imam
Muslim telah mengeluarkan riwayatnya dan berhujjah dengannya di dalam Sahih
Muslim, demikian juga imam Bukhari mengeluarkan riwayatnya dan berhujjah
dengannya”. Dan hal ini diakui oleh Al-Mubarakfuri penulis Tuhfatul Ahwadzi.
6.
Bahawa hadits
Wail (meletakkan lutut dahulu) memiliki riwayat-rawayat lain yang menguatkan,
sedangkan hadith Abu Hurairah (meletakkan tangan lebih dahulu) tidak.
Bantahan : Sesungguhnya hadit Abu Hurairah adalah sahih, dan memiliki riwayat-riwayat
sahih lain yang menguatkan. Sedangkan hadith Wail adalah hadith lemah, dan
seluruh riwayat-rawayat lain yang menguatkan juga lemah, sebagaimana telah
dipaparkan di atas.
7.
Syeikhul Islam
Ibnul Qayyim berkata: “Lutut unta tidaklah pada tangannya, dan jika mereka
mengistilahkan dua tangan itu dengan dua lutut, maka itu hanyalah secara umum!
Dan bahawa pendapat lutut unta pada tangannya itu tidak dikenal oleh ahli
bahasa”.
Bantahan : “Syeikh Abu Ishaq Al-Huwaini berkata: “Perkataan ini perlu diperiksa,
lutut onta adalah pada tangannya, itulah yang dinyatakan oleh ahli bahasa,
walaupun diingkari oleh Syeikhul Islam (Ibnul Qayyim). Ibnul Mandzur berkata di
dalam Lisanul ‘Arab 14/236: “Dan lutut unta pada tangannya”. Al-Azhari berkata
di dalam Tahdzibul Lughah 10/216: “Dan lutut unta pada tangannya”. Ibnul
Sayyidah berkata di dalam Al-Muhkam wal Muhith 7/16: “Dan setiap yang memiliki
empat kaki dua lututnya pada kedua tangannya”. Ibnu Hazm berkata di dalam
Al-Muhalla 4/129: “Dan kedua lutut unta adalah pada lengan (tangan)nya”.
Mengomentari perkataan Abu Hurairah dengan sanad yang sahih: “Janganlah salah
seorang dari kamu menderum seperti menderumnya unta lari”, As-Saraqasbithi
berkata di dalam Gharibul Hadith 2/70: “Ini adalah di dalam sujud, iaitu
janganlah seseorang menjatuhkan dirinya sama sekali sebagaimana dilakukan unta
lari yang tidak tenang terus menerus, tetapi hendaklah dia turun dengan tenang
meletakkan kedua tangannya lalu kedua lututnya”. [Sifat Solat Nabi, Al-Albani]
Demikian juga hal itu dikuatkan oleh kisah Suraqah bin Malik riwayat Bukhari
7/239 dan Ahmad 4/176 : “…Dan terbenamlah kedua tangan unta kudaku ke dalam
tanah sampai mencapai lututnya”. Ini menunjukkan bahawa lutut onta pada
tangannya. Sehingga Syeikhul Islam Ibnul Qayyim tidak memiliki pegangan dalam
hal ini.
Alhamdulillah atas seluruh taufik Allah. Dan tempat bergantung pembahasan
ini adalah masalah lutut unta, dan bahawa jika telah pasti unta mendekam dengan
kedua lututnya, maka wajib bagi orang yang solat untuk tidak bersujud dengan
meletakkan lututnya (dahulu sebelum tangannya). Dengan ini mudah-mudahan
kemusykilan menjadi hilang, alhamdulillah Yang Maha Tinggi”.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,
أما الصلاة بكليهما فجائزة
بإتفاق العلماء إن شاء المصلى يضع ركبتيه قبل يديه وإن شاء وضع يديه ثم ركبتيه
وصلاته صحيحة فى الحالتين بإتفاق العلماء ولكن تنازعوا فى الأفضل
Adapun solat dengan kedua cara tersebut maka diperbolehkan dengan
kesepakatan ulama, kalau dia mahu maka meletakkan kedua lutut sebelum kedua
telapak tangan, dan kalau mahu maka meletakkan kedua telapak tangan sebelum
kedua lutut, dan solatnya sah pada kedua keadaan tersebut dengan kesepakatan
para ulama. Hanya saja mereka berselisih pendapat tentang yang afdhal.” (Majmu’
Al Fatawa, 22/449).
Ringkasnya menurut Syaikh Abdul ‘Aziz Ath Tharifi, terdapat diskusi yang
panjang tentang perselisihan ini di kalangan ulama. Pendapat yang paling baik,
manakah yang mesti didahulukan apakah tangan ataukah lutut, ini menimbang pada
keadaan masing-masing. Mana yang lebih mudah baginya, itulah yang ia lakukan.
Ada orang yang berat badannya, ada orang yang ringan. Asasnya, tidak ada hadith
sahih yang marfu’ -sampai pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- yang
membicarakan hal tadi. (Sifat Solat Nabi karya Syaikh Abdul ‘Aziz Ath Tharifi,
hal. 129).
Rujukan
Nahyush Shuh-bah ‘Anin Nuzul Bir Rukbah Syeikh Abu
Ishaq Al-Huwaini, hal. 28, 31-37, 40-47.
Irsyad al-Fatwa no. 110
No comments:
Post a Comment