Matan hadith
حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعدوا للبلاء الدعاء
Terjemahan
Jagalah harta kalian dengan
zakat, ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah dan tolaklah
bala dengan doa
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Awsath 2/274 no. 1963, Ibnu adi dalam al-Kamil fi Dhu’fa’ 6/341, Abu Nua’im
dalam Hilyatul Auliya’2/104, daripada Ibnu Mas’ud ra.
Imam at-Thabarani mendhaifkan
hadith ini.
Abu Nua’im menilai hadith ini
gharib.
Ibn al-Qaisarini dalam Dzakiratul
Huffaz 3/1244 menilai hadith ini munkar.
Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal
Mutanahiyah 2/494 menilai hadith ini tidak sahih.
Az-Zahabi menilai hadith ini
dhaif kerana terdapat perawi yang dituduh pendusta oleh Abu Hatim, iaitu Musa
bin ‘Umir al-Qursyi (Mizan al-‘Itidal 3/215).
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3492.
Al-Safarini al-Hambali dalam
Syarah Tsolatsiatul Musnad 1/216 menilai sanad hadith ini parha kerana perawi
pendusta, tetap makna hadith sahih dan diamalkan.
Hadith yang lain menyebutkan,
داووا مرضاكم بالصدقة، وحصنوا أموالكم بالزكاة، فإنها تدفع عنكم الأعراض
والأمراض
Sembuhkanlah orang-orang yang
sakit di antara kamu dengan bersedekah, dan bentengilah hartamu dengan
(mengeluarkan) zakat, kerana sesungguhnya hal itu akan mencegah berbagai keburukan
dan penyakit (HR.
Al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3556, daripada Abdullah bin ‘Umar ra.)
Juga dinuqilkan oleh Ibnu Hajar
dalam al-Gharaibul Multaqathah min Musnadil Firdaus no. 244.
Haidth ini dinilai palsu atau
sangat lemah kerana sanadnya terdapat perawi tertuduh memalsukan hadith, iaitu
Muhammad bin Ynus al-Kudaimi (Tahzibut Tahzib 9/476).
Hadith ini dinilai palsu oleh
Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3591.
Hadith ini juga
dihukumi tidak sahih oleh al-Lajnah ad-Daimah dalam Fatwa no. 18369.
Juga terdapat riwayat yang mursal
dari Hasan al-Basri, dan beberapa sahabat seperti sayangnya semua riwayat
tersebut sangat lemah dan tidak boleh dijadikan sandaran.
a) Riwayat ‘Ubadah bin
Shamit (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam a;-Kabir 10/128 Ibn Asakir dalam Tarikh
Dimasyq 40/164, munkar menurut Abu Hatim ar-Razi dalam ‘Ilal al-Hadith 1/220
dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 575).
b) Riwayat Abu Umamah
(HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/282, dhaif jiddan menurut Imam Baihaqi dan
disetujui oleh as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah hal. 309)
c) Riwayat Samurah bin
Jundub (HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/282, dhaif menurut Imam Baihaqi dan
disetujui oleh as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah hal. 309)
d) Riwayat Anas bin
Malik (HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 4/118, dhaif jiddan menurut
az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal 4/24, 3/560).
e) Riwayat al-Hasan
al-Bashri secara mursal (HR. Abu Daud dalam al-Marasil no. 105, sanadnya hasan
sampai ke Hasan al-Basri, dan riwayat mursal dari Hasan al-Basri menurut pada
ahli hadith adalah seperti angin seperti disebutkan dalam Tadribu al-Rawi
1/204).
Hukum
Ibadah dan amal soleh yang
dilakukan dengan niat untuk mendapatkan balasan duniawi adalah termasuk bentuk
perbuatan syirik kepada Allah Ta’ala yang boleh menjadikan gugur pahala amal soleh
tersebut. Allah Ta’ala berfirman:
{مَنْ كَانَ
يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ
فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لا يُبْخَسُونَ. أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي
الآخِرَةِ إِلا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا
يَعْمَلُونَ}
Barangsiapa menghendaki kehidupan
dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan amal
perbuatan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan
dirugikan. Merekalah orang-orang yang di akhirat (kelak) tidak akan memperoleh
(balasan) kecuali neraka dan lenyaplah apa (amal kebaikan) yang telah mereka
usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka lakukan” (QS Huud:
15-16).
Ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa
amal soleh yang dilakukan dengan niat duniawi adalah termasuk perbuatan syirik
yang boleh merosak kesempurnaan tauhid yang semestinya dijaga dan perbuatan ini
boleh menggugurkan amal kebaikan (Fathul Majid hal. 451).
Oleh kerana itu, Syaikh Muhammad
bin ‘Abdul Wahhab dalam kitab at-Tauhid mencantumkan sebuah bab khusus tentang
masalah penting ini, iaitu bab: Termasuk (perbuatan) syirik adalah jika
seseorang menginginkan dunia dengan amal (soleh yang dilakukan)nya (Fathul
Majid hal. 451).
Syaikh Muhammad bin Shaleh
al-‘Utsaimin ketika menyebutkan contoh-contoh perbuatan ini, beliau menyebutkan
di antaranya adalah orang yang beribadah dengan tujuan untuk menolak gangguan,
penyakit dan keburukan (dalam urusan dunia) dari dirinya (al-Qaulul Mufid
2/243).
Manakala ,
Syaikh Abdullah Al-Jibrin
rahimahullah berkata,
هذا الحديث رواه أبو نعيم في الحلية في ترجمة الأسود النخعي ثم رواه في
ترجمة إبراهيم النخعي عن موسى بن عمير عن الحكم عن إبراهيم عن الأسود عن عبد الله
بن مسعود قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حصنوا أموالكم بالزكاة،
وداووا مرضاكم بالصدقة، وأعدوا للبلاء الدعاء ثم قال: غريب من حديث إبراهيم والحكم
تفرد به موسى ومن هذه الطرق والمتابعات يعلم أنه حديث له أص
“Hadith ini diriwayatkan oleh Abu
Nu’aim dalam Al-Hilyah pada biografi Al-Aswad An-Nakha’i kemudian ia
meriwayatkan pada biografi Ibrahim An-nakha’i dari Musa dari ‘Umair dari
Al-Hakam dari Ibrahim dari Al-Aswad dari Ibnu Mas’ud, Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda,” jagalah harta kalian dengan zakat, ubatilah orang yang
sakit di antara kalian dengan sedekah dan tolaklah bala’ dengan doa”, kemudian
ia berkata, gharib dari hadith Ibrahim
dan Al-Hakam dimana Musa bersendirian meriwayatkan. Dari berbagai jalan
dan mutabi’nya, diketahui bahawa hadith ini memiliki asal.”
Makna ungkapan tersebut benar
Seandainya kita ambil bahawa
hadith tersebut dhaif, akan tetapi makna hadith tersebut benar. Iaitu boleh
jadi sakitnya adalah hukuman disebabkan dosanya, dan dosa boleh dihapus dengan
sedekah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ نَفْسِهِ وَ وَلَدِهِ وَ
جَارِهِ يُكَفِّرُهَا الصِّيَامُ وَالصَّلاَةُ وَالصَّدَقَةُ وَاْلأَمْرُ
بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ
Ujian yang menimpa seseorang pada
keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya boleh dihapus dengan puasa, solat,
sedekah, dan amar makruf nahi munkar (HR. Muslim no. 144)
Al-Lajnah Ad-Da’imah mengeluarkan
fatwa mengenai hadith tersebut,
الحديث المذكور غير صحيح ، ولكن لا حرج في الصدقة عن المريض تقربا إلى الله
عز وجل ، ورجاء أن يشفيه الله بذلك ؛ لعموم الأدلة الدالة على فضل الصدقة ، وأنها
تطفئ الخطيئة وتدفع ميتة السوء
Hadith tersebut tidak sahih, akan
tetapi tidak mengapa bersedekah untuk (kesembuhan) orang yang sakit sebagai
bentuk taqarrub kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dalam rangka mengharap agar Allah
menyembuhkannya dengan sedekah tersebut, kerana keumuman dalil yang menunjukkan
tentang keutamaan sedekah bahawasanya sedekah menghapuskan dosa dan mencegah
kematian yang buruk (Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah no. 18369).
Syaikh Abdullah Al-Jibrin
rahimahullah berkata,
، ومعناه أن الصدقة علاج نافع مفيد يشفي الأمراض ويخفف الأسقام،
ويؤيده قول النبي – صلى الله عليه وسلم – (( الصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء
النار )) فلعل بعض الأمراض تحدث عقوبة على ذنب أصابه المريض ، فمتى تصدق عنه أهله
زالت الخطيئة، فزال سبب المرض ، أو أن الصدقة تكتب له حسنات، فينشط قلبه بها ويخف
مع ذلك ألم المرض، والله أعلم.
Maknanya bahawa sedekah adalah
pengubatan yang bermanfaat dan berguna untuk menyembuhkan orang yang sakit
serta meringankan rasa sakit (keluhan), hal ini dikuatkan dengan hadith
Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa salllam, “Sedekah boleh menhapuskan dosa sebagaimana
air mematikan api”. Boleh jadi sebahagian penyakit yang menimpanya adalah
hukuman atas dosa yang dilakukan oleh yang sakit. Maka ketika keluarganya
mensedekahkan untuknya, hilanglah dosanya, maka hilanglah sebab penyakitnya,
atau dengan sedekah ditulis baginya kebaikan-kebaikan, maka hatinya akan
bersemangat dan menjadi ringan rasa sakitnya. Wallahu a’lam (Fatawa
Asy-Syar’iyyah fi masa’ilit Thibbiyah, sumber:
http://ibn-jebreen.com/?t=books&cat=3&book=50&page=2138).
Abdur Ra’uf Al-Munawi
rahimahullah berkata,
قال المناوي: “أمر بمداواة المرضى بالصدقة، …وقد جرَّب ذلك الموفقون،
فوجدوا الأدوية الروحانية تفعل ما لا تفعله الأدوية الحسيَّة
Orang yang sakit diperintahkan
sering-sering bersedekah… hal ini sudah terbukti bagi yang telah berhasil,
mereka mendapatinya sebagai ubat
(penyembuh) ruhaniyah yang ampuh dimana tidak didapatkan pada ubat biasa
(Faidhul Qadhir 3/515).
Ibnul Qayyim rahimahullah
berkata,
“إن للصدقة
تأثيرا عجيبا في دفع أنواع البلاء، ولو كانت من فاجر أو من ظالم، بل من كافر، فإن
الله تعالى يدفع بها عنه أنواعا من البلاء، وهذا أمر معلوم عند الناس خاصتهم
وعامتهم، وأهل الأرض كلهم مقرون به؛ لأنهم جرَّبوه”
Sedekah memiliki pengaruh yang
ajaib dalam mencegah berbagai bala, walaupun sedekah dari seorang fajir (ahli
maksiat) atau zalim bahkan dari orang kafir. Kerana Allah mencegah dengan
sedekah berbagai bala’. Hal ini telah diketahui oleh manusia baik yang awam
ataupun tidak. Penduduk bumi mengakui hal ini kerana mereka telah membuktikannya
(Al-Wabilus Shayyib hal. 49).
No comments:
Post a Comment