Thursday, 11 February 2021

Riwayat pedang Nabi saw bernama al-Qalai'i

Matan hadith

 

أصاب رسولُ اللهِ ﷺ من سلاحِ بني قينقاعٍ ثلاثةَ أسيافٍ سيفٌ قَلْعِيٌّ وسيفٌ يُدْعى بتّارٌ وسيفٌ يُدْعى الحَيْفُ وكان عندَه بعد ذلك المِخْذَمُ ورُسُوبٌ أصابهما من القلسِ

Terjemahan

“Ketika menaklukkan Bani Qainuqa’, Rasul saw mendapatkan tiga pedang: pedang Battar, pedang Qala’i, dan pedang Hatf.”


Takhrij

Kisah ini ditemukan dalam Ihya Ulumuddin, dan kisah ini didhaifkan oleh al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ 2/463 , mursal dan terdapat di dalam sanad perawi bernama al-Waqidi. al-Waqidi adalah perawi yang matruk menurut Imam Bukhari, ar-Razi dan an-Nasaie, Imam Ahmad malah menilai beliau sebagai pendusta.

Yahya bin Main mengatakan tentang Al-Waqidi:

كان الواقدي يضع الحديث وضعاً

“Al-Waqidi benar-benar telah memalsu hadith.” (Masyikhatun Nasai, hal. 76).




Matan hadith

  

وأسيافنا قلعية


Terjemahan

 

Pedangku berjenis Qala’i

 

Takhrij

 

HN. Al-Majid al-Din bin al-Athir dalam al-Nihayah fi Gharibul Hadith wal Atsar 4/102, tanpa sanad dan jelas riwayat ini tidak sahih kerana dimuatkan Ibnu Athir dalam kitab hadith dan atsar yang gharib..


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...