Saturday 24 April 2021

Hadith 3 orang yang pasti mendapat pertolongan Allah swt

 

Matan hadith

 

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَوْنُهُمْ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَالمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ العَفَافَ

 

Terjemahan

 

Ada tiga orang yang Allah wajibkan atas diriNya untuk menolong mereka, Orang yang berjihad di jalan Allah, Budak yang memiliki perjanjian yang berniat memenuhi perjanjiannya, dan orang yang menikah dengan niat menjaga kesucian diri dari perzinahan.”

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 1655, an-Nasaie no. 3217, Ibnu Majah no. 2518, Ahmad no. 7410, daripada Abu Hurairah ra. Hasan menurut Imam Tirmidzi.

 

Juga dihasankan oleh al-Baghawi dalam Syarahus Sunnah 5/6, Syeikh al-Albani dalam Sahih Tirmidzi, Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Syarhus Sunnah no. 22239.

 

Syarah

 

1) Hadith yang mulia ini menunjukkan bahawa tiga perkara tersebut adalah urusan-urusan yang berat, kalaulah Allah tabaraka wa ta’ala tidak menolong seorang hamba maka ia tidak akan sanggup mengerjakannya, bahkan dalam seluruh urusan seorang hamba sentiasa memerlukan pertolongan Allah ‘azza wa jalla.

 

2) Mana yang paling berat?

 

Ath-Thibi rahimahullah berkata,

 

وَأَصْعَبُهَا الْعَفَافُ لِأَنَّهُ قَمْعُ الشَّهْوَةِ الْجِبِلِّيَّةِ الْمَرْكُوزَةِ فِيهِ

 

“Dan yang paling berat adalah menjaga kesucian diri dari penzinaan, kerana itu bererti memutus syahwat alamiah yang melekat kuat dalam diri seseorang.” (Tuhfat al-Ahwadzi, 5/242).

 

3) Besarnya pahala amalan-amalan tersebut, dan untuk meraihnya perlu usaha dan perjuangan.

 

4) Anjuran menolong orang-orang yang mengamalkannya, baik dengan harta mahupun dengan apa saja.

 

5) Orang yang menolong mereka akan mendapatkan pahala seperti mereka.

 

(Disarikan dari Faidhul Qadir 3/317).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...