Thursday, 11 February 2021

Hadith Malaikat Israfil dengan 70 hijab cahaya

 

Matan hadith

 

إنَّ اللهَ خلق إسرافيلَ - منذ يومِ خلقه - صافًّا قدمَيه، لا يرفع بصرَه بينه وبين الربِّ - تبارك وتعالى - سبعون نورًا؛ ما منها من نورٍ يدنو منه إلا احترق

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya ALLAH swt telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus berdiri dengan lurus diatas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat wajahnya. Diantara dia dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat 70 hijab (dinding) dari nur. Jika ia mendekati kepada hijab ini nescaya akan terbakar

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 1/176, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Ibnu Hajar al-Asqalani menilai hadith ini hasan dalam takhrij Mishkatul Masabih 5/250 no. 157.

 

Manakala hadith ini dhaif menurut Syeikh al-Albani sepertimana disebutkan dalam takhrij beliau ke atas Misykatul Masabih no. 5663, kerana terdapat perawi yang lemah bernama Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Laila.

 

Syeikh al-Munawi al-Qahiri menilai hadith ini sahih dalam Kasyf al-Manahij wa al-Tanaqih fi Takhrij 5/114 no. 4608, dan ia tidak ditemukan dalam riwayat Tirmidzi seperti yang disebutkan dalam kitab Misyakatul Masabih.

 

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...