Matan hadith
وَاَيْضًا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ
قَالَ لاَاِلهَ اِلاَّ اللهُ أَحَدًا وَسَبْعِيْنَ اَلْفًا اِشْتَرَى بِهِ
نَفْسَهُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
رَوَاهُ اَبُوْ سَعِيْدٍ وَ عَائِشَةٍ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُمَا وَكَذَا لَوْ فَعَلَهُ لِغَيْرِهِ أَقُوْلُ وَلَعَلَّ هَذَا الْحَدِيْثَ
مُسْتَنَدُ السَّادَةِ الصُّوْفِيَّةِ فىِ تَسْمِيَّةِ الذِّكْرِ كَلِمَةَ التَّوْحِيْدِ
بِهَذَا اْلعَدَدِ عَتَاقَةً جَلاَلِيَّةً وَاشْتَهَرَتْ فىِ ذَلِكَ حِكَايَةٌ
ذَكَرَهَا الشَّيْخُ اْلاَكْبَرُ عَنِ اْلاِمَامِ أَبِي اْلعَبَّاسِ اْلقُطْبِ
اْلقَسْطَلاَنِى نَقْلاً عَنِ الشَّيْخِ أَبِي الرَّبِيْعِ الْمَالِكِى دَالَّةً
عَلىَ صِدْقِ هَذَا الْخَبَرِ بِطَرِيْقِ اْلكَشْفِ اهـ .
خزينة الاسرار ص: 188
Terjemahan
Rasulullah SAW. bersabda :
“Barangsiapa yang membaca kalimah Laa Ilaaha Illallah sebanyak 71000 maka dia
telah membeli dirinya sendiri dari Allah Azza wa Jalla”.
Takhrij
HR. Ismail Haqqi an-Nazili dalam
Khazinat al-Asrar hal. 188, daripada Abu Sa’id dan ‘Aisyah r.a. Tanpa sanad.
Hadith batil, palsu dan tiada
asal.
Mereka sendiri mengaku dapat
hadith/dibenarkan secara kasyaf.
Ini memang lazim kerja sufi.
Diakui sendiri oleh mereka (lihat pada teks yang sama):-
Hadith ini adalah sebagai
sandaran dasar para Ulama’ Sufi untuk menamakan zikir dengan kalimat tauhid
dengan jumlah hitungan tersebut dengan nama ‘Ataqah Jalaliyyah. Cerita tentang
kebenaran zikir ini sudah sangat masyhur, di antaranya yang ditutur oleh
as-Syaikh al-Akbar dari Imam Abi al-Abbas al-Qutbi al-Qasthalani dari Syaikh
Abi Rabi’ al-Maliki untuk menunjukkan kebenaran hadith ini dengan cara
mukasyafah.
Ulasan
Tidak ada penerimaan,
pensahihan/pembenaran hadith secara kasyaf. Ia tidak dikenali dalam ilmu
hadith. Seperti yang dinaqalkan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah
pernah mengkritik mereka yang berpegang dengan kasyaf ahli sufi dalam mentashih hadis mawdu‘ dan menegaskan bahawa
hadith perlulah diambil daripada ahlinya dan tidak boleh diambil daripada yang
bukan ahlinya, walaupun mereka itu tinggi martabatnya sekalipun. Kata beliau,
bila pula ulama mengiktiraf bagi memastikan kesahihan sesuatu hadith itu
terdapat dua cara; melalui periwayatan yang sahih daripada ahli hadith dan juga
kasyaf ahli sufi? (al-Masnu‘ fi Ma‘rifat al-Hadith al-Mawdu‘ hal. 273).
No comments:
Post a Comment