Tuesday, 2 February 2021

Hadith larangan tinggal di negeri kuffar

 

Matan hadith

 

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ سَرِيَّةً إِلَى خَثْعَمٍ فَاعْتَصَمَ نَاسٌ بِالسُّجُودِ فَأَسْرَعَ فِيهِمْ الْقَتْلَ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ لَهُمْ بِنِصْفِ الْعَقْلِ وَقَالَ أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ يُقِيمُ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلِمَ قَالَ لَا تَرَايَا نَارَاهُمَا

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami Hannad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Isma'il bin Abu Khalid dari Qais bin Abu Hazim dari Jarir bin Abdullah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengutus ekspedisi kepada Khats'am, lalu ada beberapa orang (Khats'am) yang bersujud. Namun pasukan ekspedisi tersebut segera membunuh mereka. Khabar tersebut akhirnya sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau pun memerintakan mereka untuk memberi setengah tebusan (denda).", kemudian Beliau bersabda: "Aku berlepas diri dari setiap muslim yang tinggal bersama orang-orang musyrik." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kenapa?" beliau menjawab: "Tidak pantas rumah mereka saling berhadapan."

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 2645, Tirmidzi no. 1604,1605, daripada Jarir bin Abdullah ra.

 

Imam Tirmidzi menilai hadith ini mursal.

 

Imam Bukhari menilai hadith ini sahih mursal (marfu' tabieen) dalam Ilal al-Kabir no 264. Kerana hadith ni sebenarnya tidak ada nama Jarir melainkan dari Qais.

 

Namun istilah al-Bukhari, sahih mursal itu diperbincangkan oleh para ulama' mutaakhirin, seperti Ibn Hazm, Ibn Hajar, al-Albani, as-Syaukani, mursal sahih dapat dijadikan hujah, tambahan pula di sisi mereka hadith ini sahih atau hasan. Dr al-Qardhawi juga berhujah dengan hadith ini.

 

Setengah orang memahami hadith ini mengandungi larangan umum untuk umat Islam menetap di negara kafir tanpa kecuali, juga melarang umat islam berhijrah ke negara kafir. Sedangkan ini tidak munasabah, dan tidak tepat.

 

Ia perlulah diperhalusi dengan konteks hadith, bahawasanya ia berlaku ketika perang, yakni keselamatan orang Islam tidak dapat diberi jaminan jikalau tentera Islam datang menyerang. Maka pada waktu itu, amatlah dilarang untuk orang Islam berhijrah dan tinggal ke sana di negara kafir harbi dan yang bermusuh dengan Islam.

 

Jika melihat konteks dunia sekarang, mana mana negara yang menjalinkan hubungan baik dalam pelbagai bidang seperti pelancongan, pendidikan, ekonomi dll, maka ia tidaklah termasuk dalam hadith di atas.

 

Dan umat Islam dituntut untuk berhijrah jika di tempat tinggalnya sekarang membuatkan beliau hilang kebebasan mengamalkan agama Islam sekalipun di negara Muslim. Ini juga merupakan pandangan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 6/39.

 

Manakala menurut al-Haithami bolehnya seorang muslim tinggal di negara musyrik jika dia selamat dan amalan agama beliau lakukan itu tidak memberikan rasa tidak selamat kepada orang bukan Islam di negara tersebut. (Dar Alifta Jordan no. 2870).

 

Contoh terbesar adalah Nabi saw dan para sahabat berhijrah ke Habsyah sebuah negara Kristian. Ini menunjukkan hadith di atas tidak boleh dipukul rata, dan mestilah mengikut keadaan.

 

Rujukan

 

Dar Alifta Jordan no. 2870

 

http://bicarathtl.blogspot.com/2012/03/20-hadith-maqlubah-edisi-bonus-21-haram.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...