Matan hadith
عبد الرحمن بن قيس الزعفراني
عن عبد الملك بن عبد الله بن الوليد عن ذكوان أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم
يكن يرى له ظل في شمس ولا قمر .
Terjemahan
Bahawa Rasulullah ﷺ tidak pernah mempunyai
bayang-bayang semasa berada di bawah sinaran matahari dan bulan.
Takhrij
HR. al-Hakim Tirmidzi dalam Nawadhir al-Usul 1/122, melalui Dzakwan bin
Abi Shalih.
Hanyasanya hadith ini dhaif kerana sanadnya terputus sehinggan Dzakwan
(tabien).
Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta bernama Abdul Rahman bin Qais
al-Za'farani (Tahdzibul Kamal 17/364 no. 3939).
Manakala,
Dalam riwayat lain berkata,
وقال أحمد بن عبد اللَّه
الغدافي أخبرنا عمرو بن أبي عمرو عن محمد بن السائب عن أبي صالح عن ابن عباس
لم يكن للنبي ﷺ ظل، ولم يقم مع الشمس قط إلا غلب ضوءه ضوء الشمس، ولم يقم مع سراج قط إلا غلب ضوءه ضوء السراج
"Nabi ﷺ tidak mempunyai
bayang-bayang. Tidaklah baginda ﷺ berdiri di bawah sinaran
matahari melainkan cahaya Baginda ﷺ mengalahkan cahaya matahari.
Tidaklah baginda ﷺ berdiri bersama suatu lampu
melainkan cahaya Baginda ﷺ mengalahkan cahaya lampu
tersebut."
Takhrij
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Maqrizi dalm Imta' al- Asma' 2/170. Hadith
ini juga tidak sahih kerana sanadnya
terdapat perawi yang pendusta bernama Muhammad bin Al-Saib (Tahdzibul Kamal
25/246 no. 5234).
Banyak hadith sahih menunjukkan Nabi saw itu mempunyai bayang-bayang.
نا بَحْرُ بْنُ نَصْرِ بْنِ
سَابَقٍ الْخَوْلَانِيُّ، نا ابْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ،
عَنْ عِيسَى بْنِ عَاصِمٍ، عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
قَالَ: صَلَّيْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ
الصُّبْحِ قَالَ: فَبَيْنَمَا هُوَ فِي الصَّلَاةِ مَدَّ يَدَهُ، ثُمَّ
أَخَّرَهَا، فَلَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلَاةِ، قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ،
صَنَعْتَ فِي صَلَاتِكَ هَذِهِ مَا لَمْ تَصْنَعْ فِي صَلَاةٍ قَبْلَهَا قَالَ:
«إِنِّي رَأَيْتُ الْجَنَّةَ قَدْ عُرِضَتْ عَلَيَّ، وَرَأَيْتُ فِيهَا. . . .
قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ، حَبُّهَا كَالدُّبَّاءِ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَتَنَاوَلَ
مِنْهَا، فَأُوحِيَ إِلَيْهَا أَنِ اسْتَأْخِرِي، فَاسْتَأْخَرَتْ، ثُمَّ عُرِضَتْ
عَلَيَّ النَّارُ، بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ حَتَّى رَأَيْتُ ظِلِّيَ وَظِلَّكُمْ،
فَأَوْمَأْتُ إِلَيْكُمْ أَنِ اسْتَأْخَرُوا، فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنْ أَقِرَّهُمْ،
فَإِنَّكَ أَسْلَمْتَ وَأَسْلَمُوا، وَهَاجَرْتَ وَهَاجَرُوا، وَجَاهَدْتَ
وَجَاهَدُوا، فَلَمْ أَرَ لِي عَلَيْكُمْ فَضْلًا إِلَّا بِالنُّبُوَّةِ»
Shahih Ibnu Khuzaimah 891: Bahr bin Nashr bin Sabiq Al Khaulani
menceritakan kepada kami, Ibnu Wahab menceritakan kepada kami, Mu'awiyah bin
Shalih menceritakan kepada kami dari Isa bin Ashim, dari Zir bin Hubaisy, dari
Anas bin Malik, ia berkata, “Kami pernah Solat Subuh bersama Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam.” Perawi berkata, “Tatkala sedang melaksanakan
solat beliau menjulurkan tangannya kemudian menariknya kembali, dan setelah
selesai solat kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, engkau telah melakukan di dalam
solatmu ini sesuatu yang tidak pernah engkau lakukan di dalam solat-solat
sebelumnya. Beliau menjawab, 'Sesungguhnya aku melihat syurga yang telah
diperlihatkannya kepadaku, maka aku melihat didalamnya buah-buahnya mudah
dipetik dan bijinya seperti buah tembikai, lalu aku ingin mengambilnya, akan tetapi
diperintahkan kepadanya agar pergi menjauh dan aku pun menjauh. Kemudian neraka
diperlihatkan kepadaku berada di antara aku dan kamu sampai-sampai aku melihat
bayangan diriku dan bayangan diri kalian. Aku kemudian mengisyaratkan kepadamu
agar menjauh. Lalu diwahyukan kepadaku agar menenangkan mereka kerana
sesungguhnya kamu telah beriman dan mereka juga telah beriman, kamu telah
berhijrah dan mereka juga telah berhijrah, kamu telah berperang dan mereka juga
telah berperang. Sesungguhnya aku tidak melihat keutamaan diriku dari kamu
selain kenabian.” (HR. Ibnu Khuzaimah no. 892, at-Thabarani dalam Musnad
Shamiyyin no. 2087, Muhammad al-Maqdisi dalam Mukhtarah no. 2136, sanadnya sahih menurut Syeikh al-Albani).
Sabda Nabi SAW:
حَتَّى رَأَيْتُ ظِلِّي
hingga aku nampak bayang-bayangku
Ini jelas menunjukkan bahawa
Baginda SAW mempunyai bayang-bayang, dan ini adalah kata-kata dari bibir
Baginda sendiri.
Kenyataan dari para isteri Nabi SAW sendiri
Para isteri Nabi SAW sendiri dalam sejumlah hadith menjelaskan mereka
melihat jelas bayang-bayang Baginda, antaranya ialah:
1- Dari Zainab
Hal ini dijelaskan oleh 'Aishah, katanya:
أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي سَفَرٍ لَهُ ، فَاعْتَلَّ بَعِيرٌ
لِصَفِيَّةَ ، وَفِي إِبِلِ زَيْنَبَ فَضْلٌ ، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ بَعِيرًا لِصَفِيَّةَ اعْتَلَّ
، فَلَوْ أَعْطَيْتِهَا بَعِيرًا مِنْ إِبِلِكِ " . فَقَالَتْ : أَنَا
أُعْطِي تِلْكَ الْيَهُودِيَّةَ . قَالَ : فَتَرَكَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَا الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمَ ، شَهْرَيْنِ أَوْ
ثَلَاثَةً ، لَا يَأْتِيهَا ، قَالَتْ : حَتَّى يَئِسْتُ مِنْهُ وَحَوَّلْتُ
سَرِيرِي . قَالَتْ : فَبَيْنَمَا أَنَا يَوْمًا بِنِصْفِ النَّهَارِ ، إِذَا
أَنَا بِظِلِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُقْبِلٌ .
Sesungguhnya Nabi SAW pada suatu ketika dalam permusafiran Baginda SAW,
unta isteri Baginda iaitu unta Safiyyah jatuh sakit, walaubagaimanapun, isteri
Baginda yang lain iaitu Zainab mempunyai unta lebihan. Maka Baginda SAW berkata
kepada Zainab: "unta Safiyyah jatuh sakit, sudikah kamu meminjamkan unta
lebihan kamu?", maka Zainab menjawab: "perlukah aku beri pinjam
kepada si yahudi itu? (Nota: Safiyyah sebelum memeluk Islam, adalah seorang
yahudi), mendengarkan jawapan Zainab itu maka Nabi SAW (menjadi sedih dan)
meninggalkan Zainab untuk selama 2 atau 3 bulan dan Baginda tidak mahu datang
kepada Zainab...- hingga suatu hari - Zainab berkata: "hinggalah satu
hari, pada waktu tengah hari, aku dapat melihat kelibat bayang-bayang
Rasulullah datang menghampiriku.
Takhrij
Hadith Sahih, dikeluarkan Ahmad (6/132),
Syaikh Syu'aib al-Arnauth mendhaifkan hadith ini, kata al-Arnaut: "إسناده ضعيف لجهاله
شميسه - isnadnya dhaif kerana majhulnya Syameesah".
Semoga Allah memberkati dan mengampuni al-Syaikh Syu'aib, pendhaifan
beliau untuk hadith ini tidaklah tepat, yang zahir bagiku hadith ini sahih
isnadnya, dan Syameesah (disebut juga sebagai Samiyyah) bukanlah majhul, bahkan
beliau Thiqah, dinilai Thiqah oleh Imam al-Jihbiz Yahya ibn Ma'in (Tarikh Ibn
Ma'in, 131/418), bahkan Imam Syu'bah al-Hajjaj meriwayatkan hadith dari
Syameesah menunjukkan beliau Thiqah, maklum bahawa Syu'bah al-Hajjaj tidak
meriwayatkan melainkan dari mereka yang Thiqah, sekiranya Syameesah benar
majhul sekalipun, itu bukanlah alasan kukuh menolak riwayat ini kerana
periwayatan majhul diterima dengan beberapa petunjuk antaranya ia jika ia dari
wanita dan Syameesah adalah wanita, tiada cacat pada matan, serta tidak menyalahi
usul, Allah Maha Mengetahui.
Kenyataan Zainab bahawa dia melihat bayang-bayang Nabi SAW sewaktu Nabi
datang kepadanya, adalah jelas menunjukkan Baginda mempunyai bayang-bayang.
2- Dari Safiyyah dalam sebuah hadith yang sangat panjang, disebut:
فلما كان شهر ربيع الاول دخل
عليها فرات ظله
apabila masuk bulan Rabi' al-Awwal, Baginda SAW datang kepadaku, dan aku
nampak bayang-bayang Baginda.
Takhrij
Hadith Sahih: dikeluarkan Ahmad (6/338), Syaikh Syu'aib al-Arnaut mendhaifkan
hadith ini kerana Syameesah, dan penilaian beliau ini tidaklah tepat
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadith sebelum ini. Bahkan kata
al-Haithami selepas mengeluarkan hadith ini : "وفيه سمية روى لها أبو داود
وغيره ولم يضعفها أحد وبقية رجاله ثقات - dalam isnadnya terdapat
perawi bernama Samiyyah (disebut juga Syameesah), meriwayatkan darinya Abu Daud
dan lain-lain, dan tidaklah walau seorangpun mereka mendhaifkan dia, baki
perawi lain adalah Thiqah", saya berkata: bahkan dia dinilai Thiqah oleh
Yahya ibn Ma'in, dan Syu'bah meriwayatkan darinya menguatkan lagi petunjuk
bahawa dia Thiqah]
Kenyataan Safiyyah, melihat bayang-bayang Nabi SAW sewaktu Nabi datang
kepadanya, adalah jelas menunjukkan Baginda mempunyai bayang-bayang.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di payungi tatkala melempar
jumrah Aqabah
عن يحيى بن الحصين عن أم
الحصين جدته قالت حججت مع رسول الله صلى
الله عليه وسلم حجة الوداع فرأيت أسامة
وبلالا وأحدهما آخذ بخطام ناقة النبي صلى
الله عليه وسلم والآخر رافع ثوبه يستره من
الحر (و في رواية: من الشمس) حتى رمى جمرة العقبة
Dari Yahya bin Al-Hushain dari nenek beliau Ummul Hushoin, ia berkata,
“Aku berhaji bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu haji wada’
maka aku melihat Usamah dan Bilal, salah satu dari mereka berdua memegang
kendali unta Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan yang lainnya mengangkat
bajunya menutupi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana panas (dalam
riwayat yang lain: kerana matahari) hingga Nabi selesai melempar jumrah Aqabah”
Kalau memang tubuh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bercahaya
sehingga cahaya matahari terpantul dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
tidak memiliki bayangan tentunya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak
butuh untuk dipayungi kerana ia tidak akan merasa kepanasan kerana terik
matahari.
Kisah ‘Aisyah yang berbaring di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam tatkala beliau solat.
عن عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم أنها قالت كنت أنام بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم ورجلاي في قبلته فإذا سجد غمزني فقبضت رجلي
فإذا قام بسطتهما قالت والبيوت يومئذ ليس فيها مصابيح
Dari ‘Aisyah Isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata,
“Saya tidur di depan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kedua kakiku
berada di kiblatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (iaitu ditempat sujud
beliau). Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sujud maka beliau memegangku
maka akupun melipat kedua kakiku, dan jika ia telah berdiri maka aku kembali
menjulurkan kedua kakiku”. Aisyah berkata, “Pada waktu itu rumah-rumah belum
ada lampunya” (HR. Muslim no. 512)
Berkata Imam An-Nawawi mengomentari perkataan Aisyah “Pada waktu itu
rumah-rumah belum ada lampunya”, “Aisyah menyampaikan alasannya, ia berkata
“Seandainya jika di rumah-rumah ada lampunya maka aku sudah melipat kedua
kakiku tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak sujud sehingga
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak butuh untuk menyentuhku
(mengisyaratkan kepadaku bahwa ia ingin sujud)”. Hadith ini jelas sekali
menunjukkan bahawa tubuh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengeluarkan
cahaya, kerana kalau mengeluarkan cahaya tentunya ‘Aisyah tidak memerlukan lagi
terhadap lampu.
No comments:
Post a Comment