Diriwayatkan satu kisah di dalam hadith riwayat Bukhari (no. 1421) dan Muslim (no. 1022) daripada Abu Hurairah.
قَالَ رَجُلٌ: لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ، فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ: تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ، لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ زَانِيَةٍ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ: تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ، عَلَى زَانِيَةٍ؟ لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ، فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ غَنِيٍّ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ: تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ، عَلَى سَارِقٍ وَعَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ، فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ: أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ، وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا، وَأَمَّا الغَنِيُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ الله
Ada seorang lelaki yang berkata, “Aku akan memberikan sebuah sedekah.”
Setelah berkata demikian, ia pun pergi membawa sedekahnya. Namun ternyata
sedekahnya jatuh di tangan seorang pencuri.
Keesokan paginya, orang-orang ramai membicarakan, “Ada orang yang
sedekah kepada pencuri.” Lelaki itu berkata lagi, “Ya Allah, hanya milik
Engkaulah segala kebaikan. Aku akan memberikan sebuah sedekah.” Ia pun pergi membawa
sedekahnya. Namun ternyata sedekahnya jatuh di tangan seorang wanita pezina.
Keesokan paginya, orang-orang kembali ramai membicarakan, “Tadi malam
ada orang yang bersedekah kepada seorang penzina.” Lelaki itu berkata lagi, “Ya
Allah, segala kebaikan hanya milikMu. Sedekahku jatuh kepada penzina. Tapi aku
akan bersedekah lagi.” Ia lantas pergi
membawa sedekahnya. Namun, kali ini sedekahnya diterima oleh orang yang kaya.
Keesokan paginya, orang-orang ramai membicarakan, “Ada orang kaya yang
menerima sedekah.” Lelaki tersebut berkata, “Ya Allah, segala puji hanya
milikMu. Sedekahku jatuh di tangan pencuri, penzina, dan orang yang kaya.
Kemudian, ia bermimpi. Dalam mimpinya, ada yang datang dan disampaikan
kepadanya, “Adapun sedekahmu kepada pencuri, mudah-mudahan menjauhkan dirinya
dari kebiasaan mencurinya. Kemudian sedekahmu kepada penzina, mudah-mudahan
menjauhkan dirinya dari kebiasaan zinanya. Sedangkan sedekahmu kepada orang
kaya, mudah-mudahan ia mau mengambil pelajaran, kemudian ia jadi mahu menginfakkan
sebahagian yang diberikan Allah kepadanya.”
Semoga sedekah puan menjadi penyuntik kesedaran dalam diri mereka yang
terima/ambil sedekah tersebut.
No comments:
Post a Comment