Matan hadith
ثلاثة لا يقبل الله منهم يوم القيامة صرفا ولا عدلا: عاق ومنان ومكذب
بالقدر
Terjemahan
Ada 3 golongan manusia yang Allah
tidak akan menerima dari mereka amalan wajib (fardhu) dan tidak pula amalan
sunnat (nafilah) mereka pada Hari Qiyamat kelak, iaitu: seseorang yang derhaka
kepada orangtuanya, seseorang yang mengungkit sedekahnya dan seseorang yang
mendustakan taqdir.
Takhrij
HR. at-Thabrani dalam Mu'jam
al-Kabir no. 7547, Ibn Abi Ashim dalm al-Sunnah no 323 dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq
41/218, daripada Abu Umamah al-Bahili ra.
Dihasankan oleh syeikh al-Albani
dalam Sahih Jami' no. 3065 dan Silsilah Hadith Sahih no. 1785.
No comments:
Post a Comment