Monday, 7 September 2020

Puasa hari Tarwiyah


Matan hadith

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Terjemahan

Puasa pada hari tarwiyah menghapuskan (dosa) satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun”.


Takhrij

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 2/248, daripada Ibnu Abbas ra.

Didhaifkan oleh As-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5039.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Dhaif Jami’ no. 3501. Ini kerana terdapat dua penyakit:

a)      Muhammad bin Saaib Al-Kalbi. Dia ini seorang rawi pendusta (Jarh wa Ta’dil 7/721)
b)      Ali bin Ali Al-Himyari adalah seorang rawi yang majhul (tidak dikenali)



Manakala, Puasa pada hari Arafah adalah sunat sebagaimana sabda Nabi saw

. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ اَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ اَحتَسِبُ عَلَى اللّهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ

“… Dan puasa pada hari Arafah –aku mengharap dari Allah- menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu”. (HR. Muslim 3/168, Abu Daud no. 2425, Ahmad 5/297, 308, 311, Baihaqi 4/286 dan lain-lain).

Kata ulama : Dosa-dosa yang dihapuskan di sini adalah dosa-dosa yang kecil.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...