Sirajuddin Abu Hafsh al-Bazzar menceritakan kebiasaan gurunya:
وكنت مدة اقامتي بدمشق
ملازمه جل النهار وكثيرا من الليل وكان يدنيني منه حتى يجلسني الى جانبه وكنت اسمع
ما يتلو وما يذكر حينئذ فرأيته يقرأ الفاتحة ويكررها ويقطع ذلك الوقت كله اعني من
الفجر الى ارتفاع الشمس في تكرير تلاوتها
Ketika sedang berada di Damsyik, saya selalu melazimi dengan Ibnu
Taimiyyah, boleh dikatakan hampir sepanjang siang dan malam. Suatu ketika saya
diminta duduk di samping beliau. Saya mendengar apa yang beliau zikirkan, iaitu
beliau selalu mengulang-ulang bacaan surah al-Fatihah, mulai dari fajar sampai
matahari mulai meninggi di pagi hari. (Sirajuddin Abu Hafsh Umar bin Ali
al-Bazzar w. 749 H, al-A’lam al-Aliyyah fi Manaqib ibn Taimiyyah, hal. 38).
Ustaz Yahya Badrussalam menjelaskan:-
Dalam kisah tersebut dapat kita simpulkan:
1. Beliau sering melihat ke langit. Bukan terus menerus.
2. Beliau mengulang-ulang bacaan al-fatihah dari fajar sampai matahari
tinggi.
3. Beliau lakukan ini kerana adanya keutamaan duduk berzikir dari
semenjak selesai solat fajar sampai terbit matahari. Hadithnya diriwayatkan
oleh at-Tirmidzi dan dihasankan oleh Syeikh al-Albani.
4. Beliau mengulang ulang al-fatihah bukanlah kebiasaan beliau setelah
fajar hingga terbit matahari, kerana beliau menyatakan dalam kitab Majmu Fatawa
bahawa membaca zikir- zikir yang disyariatkan di waktu- waktu yang telah
ditentukan lebih utama dari membaca al-Qur'an. (Majmu Fatawa 23/56-60).
5. Imam Al-Bazzar kebetulan waktu itu mendengar beliau membacanya
berulang-ulang tidak menunjukkan bahawa beliau merutinkannya.
6. Dan mengulang-ulang membaca suatu surah bukanlah perkara yang bidaah,
dan saya belum mendapat pernyataan ulama bahawa mengulang ulang suatu surah itu
termasuk perkara bidaah. Kerana anjuran membaca al-Qur'an itu bersifat mutlak
baik satu surah diulang ataupun tidak.
7. Demikian juga anjuran untuk memperbanyakkan zikir antara subuh sampai
terbit matahari adalah mutlak.
8. Sedangkan kaedah usul fiqh berkata: suatu perintah yang mutlak
hendaklah dibawa kepada kemutlaknnya sampai ada dalil yang mengikatnya.
9. Jadi perbuatan Ibnu Taimiyah tidak bisa dijadikan dalih untuk
membolehkan perbuatan bidaah.
10. Yang haris diyakini oleh kita semua adalah bahawa perbuatan seorang
ulama itu bukan dalil.
11. Dalil itu adalah a-Qur'an, hadith yang sahih, ijma dan qiyas yang
benar.
Rujukan
https://mobile.twitter.com/ub_cintasunnah/status/918250990721101825?lang=en
No comments:
Post a Comment