Monday, 14 December 2020

Tidak semua kita citakan akan terlaksana

 

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

 

إن الرجل ليطلب التجارة أو الإمارة ‏فيقول الله: اصرفوه، فإني إن أيسره له أدخله جهنم. فيظل يقول: سبقني فلان، دهاني فلان.

 

Seseorang ingin berniaga atau meraih kedudukan. Lalu Allah berfirman, “Palingkan ia darinya. Kerana jika ia mendapatkannya akan memasukkan ke dalam Jahannam.” Orang ini pun tak meraihnya dan berkata, “Aku didahului orang lain. Aku dikalahkan orang lain. (Az-Zuhdu karya Ibnul Mubarak no. 33)

 

 

Demikianlah saudaraku..

Allah tidak mungkin menzalimi hambaNya.

 

Allah berfirman:

 

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ

 

“Allah tidak pernah menzalimi walaupun sebesar biji sawi.” (QS. An-Nisa 4: 40)

 

Kewajiban kita adalah berbaik sangka dan bertawakal. Dan yakin bahawa yang Allah inginkan itu jauh lebih baik dari apa yang kita inginkan (Ustadz Abu Yahya Badrusalam hafidzhahullah).

 

Kita sebagai seorang mukmin harus redha terhadap segala ketetapan Allah. Agar kita boleh tetap redha terhadap segala ketetapan Allah maka kita harus berprasangka baik kepada Allah. Iaitu apapun yang Allah tetapkan untuk makhluknya pastilah hal yang terbaik bagi makhluknya. Allah berfirman :

 “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah : 6). Setiap keadaan yang sulit itu pasti terdapat kemudahan dan juga hikmah didalamnya.

 

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...