Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda,
إِنَّ فِى الْجَنَّةِ
لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي
وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى
أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ:
وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ:
وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً
“Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap
Jumaat. Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga
mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang ke isteri-isteri mereka dalam
keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata, ‘Demi Allah,
engkau semakin bertambah indah dan tampan.’ Mereka pun berkata, ‘Kalian pun
semakin bertambah indah dan cantik.” (HR. Muslim no. 2833).
Keadaan Di Pasar Syurga
Sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah, pasar di syurga
adalah tempat berkumpul penduduk syurga. Beliau berkata,
المراد بالسوق مجمع لهم
يجتمعون كما يجتمع الناس في الدنيا في السوق ، ومعنى ( يأتونها كل جمعة ) أي : في
مقدار كل جمعة أي أسبوع ، وليس هناك حقيقة أسبوع لفقد الشمس والليل والنهار
“Yang dimaksudkan dengan pasar adalah tempat berkumpulnya manusia
sebagaimana manusia di dunia berkumpul di pasar. Maksud dari ‘mereka mendatangi
setiap hari Jumaat adalah sebagaimana perkiraan lama waktu tiap Jumaat iaitu
seminggu. Bukanlah makna ‘seminggu’ yang sebenarnya kerana tidak ada matahari,
siang dan malam (di syurga).”(Syarah Muslim 16/170)
Dan salah satu kenikmatan manusia adalah berjumpa dengan saudara dan
sahabat-sahabat akrab mereka, saling bertegur sapa, menanyakan keadaan
masing-masing, saling bersenda bergurau ringan. Ini menimbulkan kebahagiaan dan
kenikmatan, apalagi sudah lama sekali tidak bertemu. Maka di syurga juga
disediakan kenikmatan seperti ini. Maka di syurga juga disediakan keperluan
untuk menikmati hal ini.
Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah,
إن سوق الجنة هو مكان اللقاء
للمؤمنين بعضهم لبعض؛ لازدياد النعيم بما يجدونه من لذة وسؤدد ، وتحدث بعضهم لبعض؛
وتذاكرهم بما كان في الدار الدنيا وما آلوا إليه في الدار الآخرة؛ ويتجدد هذا
اللقاء كل جمعة كما جاء في الحديث؛ لرؤية بعضهم لبعض وأنس بعضهم ببعض
“Pasar di syurga adalah tempat bertemunya kaum muslimin satu sama lain
supaya bertambah kenikmatan. Merasakan kelazatan saling berbincang-bincang. Dan
saling mengenang apa yang terjadi di dunia dan membicarakan apa yang mereka
dapatkan di akhirat. Mereka bertemu setiap Jumaat sebagaimana pada hadis, agar
mereka boleh saling berjumpa satu sama lain.”(Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214).
Demikianlah ahli syurga, sebagaimana jika kita bertemu dengan sahabat
lama dan berkumpul semula maka sangat terasa nikmat dan bahgia jika kita
mengenang masa-masa lalu yang indah, misalnya masa-masa ketika mula menerima
kesedaran Islam, bersama suka duka dalam berdakwah, masa-masa ketika belajar
bersama dan menjalani kehidupan bersama.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada jual-beli di syurga. Yang
ada hanya barang perniagaan yang boleh diambil ikut kehendak kita sendiri. Ini
juga merupakan kenikmatan walaupun sebenarnya mereka boleh meminta apa yang
mereka inginkan di syurga. Jika ada orang yang kesukaannya berbelanja, maka
kenikmatan itu juga ada di syurga. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ
الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan
sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.”(Surah Az-Zukhruf ayat 71)
dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ
فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
“Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi
Kami ada tambahannya.”(Surah Qaaf ayat 35).
Hanya Lelaki Saja Yang Ke Pasar Syurga?
Syaikh Abdullah Al-Faqih menyatakan,
فظاهر هذا الحديث أن الذين
يذهبون إلى السوق هم الرجال وحدهم دون النساء. وذلك لأن الحديث ذكر أنهم يرجعون من
السوق إلى أهليهم، يعني زوجاتهم، فدل رجوعهم إليهن على أنهن لم يكن يرافقنهم
“Zahir hadith menunjukkan bahawa yang pergi ke pasar syurga hanyalah lelaki
tanpa wanita. Dalam hadith disebutkan bahawa mereka kembali kepada keluarga
mereka dari pasar iaitu isteri-isteri mereka. Kembalinya lelaki kepada isteri
mereka menunjukkan bahawa isteri mereka tidak ikut ke pasar syurga.”
Akan tetapi para wanita tidak perlu kecewa seandainya pendapat ini
benar. Kerana berkumpul dan keluarnya penduduk syurga tidak hanya di pasar
syurga saja. Akan tetap mereka saling mengunjungi di rumah dan saling bertemu.
Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah,
ولم يكن لقاء بعضهم لبعض في
سوق الجنة فحسب ، بل يتزاورون في المنازل ، وفي مخير المنازل من مرافق ، تحت
الأشجار ، وعلى شواطئ الأنهار ، وفي جميع المنتزهات المختلفة ، متى شاءوا من
الأوقات التي تتناسب معهم ويرتاحون لها بل ويرغبونها
عن أبي هريرة رضي الله عنه
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : إن أهل الجنة ليتزاورون فيها
إنها الزيارات الممتعة ،
والحياة السعيدة ، والأنس الذي لا ينقطع ، واللذة المستمرة
“Tidaklah pertemuan penduduk syurga hanya di pasar saja akan tetapi
mereka saling mengunjungi di rumah-rumah (istana) mereka, Mereka boleh bertemu
di bawah pohon, di pinggir sungai dan di semua tempat rekreasi yang
bermacam-macam. Bila saja mereka ingin jika waktunya sesuai, mereka
menikmatinya dan menginginkannya.”
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda,
“Sesungguhnya penduduk syurga saling mengunjungi.”
Inilah saling mengunjungi yang memuaskan, kehidupan yang bahagia,
hubungan sosial yang tidak terputus dan kelazatan yang terus-menerus.” (Fatwa
Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214).
No comments:
Post a Comment