Hadith yang
menyuruh baca fatihah ke atas jenazah semuanya tak terlepas dari kecacatan,
dhaif dhaif belaka (imam az-Zahabi dalam at-Tanqih at-Tahqiq).
Sanad dan matan
hadith
Terjemahan
Takhrij
Imam Tirmidzi dan al-Mubarakfuri berkata sanadnya tidaklah
kuat.
al-Hafiz Abu Thahir
dalam taaliqnya atas Sunan Tirmidzi dan az-Zahabi dalam Tanqih al-Tahqiq,
1/315, menilai hadith ini terlalu dhaif.
Ini kerana, dalam
sanad ini terdapat perawi yang halik (perawi yang binasa), matruk dan dhaif
jiddan bernama Ibrahim bin Utsman, dia sebenarnya adalah Abu Syaibah Al Wasithi (Talkhisul
Kabir 2/674, Nailul Authar 4/102).
Halik, matruk atau laisa bi thiqah adalah lafaz-lafaz yang
digunakan dalam taraf ketiga oleh az-Zahabi, Ibnu Hajar dan as-Suyuthi dalam
martabat al-Jarh iaitu menunjukkan
pendustaan dan pemalsuan.
Periwayat yang
demikian ini (halik) tidak dapat dijadikan hujjah hadithnya dan juga tidak
dapat dijadikan i‘tibar (Nuruddin 'Itr, ‘Ulumu Al-Hadith, hal. 95).
Hadith ini munkar
menurut ulama salaf, anak murid Ibn Main, Shalih bin Muhammad al-Jazarah
(Tarikh Baghdad 6/111).
Cuma Syeikh
al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Sunan Tirmidzi.
Manakala hadith
yang sama dari sanad datang dari Ummu Syarik juga dhaif:-
حَمَّاد بن جَعْفَر، نَا شهر بن حوشبٍ، حَدَّثتنِي أم
شريكٍ الأنصاريةُ، قالتْ: " أمرنَا رسولُ اللهِ [صلى الله عَلَيْهِ وَسلم]
أَن تقْرَأ على الْجِنَازَة بفاتحةِ الكِتَابِ
Kerana perawi
bernama Hammad bin Ja'far yang dinilai munkarul hadith oleh Ibnu Adi (Tanqih
al-Tahqiq, 1/315).
Hadith Ummu Syarik
ini juga didhaifkan sanadnya oleh as-Syaukani dalam Nailul Authar 4/102.
Lebih parah lagi,
al-Imam Bukhari berkata dalam al-'Ilal al-Kabir, hadith ini diucapkan oleh
seorang yang dhaif dan pendusta bernama Ibn Aun.
Syeikh al-Albani
menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Ibnu Majah no. 293.
No comments:
Post a Comment