Thursday, 11 February 2021

Wirid surah al-Rum: 17-26

 

Matan hadith

 

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "من قال حين يصبح: فسبحان الله حين تمسون وحين تصبحون، وله الحمد في السموات والأرض وعشياً وحين تظهرون. إلى (وكذلك تخرجون) أدرك ما فاته في يومه ذلك، ومن قالهن حين يمسي أدرك ما فاته في ليلته

 

Terjemahan

 

Dari Ibnu Abbas رضي الله عنه, bahawa Nabi bersabda, "Barang siapa yang membaca pada waktu subuh surah Ar-Rum ayat 17—19, dia akan mendapat apa yang dia luput pada hari itu. Barang siapa yang membaca pada petang hari, dia akan mendapat pada malamnya."

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 5076, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Dhaif menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/117, , kerana perawi Ibnu Lahi'ah dan Zabban bin Fa'id dhaif.

 

Ibnu Hajar menilai hadith ini gharib dalam Futuhan Rabbaniyah 3/118.

 

Hadith dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani, dan sanadnya dhaif jiddan menurut Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Sunan Abi Daud.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...