Matan hadith
وعن عائشة رضي الله عنها، عن
النبي صلى الله عليه وسلم قال: {هو رجلٌ من عترتي، يقاتلُ على سنتي كما قاتلتُ أنا
على الوحي}.
Terjemahan
Dari Aishah r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Al-Mahdi itu
seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku seperti aku
berperang atas wahyu”.
Takhrij
HR. Nua'im bin Hammad dalam Kitab Fitan 1/371. al-Tabrizi dalam Misykatul
Masabih 3/29.
Dr. Sayyid Hussain al-'Afani dalam nota kaki Kitab تثبيت أفئدة
المؤمنين بذكر مبشرات النصر والتمكين hal. 120 berkata sanad hadith
ini jayyid.
Nu’aim bin Hammad diperselisihkan riwayatnya. Imam Bukhari hanya
menerima riwayatnya sebagai mutabaah.
Imam Ahmad, al-Ijli dan Ibnu Main menilai dia tsiqah. Tetapi Imam Nasaie
dan az-Zahabi menilai dia lemah.
Ibnu Rejab berkata walaupun banyak nuqqad menilainya tsiqah kerana
pembelaannya terhadap Sunnah dan kerasnya beliau membantah bidaah. Akan tetapi
dari sisi periwayatan beliau banyak melakukan kesilapan. (Tahdzibul Kamal
29/466-481, Siyar A’alam an-Nubala 10/600, Mizanul I’tidal 5/29, Jami’ul ‘Ulumi
Wal Hikam 2/270).
Imam An-Nasaie mengatakan: “Dia orang yang lemah (dhaif).” Imam Al Azdi mengatakan: “Dia termasuk orang
yang memalsukan hadith demi membela sunah.”
Imam Al-‘Abbas bin Mush’ab mengatakan dalam Tarikhnya: “Dia memalsukan
sebuah buku untuk membantah kaum Jahmiyah.”
Oleh kerananya Imam Az-Zahabi mengatakan tentangnya: “Salah satu imam
dunia, yang memiliki kelemahan dalam hadithnya.” (Mizanul I’tidal 4/267-269)
Riwayat beliau perlu diperhatikan secara teliti, lebih lagi dalam Kitab
Fitan. Kitab Fitan beliau tidak sedikit mengandungi hadith lemah bahkan palsu.
Imam Az-Zahabi berkata:
لا يجوز لاحد أن يحتج به،
وقد صنف كتاب " الفتن " فأتى فيه بعجائب ومناكير.
Tidak boleh bagi seorang pun berhujjah dengannya, dan Dia telah menyusun
kitab Al Fitan, yang di dalamnya terdapat
banyak keanehan dan kemungkaran.” (As Siyar A’lamin Nubala, 10/609)
No comments:
Post a Comment