Thursday, 21 January 2021

Hadith-hadith keutamaan selawat pada hari jumaat selepas asar

 

Matan hadith

 

صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة غفر الله له ذنوب ثمانين عاما، فقيل له: وكيف الصلاة عليك يا رسول الله ؟ قال: تقول: اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبى الأمي ، وتعقد واحدا

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang berselawat kepadaku hari Jumaat sebanyak 80 kali nescaya Allah mengampuninya selama 80 tahun,” lalu beliau ditanya: “Lalu bagaimanakah berselawat atasmu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Allahumma shalli ‘ala Muhammadin ‘abdika wa rasulika an nabiyyil ummiy, ini dihitung sekali.

 

 

Takhrij

 

HR. Khatib Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad 13/489 daripada Anas bin Malik ra.

 

As-Sakhawi dalam al-Qaul al-Badi' no. 285, menghasankan hadith ini. Manakala Syeikh al-Albani mengomentari hadith ini, perkataan hasan ini perlu penelitian semula, dan beliau menilai hadith ini sebagai maudhu' (palsu) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 215. (https://dorar.net/fake-hadith/414).

 

Juga dinilai palsu juga oleh Ibnu Jauzi di dalam Ahadith Wahiyah no. 786.

 

al-Iraqi berkata ia diriwayatkan oleh ad-Daruquthni melalui Ibn al-Musayyib, akan tetapi al-Iraqi berkata ia adalah dari Abu Hurairah dan hadith ini gharib, dan Ibn Qatthan menghasankannya, seperti disebutkan oleh al-Zabidi dalam Takhrij Ihya 1/145. Al-Zabidi berkata hadith ini dimasukkan al-Azdi dalam himpunan kitab hadith dhaifnya.

 

Al-Manawi dalam Faidhul Qadir juga membawakan penilaian dhaif oleh Ibnu Hajar ke atas hadith ini.

 

 

 

Matan hadith

 

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : " الذي يقرأ ثمانين مرة يوم الجمعة بعد صلاة العصر وقبل أن يقوم من مقامه غفر الله له خطايا ثمانين سنة ، وكتب له ثواب عبادة ثمانين سنة " ، ويقول : بأن يقول هذا الذكر ثمانين مرة " اللهم صلي على محمد النبي الأمي وآله وسلم تسليما

 

Terjemahan

 

Barangsiapa solat Asar pada hari Jumaat, kemudian sebelum berdiri dari tempatnya membaca ‘Allahumma shalli ‘ala muhammadinin nabiyyil ummiyyi wa ‘ala aalihii wa shahbihii wa sallim tasliiman’ sebanyak lapan puluh kali, maka dosanya diampuni sebanyak lapan puluh tahun dan dicatat sebagai ibadah lapan puluh tahun.

 

Takhrij

 

HR. Ibn Shahin in at-Targhib fi Faaa’il al-A‘mal hal. 14, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith ini didhaifkan oleh ad-Daraqutni; ibn Hajar dalam Nataa’ij al-Afkaar 5/56,  as-Sakhawi dalam Qaul Badi‘ hal. 284; al-Manawi dalam Faidhul Qadir 4/249; Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif 8/274.

 

 

Matan hadith

 

الصَّلَاةُ عَلَيَّ نُورٌ عَلَى الصِّرَاطِ ، فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ثَمَانِينَ مَرَّةً ، غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُ ثَمَانِينَ عَامًا

 

Terjemahan

 

Berselawat ke atasku akan menjadi cahaya semasa di atas sirath, barangsiapa berselawat ke atasku 80 kali pada hari jumaat, dosanya selama 80 tahun akan diampunkan.

 

 

Takhrij

 

HR. Ibn Shahin in at-Targhib fi Fada’il al-A‘mal no. 22, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3814, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith ini didhaifkan oleh Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 4/230,  as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5173. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Dhaif Jami’ no. 3564.  

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 202162

 

https://al-maktaba.org/book/32514/446

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 75386

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...