Friday, 18 December 2020

Hadith doa dimudahkan mendapat pekerjaan

 

Matan hadith

 

روي أن رسول الله - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ - قال: "أعطيك خمسة آلاف شاة أو أعلمك خمس كلمات؟ فيها صلاح دينك ودنياك، قل: اللهم اغفر لي ذنبي، ووسع لي خلقي وطيب لي كسبى وقنعني بما رزقتني، ولا تذهب طلبي إلى شيء صرفته عني

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apakah kamu mahu aku beri lima ribu ekor kambing, atau aku ajari kamu lima kalimah yang merangkumi kemaslahatan agamamu dan duniamu?" maka aku jawab, "Ya Rasulullah, lima ribu ekor kambing itu banyak, tetapi ajari aku ilmu." lalu, Rasulullah saw bersabda, bacalah:-

 

اَللهُمَّ اغْفِرْلِى ذَنْبِيْ، وَوَسِّعْ خُلُقِيْ، وَطَيِّبْ لِيْ كَسَبِيْ، وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ، وَلاَتَذْهَبْ قَلْبِيْ إِلَى شَيْئٍ صَرَّفْتَهُ عَنِّيْ

 

"Ya Allah, ampunillah dosaku, perluaslah (muliakanlah) akhlakku, berilah untukku pekerjaan yang baik, jadikanlah aku puas menerima apapun yang Engkau kurniakan kepadaku, dan janganlah Engkau buat hatiku mengingat apapun yang telah Engkau palingkan dariku"

 

Takhrij

 

HR. al-Hussaini dalam al-Bayan wal Ta'arif 1/136, daripada Ali bin Abi Thalib ra. Manakala as-Suyuthi menisbahkan hadith ini kepada Ibnu Najjar dalam Tarikhnya.

 

Tidak ada ulama hadith yang mensahih/menghasankan hadith ini. Akan tetapi doa boleh saja untuk dikutip dan diamal dari hadith yang tidak sahih sekalipun selagi tidak menyalahi syariat (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 165427).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...