Monday, 7 September 2020

Hadith umur umat islam bila mencapai 40, 50, 60, 70, 80 dan 90


Matan hadith

إنَّ العبدَ إذا بلغ أربعين سنةً وهوَ العُمرُ ، آمَنَه اللهُ من الخِصالِ الثلاثِ : من الجنونِ ، والجُذامِ ، والبرَصِ ، فإذا بلَغ خَمسين سنةً وهوَ الدَّهرُ خفَّفَ اللهُ عنهُ الحِسابَ ، فإذا بلغَ ستِّينَ سنةً فهوَ في إدبارٍ مِن قوَّتِه ، رزقَه اللهُ الإنابةَ إليهِ فيما يُحبُّه ، فإذا بلغَ سَبعينَ سنةً وهوَ الحِقْبُ أحبَّهُ أهلُ السَّماءِ ، فإذا بلغ ثَمانين سنةً وهوَ الخرَفُ أُثْبِتَتْ حَسناتُه ، ومُحِيَتْ سيِّئاتُه ، فإذا بلغ تِسعينَ سنةً وهوَ الفَندُ وقد ذهَب عنهُ العقلُ غُفِرَ لهُ ما تقَدَّمَ من ذنبِه وما تأخَّرَ ، وشُفِّعَ في أهلِ بيتِه ، وسمَّاه أهلُ السَّماءِ : أسيرَ اللهِ ، وإذا بلغ مِائةَ سنةٍ سُمِّيَ : حَبيبُ اللهِ ، حقٌّ علَى اللهِ أن لا يُعذِّبَ حبيبَه في الأرضِ

 Terjemahan

Apabila ia mencapai umur 40 tahun sebagai seorang muslim, maka Allah akan memeliharanya dari tiga penyakit iaitu gila, kusta dan sopak (belang). Apabila ia mencapai umur 50 tahun, Allah akan meringankan hisabnya. Apabila ia mencapai usia 60 tahun, Allah memudahkan baginya untuk kembali kepada-Nya dalam hal-hal yang disukai-Nya. Apabila ia mencapai umur 70 tahun, nescaya ia akan dicintai seluruh penghuni langit. Apabila ia mencapai usia 80 tahun Allah akan mencatatkan segala kebajikan baginya dan mengampuni segala kejahatannya.Apabila ia mencapai umur 90 tahun Allah akan mengampuni segala dosa-dosanya yang terdahulu dan dosanya yang akan datang dan mengizinkannya memberi syafaat pada semua ahli rumahnya dan ia selalu di bawah pengawasan Allah SWT. Apabila ia mencapai usia yang tua renta (pikun), sehingga tidak mengetahui lagi apa yang dahulu pernah ia ketahui, maka Allah SWT akan mencatatkan segala kebajikan yang pernah dilakukan pada masa sehatnya dulu dan bila ia berbuat suatu dosa maka tidaklah akan dicatatkan lagi baginya sesuatupun.”


 Takhrij

HR. al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 3/70, Ahmad no. 13279, Abu Ya'la no. 4246 dengan lafaz beliau dan al-Bazzar no. 6341, daripada Anas bin Malik ra.


Sanad hadith ini dhaif jiddan menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad.

Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/283 menilai ia palsu .

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5984.


Hadith ini juga diriwayatkan oleh sejumlah sahabat lain seperti:-

Abu Hurairah (sanad hadith ini sangat gharib menurut as-Syaukani dalam Fathul Rabbani 11/5350)

Abdullah bin Abi Bakar (Sanadnya bermasalah menurut Ibnu Hajar dalam Khulasah Mukafarah 1/76,tetapi as-Syaukani menghasankan dalam Fathul Rabbani 11/5362)

Utsman bin Affan (as-Syaukani berkata dalam Fathul Rabbani 11/5352, sanadnya terdapat perawi yang tak dikenali).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...