Friday, 18 December 2020

Maksud mandul dalam hadith

 

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ ؟ قَالَ قُلْنَا الَّذِى لاَ يُولَدُ لَهُ. قَالَ : لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِى لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا. قَالَ : فَمَا تَعُدُّونَ الصُّرَعَةَ فِيكُمْ. قَالَ قُلْنَا الَّذِى لاَ يَصْرَعُهُ الرِّجَالُ؟ قَالَ : لَيْسَ بِذَلِكَ وَلَكِنَّهُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.

 

Nabi saw bertanya, “Menurut kalian, siapa orang yang mandul itu ?” ‘Abdullah bin Mas’ud mengatakan, ‘Kami menjawab : Orang yang tidak mempunyai anak’. Nabi  saw menjawab, “Orang yang mandul itu bukan demikian. Akan tetapi orang yang mandul itu adalah seorang laki-laki yang tidak mampu memberikan apapun kepada anaknya”. Beliau saw berkata lagi, “Menurut kalian siapa orang yang perkasa itu ?” ‘Abdullah bin Mas’ud  ra mengatakan, ‘Kami menjawab : Orang yang perkasa itu adalah lelaki yang tidak terkalahkan’. Nabi saw bersabda, “Orang yang perkasa itu adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah” (HR. Muslim no. 2608)

 

Hadith ini sahih.

 

 

Syarah:

 

 

Ibnul Jauzi mengatakan,

 

دلهم بهذا الحديث على النظر إلى المعاني دون الصور لأنهم ألفوا في كلامهم أن الرقوب الذي يفقد أولاده فأخبرهم أنه الذي يفقد ثواب أولاده في الآخرة

 

“Nabi saw menunjukkan bahawa yang dinilai adalah makna tersirat bukan hanya makna yang tersurat. Kerana makna yang mereka terbiasa fahami bahwasanya orang yang mandul adalah orang yang tidak mempunyai anak. Maka Nabi saw menjelaskan kepada mereka bahawa orang yang mandul (secara tersirat) adalah orang tidak punyai pahala dari anak-anaknya ketika di akhirat nanti”

 

bahasa mudah: ada anak, tapi anak tak memberi manfaat (pahala) kebaikan pada ibu bapa.

 

 

Imam Nawawi  dalam Syarah Sahih Muslim 8/133 mengatakan,

 

وكذلك تعتقدون أن الصرعة الممدوح القوي الفاضل هو القوي الذي لا يصرعه الرجال بل يصرعهم وليس هو كذلك شرعا بل هو من يملك نفسه عند الغضب فهذا هو الفاضل الممدوح الذي قل من يقدر على التخلق بخلقه ومشاركته في فضيلته

 

“Demikian juga, mereka para sahabat meyakini bahawa orang yang perkasa adalah orang yang tidak dapat dikalahkan orang lain bahkan mampu mengalahkan orang banyak. Namun makna secara syar’i, orang yang perkasa adalah orang yang mampu menguasi dirinya ketika marah. Inilah kelebihan yang terpuji, sedikit orang yang mampu memiliki akhlak ini dan menyamai keutamaan ini”

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...