Wednesday, 30 September 2020

Kisah Urwah bin Zubair dipotong kaki

 

Sanad dan matan kisah

 

حدثني أبو يوسف يعقوب بن إبراهيم العبدي ، حدثنا عامر بن صالح ، عن هشام بن عروة ، عن أبيه ، أنه خرج إلى الوليد بن عبد الملك حتى إذا كان بوادي القرى وجد في رجله شيئا فظهرت به قرحة وكانوا على رواحل فأرادوه على أن يركب محملا فأبى (1) عليهم ثم غلبوه فرحلوا (2) ناقة له بمحمل فركبها ولم يركب محملا قبل ذلك فلما أصبح تلا هذه الآية : ( ما يفتح الله للناس من رحمة فلا ممسك لها (3) ) حتى فرغ منها فقال لقد أنعم الله على هذه الأمة في هذه المحامل بنعمة لا يؤدون شكرها وترقى في رجله الوجع حتى قدم على الوليد فلما رآه الوليد قال : يا أبا عبد الله اقطعها فإني أخاف أن يبالغ فوق ذلك قال : فدونك قال : فدعا له الطبيب فقال له : اشرب المرقد قال لا أشرب مرقدا أبدا ، قال : فعذرها الطبيب واحتاط بشيء من اللحم الحي مخافة أن يبقى منها شيء ضر فيرقى فأخذ منشارا فأمسه بالنار واتكأ له عروة فقطعها من نصف الساق فما زاد على أن يقول : حس (4) حس فقال الوليد : ما رأيت شيخا قط أصبر من هذا ، وأصيب عروة بابن له يقال له محمد في ذلك السفر ودخل اصطبل دواب من الليل ليبول فركضته (5) بغلة فقتلته وكان من أحب ولده إليه ، ولم يسمع من عروة في ذلك كلمة حتى رجع فلما كان بوادي القرى قال : ( لقينا من سفرنا هذا نصبا (6) ) اللهم كان لي بنون سبعة فأخذت منهم واحدا وأبقيت ستة ، وكانت لي أطراف أربعة فأخذت مني طرفا وأبقيت لي ثلاثا وايمك لئن ابتليت لقد عافيت ، ولئن أخذت لقد أبقيت ، فلما قدم المدينة جاء رجل من قومه يقال له عطاء بن ذويب فقال : يا أبا عبد الله والله ما كنا نحتاج أن نسابق بك ولا أن نصارع بك ولكنا كنا نحتاج إلى رأيك والأنس بك فأما ما أصبت به فهو أمر ذخره الله لك ، وأما ما كنا نحب أن يبقى لنا منك فقد بقي

 

Terjemahan

 

Dan pada suatu tahun dari kekhilafahan al-Walid bin Abdul Malik (khalifah ke enam dari khalifah-khalifah Bani Umayyah, dan pada zamannya kekuasaan Islam mencapai puncaknya), Allah Azza wa Jalla berkehendak untuk menguji ‘Urwah bin az-Zubair dengan ujian yang berat, yang tidak akan ada orang yang mampu bertahan menghadapinya kecuali orang yang hatinya penuh dengan keimanan dan keyakinan. Khalifah kaum muslimin mengundang ‘Urwah bin az-Zubair supaya mengunjunginya di Damsyiq, lalu Urwah memenuhi undangan tersebut dan membawa serta putera tertuanya. Dan ketika sudah datang, Khalifah menyambutnya dengan sambutan yang hangat dan memuliakannya dengan penuh keagungan. Namun saat di sana, Allah SWT berkehendak lain, tatkala putera ‘Urwah memasuki kandang kuda al-Walid untuk bermain-main dengan kuda-kudanya yang tangkas, lalu salah satu dari kuda itu menendangnya dengan keras hingga dia meninggal dunia. Belum lama sang ayah yang bersedih menguburkan puteranya, salah satu kakinya terkena jangkitan yang dapat menjalar ke seluruh tubuh. Betisnya membengkak dan jangkitan itu dengan sangat cepat berkembang dan menular. Kerana itu, Khalifah memanggil para tabib dari segala penjuru untuk tetamunya dan meminta mereka untuk mengubatinya dengan segala cara. Akan tetapi, para tabib sepakat bahawa tidak ada jalan lain untuk mengatasinya selain memotong kaki ‘Urwah, sebelum jangkitan itu merebak ke seluruh tubuhnya dan meragut nyawanya. Maka, tidak ada alasan lagi untuk tidak menerima kenyataan itu. Ketika para tabib bedah datang untuk memotong betis ‘Urwah dan membawa peralatannya untuk membelah daging serta gergaji untuk memotong tulang, dia berkata kepada ‘Urwah, “Menurutku anda harus meminum sesuatu yang memabukkan supaya anda tidak merasa sakit ketika kaki anda dipotong.” Maka Urwah berkata, “O..tidak, itu tidak mungkin! Aku tidak akan menggunakan sesuatu yang haram terhadap kesembuhan yang aku harapkan.” Maka tabib itu berkata lagi, “Kalau begitu aku akan membius anda.” Urwah berkata, “Aku tidak ingin, kalau ada satu dari anggota badanku yang diambil sedangkan aku tidak merasakan sakitnya. Aku hanya mengharap pahala di sisi Allah atas hal ini.” Ketika tabib mulai memotong kaki, datanglah beberapa orang tokoh kepada ‘Urwah, maka ‘Urwah pun berkata, “Untuk apa mereka datang?.” Ada yang menjawab, “Mereka didatangkan untuk memegang anda, barangkali anda merasakan sakit yang amat sangat, lalu anda menarik kaki anda dan akhirnya membahayakan anda sendiri.” Lalu ‘Urwah berkata, “Suruh mereka kembali. Aku tidak memerlukan mereka dan berharap kalian merasa cukup dengan zikir dan tasbih yang aku ucapkan.” Kemudian tabib mendekatinya dan memotong dagingnya dengan alat bedah, dan ketika sampai kepada tulang, dia meletakkan gergaji padanya dan mulai menggergajinya, sementara ‘Urwah membaca, “Lâ ilâha illallâh, wallâhu Akbar.” Tabib terus menggergaji, sedangkan ‘Urwah tak henti bertahlil dan bertakbir hingga akhirnya kaki itu putus. Kemudian dipanaskanlah minyak di dalam kuali besi, lalu kaki Urwah dicelupkan ke dalamnya untuk menghentikan darah yang keluar dan menutup luka. Ketika itulah, ‘Urwah pengsan sekian lama yang menghalanginya untuk membaca Kitab Allah pada hari itu. Dan itu adalah satu-satunya kebaikan (bacaan al-Qur’an) yang terlewati olehnya semenjak dia meningkat remaja. Dan ketika sedar, ‘Urwah meminta potongan kakinya lalu mengusap-usap dengan tangannya dan menimang-nimangnya seraya berkata, “Sungguh, Demi Zat Yang Mendorongku untuk mengajakmu berjalan di tengah malam menuju masjid, Dia Maha mengetahui bahawa aku tidak pernah sekalipun membawamu berjalan kepada hal yang haram.” Kemudian dia mengucapkan bait-bait sya’ir karya Ma’n bin Aus,

 

Demi Engkau, aku tidak pernah menginjakkan telapak tanganku pada sesuatu yang meragukan

Kakiku tidak pernah mengajakku untuk melakukan kekejian

Telinga dan mataku tidak pernah menggiringku kepadanya

Pendapatku dan akalku tidak pernah menunjuk kepadanya

Ketahuilah, sesungguhnya tidaklah musibah menimpaku sepanjang masa melainkan ia telah menimpa orang sebelumku

 

Al-Walid bin Abdul Malik benar-benar merasa sedih terhadap musibah yang menimpa tamu agungnya. Dia kehilangan puteranya, lalu dalam beberapa hari kehilangan kakinya pula, maka al-Walid tidak bosan-bosan menjenguknya dan memotivasikan beliau untuk bersabar terhadap musibah yang dialaminya.

 

Kebetulan ketika itu, ada sekelompok orang dari Bani ‘Abs singgah di kediaman Khalifah, di antara mereka ada seorang buta, lalu al-Walid bertanya kepadanya perihal sebab kebutaannya, lalu orang itu mejawab, “Wahai Amirul mukminin, di dalam komuniti Bani ‘Abs tidak ada orang yang harta, keluarga dan anaknya lebih banyak dariku. Lalu aku bersama harta dan keluargaku singgah di pedalaman suatu lembah dari lembah-lembah tempat tinggal kaumku, lalu terjadi banjir besar yang belum pernah aku saksikan sebelumnya. Banjir itu menghanyutkan semua yang aku miliki; harta, keluarga dana anak. Yang tersisa hanyalah seekor unta dan bayi yang baru lahir. Sedangkan unta yang tersisa itu adalah unta yang binal sehingga lepas. Akibatnya, aku meninggalkan sang bayi tidur di atas tanah untuk mengejar unta tersebut. Belum begitu jauh aku meninggalkan tempat ku hingga tiba-tiba aku mendengar jeritan bayi tersebut. Aku menoleh namun ternyata kepalanya telah berada di mulut serigala yang sedang menyantapnya. Aku segera menyongsongnya namun sayang aku tidak mampu menyelamatkannya, kerana serigala telah membunuhnya. Lalu aku mengejar unta dan ketika aku berada di dekatnya, ia menendangku dengan kakinya. Tendangan itu mengenai wajahku, sehingga keningku robek dan mataku buta. Begitulah aku mendapatkan diriku di dalam satu malam telah menjadi orang yang tanpa keluarga, anak, harta dan mata.”

 

Maka al-Walid berkata kepada pengawalnya, “Ajaklah orang ini menemui tetamu kita ‘Urwah bin az-Zubair. Mintalah dia mengisahkan ceritanya supaya ‘Urwah mengetahui bahawa ternyata masih ada orang yang mengalami cubaan yang lebih berat darinya.” Ketika ‘Urwah diangkut ke Madinah dan dipertemukan dengan keluarganya, dia mendahului mereka dengan ucapan,

 

“Jangan kalian merasa ngeri terhadap apa yang kalian lihat. Allah ‘Azza wa Jalla telah menganugerahuiku empat orang anak, lalu mengambil satu di antara mereka dan masih menyisakan tiga orang lagi. Segala puji hanya untuk-Nya. Dan Dia memberiku empat anggota badan, kemudian Dia mengambil satu darinya dan menyisakan tiga untukku, maka segala puji bagi-Nya. Dia juga telah memberiku empat buah yang memiliki hujung (kedua tangan dan kedua kaki-red.,), lalu Dia mengambilnya satu dan menyisakan tiga buah lagi untukku. Dan demi Allah, Jika pun Dia telah mengambil sedikit dariku namun telah menyisakan banyak untukku. Dan jika pun Dia mengujiku satu kali namun Dia telah mengurniaiku kesihatan berkali-kali.” Ketika penduduk Madinah mengetahui kedatangan imam dan orang ‘alim mereka, ‘Urwah bin az-Zubair, mereka berbondong-bondong datang ke rumahnya untuk menghibur dan menjenguknya. Di antara untaian kata ta’ziah yang paling berkesan adalah perkataan Ibrahim bin Muhammad bin Thalhah kepadanya,

 

“Bergembiralah wahai Abu Abdillah! salah satu anggota badan dan anakmu telah mendahuluimu menuju syurga dan yang keseluruhannya akan mengikuti yang sebahagiannya itu, insyaAllah Ta’ala. Sungguh, Allah telah menyisakan sesuatu darimu untuk kami yang sangat kami perlukankan dan perlukan, iaitu ilmu, fiqih dan pendapat anda. Mudah-mudahan Allah menjadikan hal itu bermanfaat bagimu dan kami. Allah lah Zat Yang Maha menanggung pahala untukmu dan Yang menjamin balasan kebaikan amalmu.”

 

Takhrij

 

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Duniya dalam al-Mardh wal Kifarat no. 131-139, (matan di atas adalah dari no. 135 sahaja), al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 13/169 no. 10631,  Ibn Khalkan dalam Wafayat al-'Ayan 2/418-421 dan  juga Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 9/101-103, Az-Zahabi dalam Siyar 'Alam an-Nubala 4/421-438, Tarikh Islam 6/247, dan ditemukan dalam Qashasus Sahabat was Shalihin hal. 293, Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya dalam Suwar min Hayati at-Tabi'in no. 44, Tahdzibul Kamal, 20/20-21.

 

Yang sahih adalah dari no. 131 dan 134 (Islamport).

 

Berdasarkan dari sumber di atas, ada terdapat sedikit perbezaan pada redaksi-redaksi:-

 

- ada kisah menceritakan kaki beliau dipotong sewaktu beliau solat

- ada kisah menceritakan kaki beliau dipotong diwaktu berzikir/tasbih Laa ilaaha Illallah Allah Akbar

 

Dalam rantai sanad terdapat perawi yang matruk, yakni ‘Amar bin Shalih (http://hadith.islam-db.com/narrators/4103).

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...