Sunday, 18 April 2021

Hadith munkar di sisi Imam Tirmidzi (hadith makan malam)

 

Berdasarkan hadith ini

 

عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ القُرَشِيُّ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عَلاَّقٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَعَشَّوْا وَلَوْ بِكَفٍّ مِنْ حَشَفٍ، فَإِنَّ تَرْكَ العَشَاءِ مَهْرَمَةٌ.

هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ، لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ وَعَنْبَسَةُ يُضَعَّفُ فِي الحَدِيثِ وَعَبْدُ الْمَلِكِ بْنِ عَلاَّقٍ مَجْهُولٌ.

[الترمذي، محمد بن عيسى، سنن الترمذي ت بشار، ٣٥١/٣]

 

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda, Makan malamlah meskipun hanya dengan segenggam kurma rosak, kerana meninggalkan makan malam dapat melemahkan badan." Berkata Abu 'Isa: Ini merupakan hadith Munkar tidak kami ketahui kecuali dari jalur ini dan Anbasah didla'ifkan dalam periwayatan hadith serta Abdul Malik bin 'Allaq adalah seorang yang majhul (tidak diketahui).

 

Hadith ini dinilai mungkar dan beliau menyebut kecacatan pada sanadnya.

 

Zahir perkataan beliau mungkar itu kerana bersendirian perawi yang lemah dalam meriwayatkan hadith ini. Anbasah dinilai sangat lemah dalam buku Rijal.

 

Hadith ini setakat pencarian tiada pertentangan dengan perawi yang Thiqah.

 

Mungkar sering digunakan oleh ulama mutaqaddimin pada hadith yang bersendirian perawi meriwayatkannya. Percanggahan dengan perawi yang Thiqah popular pada istilah ulama terkemudian. Walaupun begitu, ia juga digunakan oleh ulama terdahulu seperti definisi mungkar oleh imam Muslim.

 

Seorang pengkaji Dr Abdullah al Turki telah menyelidiki kesemua status penilaian mungkar oleh imam Tirmidzi dan merumuskan, mungkar pada imam Termizi ialah hadith yang bersendirian perawi yang sangat lemah.

 

Jika perawi yang bersendirian ialah perawi yang lemah, imam Tirmidzi seringkali menggunakan status gharib.

 

Panjang lebar bab ini. Untuk memudahkan memahami penulisan ulama, pegang apa yang disebutkan oleh ibnu Hajar.

 

Gharib dan Fard sama sahaja dari sudut bahasa dan istilah. Tetapi dari sudut penggunaan, ia mungkin bermaksud makna/jenis yang tertentu sahaja.

 

Jika digunakan dalam bentuk kata nama, Fard kebanyakannya bermaksud bersendirian secara mutlak. Gharib pula kebanyakan bermaksud bersendirian secara relatif.

 

Jika digunakan dalam bentuk kata kerja, keduanya seerti.

 

Kesimpulannya, tiada definisi yang tekal untuk penggunaan. Ia tertakluk kepada kehendak penulis. Ada kalanya kehendak ini boleh diramal melalui kajian menyeluruh, ada kala tidak.

 

Sesetengah ulama mempunyai maksud tersendiri dengan lafaz ini. Seperti imam Tirmidzi yang membawakan lebih kurang 4 atau 5 makna untuk kalimah gharib.

 

Adakah ia menunjukkan kecacatan riwayat? Tidak. Lafaz ini adalah sifat/adjektif kepada situasi. Ia bukan penilaian. Oleh itu, ada sahaja hadith gharib yang sahih, Hasan atau lemah.

 

Cuma kebanyakan hadith gharib apabila dinilai, ia adalah dhaif. Ini boleh menjadi trigger kepada sesetengah untuk melihat lebih mendalam riwayat yang bersifat demikian.

 

Sebab itu lebih mudah memahami tulisan dan penilaian ulama terkemudian.

 

Mereka tidak lari jauh daripada kaedah. Kematangan dari sudut istilah dan penulisan. Seperti kalimah tiada asal. Di sisi ulama terkemudian dan masa kini, maksudnya tiada sanad. Ulama mutaqaddimin, maknanya ada pada penuturnya. Kadang kala, penuturnya orang sama tapi lafaz digunakan beberapa kali untuk beberapa makna. Zaman mereka, istilah masih berpandukan kepada makna dari sudut bahasa yang umum.

 

Banyak pengkaji yang cuba memusatkan kepelbagaian makna yang digunakan oleh ulama terdahulu kepada definisi yang satu dan merangkumi semua. Wallahualam tentang ketepatan dapatan mereka.

 

Rujukan

 

Dr. Muslim Mustafa dalam telegram MSO-D1 hadith, 3/3/2021

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...