Matan hadith
عَنْ أم المؤمنين عَائِشَةَ رضي الله عنها : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْكُلُ البِطِّيخَ بِالرُّطَبِ
Terjemahan
Dari Ummul Mukminin Aisyah
radhiyallahu ‘anha berkata Sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam
memakan semangka dengan kurma
Takhrij
HR. al-Humaidi dalam Musnadnya
1/42, Abu Daud no. 3835, Tirmidzi no. 1843, Abubakar Muhammad dalam Akhbar
Ashbahan 1/103, Ibn Bahtari dalam
al-Fawaid 4/77/2 dan Abu Bakar bin Daud dalam Musnad Aisyah 2/54,
Imam Tirmidzi menilai hadith
ini hasan gharib
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Sahih Tirmidzi
Hadith-hadith keutamaan buah tembikai
Matan hadith
ورد عنه عليه الصلاة والسلام: “تفكهوا بالبطيخ وعضوه فإن ماءه رحمة وحلاوته
حلاوة الجنة، فمن أكل لقمة منه كتب الله له سبعين ألف حسنة ومحا عنه سبعين ألف
سيئة ورفع له سبعين ألف درجة” .
Terjemahan
Dari al-Imam Muhammad al-Baqir:
“Makanlah buah tembika/semangka, gigitlah waktu memakannya kerana airnya
merupakan rahmat, rasa manisnya manis dari syurga. Barangsiapa yang makan satu
suapan dari tembikai/semangka, maka Allah Taala berikan baginya 70 ribu
kebaikan dan Allah hapuskan 70 ribu keburukan serta diangkat 70 ribu darjat.
Takhrij
HN. Al-Hubaisyi dalam al-Barakah
seperti disebutkan oleh Abdurrahman Muhammad al-Ba’lawi dalam Bughyatul
Mustarsyidin hal. 425.
Hadith ini tidak ditemukan dalam
kitab hadith muktabar Sunnah. Ia ditemukan dalam kitab Syiah seperti Jami’
al-Hadtih Syiah 23/433, Bihar al-Anwar 63/194.
Hadith ini dinilai tidak sahih,
palsu oleh Syeikh Na’san dalam fatwa hadith maudhu beliau no. 33 dan Fatwa
Syabakah Islamiyah.
Matan hadith
البِطِّيخُ قَبلَ الطَّعامِ يغسِلُ البَطنَ غَسلًا ويُذهِبُ بالدّاءِ أصلًا
Terjemahan
Tembikai/semangka yang dimakan
sebelum makan akan mencuci perut dan menghilangkan penyakit
Takhrij
HR. Ibn Asakir dalam Tarikh
Dimasyq 6/102.
DInilai syadz dan tidak sahih
oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 36/141.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 167.
Imam Ahmad bin Hanbal
rahimahullah berkata :
لا يصح في فضل البطيخ شيء إلا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يأكله
Tidak sahih adanya riwayat
tentang keutamaan tembikai/semangka sedikitpun. Hanya saja Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memakannya (Al-Manarul Munif hal. 130).
Demikian pula Imam Ibnu Qayyim
Al-Jauziyyah rahimahullah menyatakan :
في البطيخ عدة أحاديث لا يصح منها شيء غير هذا الحديث الواحد
Dalam hal berkaitan
tembikai/semangka banyak terdapat hadith namun tidak ada yang sahih sedikitpun
melainkan satu hadith ini saja (Zadul Ma’ad 4/263).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
rahimahullah merajihkan yang hijau beliau berkata :
وأما البطيخ فقد كانوا يأكلون البطيخ، لكن المشهور عندهم كان البطيخ الأخضر
… وأما أكل البطيخ بالرطب فهو كأكل القثاء بالرطب والحديث بذلك أصح، والمراد به
حلاوة هذا ورطوبة هذا، وكان أحب الشراب إليه الحلو البارد، فهذا بيان أكل البطيخ
الأخضر بالرطب أو التمر، فأما أكله بالرطب الأصفر فلا أصل له لا من نص ولا قياس
Adapun semangka dahulu mereka
memakannya, akan tetapi semangka yang masyhur di masa mereka adalah semangka
hijau ….. Adapun memakan semangka dengan kurma maka ia sama statusnya dengan
memakan timun dengan kurma dan hadit tentang hal itu sahih. Maksudnya adalah
manisnya ini dan dinginnya ini. Dan makanan yang beliau sukai adalah yang manis
lagi dingin. Inilah penjelasan tentang memakan semangka dengan kurma atau
dengan kurma kering. Adapun makan kurma dengan semangka kuning maka tidak ada
asalnya baik dari sisi dalil maupun akal (Majmu’ Fatawa 32/212-213).
Imam Ibnu Muflih rahimahullah
juga menyatakan :
والمراد بالبطيخ في هذا البطيخ الأخضر وهو بارد رطب في الثانية
Yang dimaksudkan dengan semangka
di sini adalah semangka hijau ia memiliki sifat dingin dan basah pada tingkatan
kedua (Al-Adab Asy-Syar’iyyah 2/269).
Pendapat ini pula yang dikuatkan
oleh Syeikh al-Albani rahimahullah sebagaimana beliau nyatakan di dalam kitab
Silsilah Hadith Sahih 1/127.
As Sakhawi berkata (Maqasid Al-Hasanah
hal. 238),
حَدِيث: الْبِطِّيخُ وَفَضَائِلُهُ، صنف فيه أبو عمرو النوقافي جزء،
وأحاديثه باطلة، قال أبو القاسم التيمي، فيما أجاب به أبا موسى المديني: لا تزيده
كثرة الطرق إلا ضعفا، وقال النووي: إنه غير صحيح
a) Tentang hadith
tembikai/semangka dan keutamaannya, Abu Umar An-Nuqani menyusun sebuah kitab
khusus berkaitan tentang hal ini, hadith-hadith tentang keutamaan semangka ini
semuanya batil.
b) Imam Abul Qasim At-Taimi
menjawab pertanyaan Abu Musa Al-Madini: Hadith- hadith tentang semangka ini,
jalan-jalannya yang banyak hanya membuatnya semakin dhaif (lemah).
c) Imam An Nawawi
berkata: Hadith-hadith ini tidak sahih.
Ibn Jauzi berkata,
ولا يصح في فضل البطيخ شيء، إلا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أكله
Tidak ada sebarang hadith yang
sahih tentang kelebihan tembikai/semangka kecuali hadith yang menunjukkan yang
Baginda saw hanya makan.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. no. 184563
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 330304
https://www.naasan.net/index.php?page=YXJ0aWNsZQ==&op=ZGlzcGxheV9hcnRpY2xlX2RldGFpbHNfdQ==&article_id=MjE1NA==&lan=YXI=
https://alquran-sunnah.com/kitab/Shahihah/PENGOBATAN%20ALA%20NABI.htm
No comments:
Post a Comment