Sunday, 18 April 2021

Hadith Nabi saw menabur pasir di kepala samseng Quraisy

 

Matan hadith

 

وأقام رسول اللهِ ﷺ ينتظر أمر الله حتى إذا اجتمعت قريش فمكرت به وأرادوا به ما أرادوا أتاه جبريل عليه السلام، فأمره أن لا يبيت في مكانه الذي كان يبيت فيه، دعا رسول اللهِ ﷺ علي بن أبي طالب، فأمره أن يبيت على فراشه، ويتسجى ببرد له أخضر ففعل، ثم خرج رسول اللهِ ﷺ على القوم وهم على بًابه وخرج معه بحفنة من تراب فجعل يذرها على رءوسهم، وأخذ الله عز وجل بأبصارهم عن نبيه وهو يقرأ:] يس والقرآن الحكيم - إلى قوله - فأغشيناهم فهم لا يبصرون

 

Terjemahan

 

Yunus ibnu Bukair telah meriwayatkan dari Ibnu Ishak, bahawa lalu Rasulullah Saw. tinggal dalam keadaan menunggu perintah Allah (untuk hijrah). Hingga manakala kabilah Quraisy mengadakan pertemuan dan sepakat untuk berbuat rancangan jahat terhadap dirinya menurut apa yang mereka kehendaki, maka Jibril a.s. datang kepada Nabi Saw. dan memerintahkan beliau agar malam itu tidak tidur di tempat biasanya. Lalu Rasulullah Saw. memanggil Ali ibnu Abu Talib dan memerin­tahkannya untuk tidur di tempat tidurnya serta menyelimuti dirinya dengan kain selimut hijau yang biasa dipakainya, maka Ali mengerjakan apa yang diperintahkan kepadanya. Selanjutnya Rasulullah Saw. sendiri keluar dengan melewati kaum , musyrik yang telah berada di depan pintu rumahnya. Nabi Saw. keluar dengan membawa segenggam pasir, kemudian beliau taburkan pasir itu ke atas kepala mereka. Mereka tidak dapat melihatnya kerana Allah telah menutupi mata mereka dari Nabi-Nya hingga mereka tidak dapat melihatnya. Nabi Saw. keluar seraya membacakan firman-Nya:

 

{يس وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ}

 

YaSin, Demi Al-Qur'an yang penuh hikmah. (Yasin: 1-2) sampai dengan firman-Nya:

 

{فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ}

 

dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (Yasin: 9)

 

 

Takhrij

 

Hadith menceritakan kisah ini terdapat dalam Sirah Ibnu Hisyam 1/483, Zaadul Maad 3/46, Tafsir Ibnu Katsir 7/61 daripada Ibnu Ishaq.

 

Juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah 2/469 no. 470 daripada Ikrimah. Beliau menguatkan riwayat Ibnu Ishak.

 

Imam Baihaqi berkata riwayat itu dikuatkan melalui sanad Ikrimah.

 

Hadith Ikrimah

 

حدثنا الحسن بن يحيى قال، أخبرنا عيد الرزاق قال، أخبرني أبي, عن عكرمة قال: لما خرج النبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر إلى الغار, أمر عليَّ بن أبي طالب, فنام في مضجعه, فبات المشركون يحرسونه، فإذا رأوه نائمًا حسبوا أنه النبي صلى الله عليه وسلم فتركوه. فلما أصبحوا ثاروا إليه وهم يحسبون أنه النبي صلى الله عليه وسلم، فإذا هم بعليّ, فقالوا: أين صاحبك؟ قال: لا أدري! قال: فركبوا الصعب

 

(HR. at-Thabari dalam Tafsirnya 13/495)

 

Dalam hadith-hadith maghazi dan sirah ulama-ulama hadith memang longgar dalam menerima riwayat. sebab tu kita jumpa kisah ini dalam Zaadul Maad, Raheeq Makhtum dsb

(https://www.facebook.com/261081384400306/videos/1569623739853389/).

 

Tak benar cara penggunaannya begitu, memagar ghaib, menghindari polis pencuri dll.

 

Akan tetapi memang terdapat ulama yang menceritakan pengalaman peribadi mereka apabila membaca ayat ini untuk tujuan mengaburi musuh.

 

Yang dijelaskan ia adalah untuk mengaburi mata musuh (musyrik). Hal ini juga diceritakan oleh al-Qurthubi melalui pengalamannya sendiri menghindar musuh semasa di kubu Qurtubah beliau melarikan dari tawanan musuh. Tepi beliau tidak membaca ayat ini sahaja melainkan 3 lagi ayat (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 358750).

 

Tapi kalau memahami dengan buat pagar, menghindari sekatan jalan raya dan perbuatan lain yang salah maka ia tidak termasuk.

 

Rujukan

 

https://celiktafsir.net/2015/08/24/menggunakan-ayat-quran-untuk-tujuan-tujuan-tertentu/

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...