Thursday, 21 January 2021

Hadith nasihat Jibril as kepada Nabi saw

 

Matan hadith

 

 

عن سهل بن سعد قال جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مَفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ

 

Terjemahan

 

Dari Sahl bin Sa’ad ra, berkata: Jibril datang kepada Nabi saw, lalu berkata: “Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya.” Kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannya kepada manusia.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya 3/290, Ibnu Asakir dalam Mu'jam al-Syuyukh 1/506, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 4278, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 10541, al-Hakim 5/463.

 

al-Hakim menilai sanad hadith ini sahih.

 

Abu Nua'im menilai hadith ini lemah.

 

Ibn Askari menilai sanad dan matannya gharib.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan lighairih.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...