Thursday, 21 January 2021

Hadith keutamaan ziarah menziarahi sesama muslim

 

Matan hadith

 

 ﻣِﻦْ ﻋَﺒْﺪٍ ﻣُﺴْﻠِﻢٍ ﺃَﺗَﻰ ﺃَﺧًﺎ ﻟَﻪُ ﻳَﺰُﻭْﺭُﻩُ ﻓِﻲْ ﺍﻟﻠﻪِ ﺇﻻَّ ﻧَﺎﺩَﺍﻩُ ﻣُﻨَﺎﺩٍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ: ﺃَﻥْ ﻃِﺒْﺖَ ﻭَﻃَﺎﺑَﺖْ ﻟَﻚَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔُ، ﻭَﺇِﻟَّﺎ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻓِﻲْ ﻣَﻠَﻜُﻮْﺕِ ﻋَﺮْﺷِﻪِ: ﻋَﺒْﺪِﻱْ ﺯَﺍﺭَ ﻓِﻲَّ ﻭَﻋَﻠَﻲَّ ﻗِﺮَﺍﻩُ، ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺮْﺽَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻟَﻪُ ﺑِﺜَﻮَﺍﺏٍ ﺩُﻭْﻥَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ»

 

Terjemahan

 

Tidaklah seorang hamba muslim mendatangi saudaranya dalam rangka mengunjunginya kerana Allah semata, melainkan ada malaikat yang menyerunya dari langit: ‘Sungguh engkau telah bersih dari dosa, dan engkau akan mendapatkan syurga’, atau Allah berfirman di kerajaan ArsyNya: ‘Hambaku mengunjungi (saudaranya) kerana Aku dan Aku wajib untuk menjamunya’, dan Allah tidak akan redha memberikan pahala baginya selain syurga.

 

Takhrij

 

HR. Ibn Abi Duniya dalam al-Ikhwan no. 102, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6466 dan Abu Ya'la no. 4140, Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya 3/107daripada Anas bin Malik ra.

 

Sanadnya kuat menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Riyadhus Salihin hal. 183.

 

Disahihkan oleh al-Mundziri dalam Targhib wa al-Tarhib 2/690.

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2632.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...