Wednesday, 30 September 2020

Tangisan anak yatim menggoncangkan Arasy

 

Matan hadith

 

إِنَّ الْيَتِيمَ إِذَا بَكَى اهْتَزَّ لِبُكَائِهِ عَرْشُ الرَّحْمَنِ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى لِمَلَائِكَتِهِ: يَا مَلَائِكَتِي، مَنْ ذَا الَّذِي أَبْكَى هَذَا الْيَتِيمَ الَّذِي غَيَّبْتُ أَبَاهُ فِي التُّرَابِ، فَتَقُولُ الْمَلَائِكَةُ رَبَّنَا أَنْتَ أَعْلَمُ، فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى لِمَلَائِكَتِهِ: يَا مَلَائِكَتِي، اشْهَدُوا أَنَّ مَنْ أَسْكَتَهُ وَأَرْضَاهُ؟ أَنْ أَرْضِيَهُ  يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 

Terjemahan

 

Apabila anak yatim menangis maka tergoncanglah Arsy Allah Ta’alaa kerananya, sehingga Allah Ta’alaa menyeru kepada malaikatnya "Apakah yang menyebabkan anak itu menangis setelah ayahnya dikuburkan ?", para malaikat berkata "Wahai Rabb, Engkau lebih Tahu apa yang terjadi", maka Allah Ta’alaa berfirman kepada para malaikat : "Wahai malaikatKu, saksikanlah bahawa barang siapa yang mampu menghentikan tangisan dan menyayangi mereka, maka Aku akan menyayangi (redha) padanya di hari kiamat.

 

Takhrij

 

HR. al-Qurthubi dalam Tafsirnya 20/101, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 3/142, Abu Nua'im dalam Tarikh Asbahan 2/269, daripada Umar al-Khattab ra.

 

Hadith ini dhaif menurut Ibnu Adi, Ibnu Qaisirani dalam Dzakirah Huffaz 2/626 kerana terdapat perawi yang matruk iaitu al-Husin bin Abi Ja’afar.

 

Sanadnya dhaif menurut Az-Zahabi dalam al-Uluw no. 96 dan Ibnu Irraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 2/136

 

As-Saghani dalam Maudhuatnya no. 60 menilai hadith ini palsu

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5852

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 163484

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...