Selawat secara umum ada dua
jenis:-
a) Selawat mutlak
Itulah selawat yang dikerjakan di
setiap waktu, tanpa batas waktu dan tempat tertentu. Kita dianjurkan untuk
banyak membaca selawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana
yang Allah firmankan,
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan
malaikatnya berselawat kepada nabi, wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kalian kepadanya dan juga ucapkanlah salam untuknya.” (Qs. Al-
Ahzab: 56).
Semakin banyak selawat yang kita
lantunkan, semakin besar peluang untuk mendapat keistimewaan di sisi Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam sebuah hadith, beliau bersabda,
أولَى الناسِ بِيْ يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Orang yang paling dekat dariku
pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.” (HR. Tirmidz
no. 474, hasan)
b) Selawat Muqayyad
رأيت عبدالله بن عمر يقف على قبر النبي صلى الله عليه وسلم ويصلي على النبي
صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وعمر رضي الله عنهما
“Saya melihat Abdullah bin Umar
berdiri di dekat kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau
berselawat untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, mendoakan Abu Bakr, dan
Umar.” (HR. Malik dalam Al-Muwattha’ dan Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra,
disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Fadhl Solawat no. 98).
Tempat-tempat yang dianjurkan
berselawat berdasarkan hadith sahih dan dhaif serta anjuran ulama
1. Membaca selawat
setelah selesai dikumandangkannya azan.
Ada beberapa hadith yang menuturkan tentang hal ini di antaranya hadith
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا
يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى
الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Bila kalian mendengar orang yang
mengumandangkan azan maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, lalu
berselawatlah kepada kerana orang yang berselawat kepaku sekali maka dengan
selawat itu Allah berselawat kepadanya sepuluh kali. (HR. Muslim no. 374).
2. Membaca selawat di
awal, tengah dan akhir doa. Dengan membaca selawat di ketiga tempat itu saat
berdoa maka akan lebih kuat potensi dikabulkannya doa tersebut dan lebih banyak
lipatan pahalanya. Sebuah hadith riwayat Imam Tirmidzi menjelaskan tentang
membaca selawat di dalam berdoa:
عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ، قَالَ: بَيْنَا رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى
فَقَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي، إِذَا صَلَّيْتَ
فَقَعَدْتَ فَاحْمَدِ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ
ادْعُهُ. قَالَ: ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ
وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ
Dari Fudhalah bin Ubaid ia
berkata, ketika Rasulullah sedang duduk tiba-tiba masuk seorang lelaki kemudian
melakukan solat dan berkata, “Ya Allah, ampuni aku dan kasihani aku.” Maka
Rasulullah bersabda, “Engkau terburu-buru wahai orang yang solat. Bila engkau
selesai solat kemudian duduk maka pujilah Allah sebagaimana mestinya dan
berselawatlah kepadaku kemudian berdoalah kepada Allah.” Fudlalah berkata,
kemudian seorang laki-laki lain melakukan solat, lalu memuji kepada Allah dan
berselawat kepada Nabi. Maka Rasulullah bersabda, “Wahai orang yang solat,
berdoalah maka engkau akan diijabahi.” (HR. Tirmidzi no. 3476, sahih).
3. Membaca selawat
ketika memasuki masjid dan ketika keluar darinya. Sebuah hadith riwayat Imam Tirmidzi dari
Aisyah radliyallahu ‘anha:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ صَلَّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَسَلَّمَ وَقَالَ: رَبِّ
اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ، وَإِذَا خَرَجَ صَلَّى
عَلَى مُحَمَّدٍ وَسَلَّمَ وَقَالَ: رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي
أَبْوَابَ فَضْلِكَ
Adalah Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam ketika memasuki masjid beliau berselawat dan bersalam untuk
Muhammad dan berdoa Rabbi ighfir li dzunubi waftah li abwaba rahmatika. Dan
ketika keluar beliau berselawat dan bersalam kepada Muhammad serta berdoa Rabbi
ighfir li dzunubi waftah li abwaba fadllika.” (HR. Tirmidzi no. 314, hadith
hasan tapi sanadnya tak bersambung, sahih menurut syeikh al-Albani tanpa ada
kalimah meminta ampun).
4. Selawat pada
tasayahhud
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam keluar menemui kami, lalu kami berkata, “Wahai Rasulullah, kami telah
mengetahui bagaimana kami harus mengucapkan salam kepadamu, lalu bagaimanakah
kami bershalawat kepadamu?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ
عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(Ertinya: Ya Allah, semoga
shalawat tercurah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana tercurah
pada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha
Mulia. Ya Allah, semoga berkah tercurah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
sebagaimana tercurah pada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Mulia).” (HR. Bukhari no. 4797 dan Muslim no. 406).
5. Membaca selawat
ketika bertemunya seorang muslim dengan sesama muslim. Abu Ya’la Al-Mushili meriwayatkan sebuah
hadith dari Rasulullah:
مَا مِنْ عَبْدَيْنِ مُتَحَابَّيْنِ فِي اللَّهِ
يَسْتَقْبِلُ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ فَيُصَافِحُهُ وَيُصَلِّيَانِ عَلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى
تُغْفَرَ ذُنُوبُهُمَا مَا تَقَدَّمَ مِنْهُمَا وَمَا تَأَخَّرَ
Tidaklah dua orang hamba yang
saling mencintai di jalan Allah salah satunya menemui saudaranya kemudian
menyalaminya dan keduanya berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
kecuali keduanya tidak berpisah sampai diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan
yang kemudian (HR. Bukhari dalam Tarikhul Kabir 3/252, hadith dhaif menurut
Imam Bukhari, syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar jiddan dalam Silsilah
Hadith Dhaif no. 652)
6. Membaca selawat
ketika berkumpul di suatu majlis.
Disunahkan bagi kaum muslimin ketika mereka berkumpul di suatu majlis
untuk menghiasi majlis mereka dengan membaca selawat. Ibnu Umar meriwayatkan sebuah hadith dari
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa beliau bersabda:
زينوا مجالسكم بالصلاة علي فان صلاتكم علي نور لكم يوم
القيامة
Hiasilah majlis-majlis kalian
dengan berselawat kepadaku. Kerana selawat kalian kepadaku adalah cahaya bagi
kalian di hari kiamat.” (Palsu menurut
Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 3184, dari jalur Aisyah pula sanadnya
dhaif).
Adapun hadith yang mengingatkan
untuk tidak meninggalkan bacaan selawat di majlis di antaranya hadith riwayat
Imam Ahmad:
مَا قَعَدَ قَوْمٌ مَقْعَدًا لَا يَذْكُرُونَ فِيهِ
اللهَ عَزَّ وَجَلَّ، وَيُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَإِنْ دَخَلُوا
الْجَنَّةَ لِلثَّوَابِ
Tidaklah sekelompok orang duduk
di suatu tempat di mana mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat
kepada Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam kecuali hal itu menjadi kerugian bagi
mereka di hari kiamat meskipun mereka masuk syurga, kerana besarnya pahala
(berselawat ketika berkumpul).” (HR.
Ahmad no. 9965, sanadnya sahih).
Dari Abu Hurairah, ia
berkata bahawa Abul Qasim –Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam– bersabda,
أَيُّمَا قَوْمٍ جَلَسُوْا فَأَطَالُوا الجُلُوْسَ ثُمَّ تَفَرَّقُوْا
قَبْلَ أَنْ يَذْكُرُوْا اللهَ وَ يُصَلُّوْا عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ إِلاَّ كَانَتْ عَلَيْهِمْ مِنَ اللهِ تِرَةٌ إِنْ شَاءَ
اللهُ عَذَّبَهُمْ وَ إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ
Kaum mana saja yang duduk lama di
suatu majlis kemudian ia berpisah sebelum menyebut nama Allah dan sebelum berselawat
pada Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka akan ditimpa kekurangan dari
Allah. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengazab atau akan menyiksa mereka.”
(HR. Al Hakim dalam Mustadraknya 1/674, sahih). Ada juga hadith semacam itu
dalam riwayat Tirmidzi namun tanpa menyebutkan selawat pada Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam.
7. Ketika meninggalkan majlis
Dari Utsman bin Umar,
beliau mengatakan,
سمعت سفيان بن سعيد ما لا احصي إذا اراد القيام يقول صلى الله وملائكته على
محمد وعلى انبياء الله وملائكته
Aku mendengar Sufyan bin Said
berkali-kali sampai tidak mampu kuhitung, setiap beliau hendak meninggalkan majlis,
beliau membaca: “Semoga selawat Allah dan para malaikatnya tercurah untuk
Muhammad dan kepada para nabi Allah dan malaikatnya.”(HR. Abu Hatim dan
an-Numairi seperti dinaqalkan oleh as-Sakhawi dalam Qaul Badi’ hal. 243, Cuma
atsar)
8. Menuliskan selawat
ketika menulis nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Di antara dalil yang menganjurkan hal ini
adalah hadith riwayat Imam Thabrani dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah pernah
bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي كِتَابٍ لَمْ تَزَلِ الْمَلَائِكَةُ تَسْتَغْفِرُ
لَهُ مَا دَامَ اسْمِي فِي ذَلِكَ الْكِتَابِ
Barang siapa yang berselawat
kepadaku di dalam sebuah buku (tulisan) maka para malaikat tidak henti-hentinya
memintakan ampun baginya selama namaku masih ada di dalam buku itu. (HR.
at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 2/232, dhaif menurut imam at-Thabarani, dan
palsu menurut as-Suyuthi dalam al-La’ali’al-Maudhuat 1/204 dan Syeikh al-Albani
dalam Dhaif Targhib no. 76.
9. Ketika nama Nabi saw
disebut
Dari Abu Hurairah,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ
Sungguh celaka, orang yang
disebut namaku di sisinya lantas ia tidak berselawat untukku (HR. Tirmidzi no.
3545. al Hafiz Abu Thahir mengatakan bahawa sanad haditth ini hasan)
Dari ‘Ali bin Abi Thalib, ia
berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْبَخِيلُ الَّذِى مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ
“Orang yang disebut kedekut
adalah orang yang ketika disebut namaku di sisinya lalu ia tidak berselawat
untukku.” (HR. Tirmidzi no. 3546. Al Hafiz Abu Thahir mengatakan bahawa sanad
hadith ini hasan).
10. Membaca selawat
ketika membuka setiap ucapan baik yang memiliki tujuan tertentu disamping juga
disunahkan membukanya dengan hamdalah dan pujian kepada Allah. Sebuah riwayat dari Ibnu Mandah menyatakan:
كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه بذكر الله ثم بالصلاة عليّ
فهو أقطع أكتع ممحوق البركة
Setiap perkara yang memiliki
tujuan yang tidak diawali dengan zikir kepada Allah dan selawat kepadaku maka
perkara itu terputus terhapus keberkatannya (HR. al-Khalili dalam al-Irsyad no.
119, dhaif jiddan menurut as-Sakhawi dalam al-Ajwubatul Mardhiyyah 1/202).
11. Membaca selawat dalam
membuka nasihat, khutbah, peringatan dan mengajarkan ilmu, terlebih lagi ketika
membaca sebuah hadith. Imam Nawawi di
dalam kitab Al-Azkar menuturkan bahawa disunahkan bagi orang yang membaca
hadith dan selainnya ketika menyebut Rasulullah untuk mengeraskan suaranya
dalam berselawat, namun kerasnya suara itu jangan sampai berlebihan.
Adapun dalil bahwa selawat itu
dibacakan ketika khutbah, hal ini berdasarkan riwayat dari ‘Abdullah bin Ahmad,
dari ‘Aun bin Abi Juhaifah bahwa ayahnya yang pernah menjadi petugas keamanan
dari sahabat ‘Ali bin Abi Tholib menyatakan bahwa dahulu ia di bawah mimbar, ia
menyaksikan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu saat itu sedang naik mimbar. Di awalnya,
Ali menyanjung Allah, berselawat pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu
Ali mengatakan bahawa generasi terbaik dari umat ini setelah Nabinya iaitu Abu
Bakar, lalu Umar. Allah menganugerahkan pada mereka kebaikan sesuai yang Dia
kehendaki. (Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Ahmad 1/106 dan al-Khatib Baghdadi
dalam Tarikh Baghdad 10/114).
12. Membaca selawat di
waktu pagi dan petang hari. Sebuah
riwayat dari Abu Darda bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernh
bersabda:
من صلى علي حين يصبح عشرا وحين يمسي عشرا أدركته شفاعتي
يوم القيامة
Barang siapa yang berselawat
kepadaku di waktu pagi sepuluh kali dan di waktu petang sepuluh kali maka
syafaatku akan mendapatinya di hari kiamat (HR. at-Thabarani sepertimana
disebutkan dalam Targhib wa Tarhib 1/1261, hasan menurut as-Suyuthi dalam
Jamius Saghir 8796, dan Syeikh al-Albani no. 2357.
13. Membaca selawat ketika
hendak tidur. Dari Abu Qirshafah, ia
mengatakan pernah mendengar Rasulullah bersabda bahawa barang siapa yang menuju
tempat tidurnya (hendak tidur) kemudian ia membaca surat Tabaraka (Al-Mulk)
kemudian ia membaca sebanyak empat kali:
اللَّهُمَّ رَبَّ الْحِلِّ وَالْحَرَامِ، وَرَبَّ
الْبَلَدِ الْحَرَامِ وَرَبَّ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ، وَرَبَّ الْمَشْعَرِ
الْحَرَامِ، وَبِحَقِّ كُلِّ آيَةٍ أَنْزَلْتَهَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ، بَلِّغْ
رُوحَ مُحَمَّدٍ مِنِّي تَحِيَّةً وَسَلَامًا
Maka Allah akan mewakilkan kepada
dua malaikat hingga keduanya datang kepada Nabi Muhammad dan mengatakan kepada
beliau perihal yang dilakukan orang tersebut. Maka kemudian Rasulullah
menjawab, “untuk Fulan bin Fulan salam dariku dan rahmat serta keberkahan
Allah.” (Jala al-Afham no. 607, Ibnu Qayyim mengatakan hadith tersebut cacat).
14. Membaca selawat bagi
orang yang baru saja bangun dari tidur malamnya. Imam Nasai dalam kitab As-Sunan
Al-Kubra meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud:
يَضْحَكُ اللهُ إِلَى رَجُلَيْنِ: ....وَرَجُلٍ قَامَ
فِي جَوْفِ اللَّيْلِ لَا يَعْلَمُ بِهِ أَحَدٌ، فَتَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ
الْوُضُوءَ، ثُمَّ حَمِدَ اللهَ وَمَجَّدَهُ، وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَاسْتَفْتَحَ الْقُرْآنَ، فَذَلِكَ الَّذِي يَضْحَكُ
اللهُ إِلَيْهِ يَقُولُ: انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي قَائِمًا لَا يَرَاهُ أَحَدٌ
غَيْرِي
Allah 'tertawa' terhadap 2 orang;
.... dan orang yang bangun di tengah malam di mana tak ada seorang pun yang
mengetahuinya, lalu ia berwudlu dan menyempurnakannya, kemudian memuji kepada
Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan memulai
membuka Al-Qur’an. Yang demikian itu Allah 'tertawa' kepadanya. Ia berfirman,
“Lihatlah hamba-Ku sedang berdiri solat, tak ada seorang pun yang melihatnya
selain Aku.(HN. as-Sakhawi dalam al-Qaulul Badi' no. 264, sanadnya sahih
menurut as-Shakawi).
15. Berselawat ketika
keluar ke pasar atau menghadiri undangan atau semacamnya.
Ibnu Abi Hatim berkata, telah
menceritakan kepada kami Abu Sa’id bin Yahya bin Sa’id Al-Qatthan, telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyr, telah menceritakan kepada kami
Mas’ar, telah menceritakan kepada kami ‘Amir bin Syaqiq, dari Abu Wail, ia
berkata, “Aku melihat ‘Abdullah duduk-duduk di perjamuan (pesta), menghadiri
jenazah, atau selainnya, ia tidaklah berdiri hingga ia memuji dan menyanjung
Allah, juga bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu ia
berdoa dengan beberapa doa. Ketika ia pergi ke pasar, ia menghampiri suatu
tempat di sana, lantas ia pun duduk, memuji Allah, berselawat pada Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta berdoa dengan beberapa doa.” (Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abi Syaibah 6/103, dan An-Namiri. As-Sakhawi berkata
dalam Al-Qaul Al-Badi’ hal. 218 bahawa sanad riwayat ini jayyid).
16. Membaca selawat
kepada Nabi saw ketika telinga berdengung. Abu Rafi’ meriwayatkan sabda
Rasulullah:
إِذا طَنَّتْ أُذُنُ أحدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي
ولْيُصَلِّ عَلَيَّ ولْيَقُلْ ذَكَرَ الله مَنْ ذَكَرَنِي بِخَيْرٍ
Apabila telinga salah seorang di
antara kalian berdengung maka ingatlah aku dan berselawatlah kepadaku serta
ucapkan dzakarallahu man dzakarani bi khair (semoga Allah mengingat orang yang
mengingatku dengan kebaikan). (HR. al-Baihaqi dalam al-Da’wat al-Kabir no. 490,
dhaif menurut Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/258, as-Suyuthi dalam Jamius
Saghir no. 740 dan palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 2631).
17. Membaca selawat
ketika lupa akan suatu perkataan.
Ibnu Sunni dengan sanad dari
Usman bin Abi Harb Al-Bahili meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
مَنْ أَرَادَ أَنْ يُحَدِّثَ بِحَدِيثٍ فَنَسِيَهُ، فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ؛
فَإِنَّ صَلَاتَهُ عَلَيَّ خَلَفًا مِنْ حَدِيثِهِ، وَعَسَى أَنْ يَذْكُرَهُ.
Barang siapa yang hendak
mengatakan suatu perkataan kemudian ia lupa akan perkataan itu maka
berselawatlah kepadaku, kerana selawatnya kepadaku itu sebagai pengganti
ucapannya, semoga ia mampu mengingatnya.” (HN. as-Sakhawi dalam Qaulul Badi'
no. 237, sanadnya didhaifkan oleh beliau).
18. Membaca selawat setelah
selesai melakukan solat. Sebuah hikayat menceritakan, satu hari Muhammad bin
Umar bersama Abu Bakr bin Mujahid. Kemudian datang Syekh As-Syibli. Melihat
kedatangan As-Syibli ini Abu Bakr bin Mujahid segera bangkit menyambutnya. Ia
peluk As-Syibli dan mencium di tengah kedua matanya. Melihat hal ini Muhammad
bin Umar bertanya kepada Abu Bakr, “Tuan, engkau lakukan ini kepada As-Syibli
sedangkan engkau dan orang-orang menggambarkan ia sebagai orang yang gila?” Abu
Bakr menjawab bahawa ia lakukan ini meniru apa yang dilakukan oleh Rasulullah
kepada As-Syibli. Ia menceritakan bahawa ia telah bermimpi Rasulullah bangun
menyambut kedatangan As-Syibli lalu memeluk dan mencium di tengah kedua
matanya. Dalam mimpinya itu Abu Bakr bertanya kepada Rasul, “Ya Rasul, engkau
lakukan ini kepada As-Syibli?” Rasulullah menjawab, “Orang ini setelah solat
selalu membaca ayat laqad jâakum rasûlun min anfusikum..... kemudian
meneruskannya dengan berselawat kepadaku (HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq
66/55, Tarikh Baghdad 14/396, cuma hikayat)
19. Disunahkan membaca
selawat kepada Nabi ketika khatam membaca Al-Qur’an. Ketika khatam membaca
Al-Qur’an dianjurkan untuk berselawat kepada Nabi mengingat saat itu adalah
saatnya berdoa di mana doa setelah khatam Al-Qur’an akan dikabulkan.
Ada riwayat dari Imam Ahmad yang
menunjukkan anjuran do’a setelah khatam Al-Qur’an. Ada riwayat dari Abul
Harits, “Ketika Anas mengkhatamkan Al-Qur’an, ia mengumpulkan keluarga dan
anaknya.”
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Daud
dalam Fadhail Al-Qur’an, dari Al-Hakam, ia berkata bahawa Mujahid dan ‘Abdah
bin Abi Lubabah mengutus kepadanya, bahwa mereka ingin mengkhatamkan Al-Qur’an.
Lalu disebutkan, “Sesungguhnya doa itu mudah diijabahi ketika seseorang
mengkhatamkan Al-Qur’an. Lantas ia berdo’a dengan beberapa do’a.”
Diriwayatkan pula dari Ibnu
Mas’ud, ia berkata, “Siapa yang mengkhatamkan Al-Qur’an, maka ia memiliki doa
yang mustajab (terkabulkan).”
Mujahid juga berkata, “Rahmat itu
turun ketika seseorang mengkhatamkan Al-Qur’an.”
Ibnul Qayyim berakta, “Jika
tempat terbaik dan waktu terijabahnya do’a adalah ketika khatam Al-Qur’an, maka
tempat terbaik ketika berselawat ketika itu pula.” (Jala’ Al-Alfham hal.
354-356)
20. Membaca selawat
ketika sedang mengalami kegundahan, keresahan, dan hal-hal yang berat. Suatu
waktu Ubay bin Ka’b menyampaikan beberapa kalimat kepada Rasulullah. Di
antaranya ia menyampaikan:
أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ: «إِذًا تُكْفَى
هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
Aku jadikan seluruh doaku sebagai
selawat kepadamu, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda, “Kalau begitu akan
dicukupi keresahanmu dan akan diampuni dosamu.” (HR. Tirmidzi no. 2457, hasan
sahih).
21. Membaca selawat
ketika berdoa tentang suatu hajat.
من كان له الى الله عز وجل حاجة أو الى احد من بني أدم فليتوضأ وليحسن
وضوءه وليصل ركعتين ثم ليثن على الله عز وجل وليصل على النبي صلى الله عليه وسلم
ثم ليقل لا اله الا الله الحليم الكريم لا اله الا الله سبحان الله رب العرش
العظيم والحمد لله رب العالمين أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل
بر والسلامة من كل ذنب لا تدع لي ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك
رضا الا قضيتها يا أرحم الراحمين
Barangsiapa yang memiliki hajat
kepada Allah atau kepada seseorang maka berwudhulah dan baguskanlah wudhunya
serta lakukanlah solat dua rakaat. Kemudian pujilah Allah dan berselawatlah
kepada Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam, lalu ucapkanlah:
لا إِلهَ إِلَّا اللهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ
الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمينَ ، أَسْأَلُكَ
مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ
بِرِّ ، وَالسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لا تَدَعْ لِي ذَنْباً إِلَّا
غَفَرْتَهُ ، وّلا هَمَّاً إِلَّا فَرَّجْتَهُ ، وَلا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضَاً
إِلَّا قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.”
(HR. Tirmidzi no. 479, dhaif, Tidak
tsabit menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 65071).
22. Membaca selawat
ketika seorang laki-laki meminang seorang perempuan untuk dinikahi. Imam Nawawi
di dalam kitab Al-Azkar hal. 281, menuturkan,
يُستحبّ أن يبدأ الخاطبُ بالحمد لله والثناء عليه والصَّلاة على رسول الله
(صلى الله عليه وسلم) ويقول: أشهدُ أنْ لا إِلهَ إِلاَّ اللَّه وحدَه لا شريكَ له،
وأشهدُ أنَّ محمداً عبدُهُ ورسولُه، جئتكم راغباً في فتاتِكم فُلانة.
Disunahkan orang yang meminang
mengawalinya dengan mengucapkan hamdalah dan memuji kepada Allah serta
berselawat kepada Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian
mengucapkan asyhadu allâ ilâha illallâhu wahdahû lâ syarîkalah wa asyhadu anna
Muhammadan ‘abduhû wa rasûluhû...
23. Membaca selawat
kepada Nabi pada hari dan malam Jumaat.
Ada banyak hadith dari banyak sahabat di mana Rasulullah menganjurkan
untuk memperbanyak membaca selawat pada hari dan malam Jumaat. Beliau juga
menjelaskan bahawa pada hari Jumaat selawat dilaporkan kepada beliau secara
khusus dan hari Jumaat memiliki keadaan khusus pula.
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ
صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ
أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Perbanyakkanlah berselawat ke
atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku
akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling
banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di
dalam Syurga).” (HR. Baihaqi no. 5995 dalam Sunan Kubra, hasan).
24. Membaca selawat
ketika sedang melaksanakan ibadah haji dan umrah. Orang yang sedang melaksanakn
ibadah haji dan umrah dianjurkan untuk memperbanyak membaca selawat nabi di
berbagai kegiatan manasik haji, baik setelah membaca talbiyah, ketika thawaf,
sa’i, wukuf dan lain sebagainya.
Dari Wahb bin Al Ajda’, ia
berkata bahwa ia pernah mendengar ‘Umar bin Al Khattab berkhutbah di Makkah,
lantas ia berkata, “Jika seseorang di antara kalian berhaji, lakukanlah thawaf
keliling Ka’bah. Setelah itu lakukanlah solat dua raka’at di belakang maqam
Ibrahim. Kemudian ciumlah hajar Aswad. Lalu mulailah (sa’i) dari Safa dengan
berdiri di bukit tersebut sambil menghadap Kaabah, saat itu bertakbir tujuh
kali, antara setiap dua takbir itu ada sanjungan dan pujian pada Allah Ta’ala.
Kemudian berselawat pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berdoa untuk
diri sendiri. Yang dilakukan di bukit Marwah semisal itu pula. (HR. al-Baihaqi
dalam Sunan Kubra 5/94 dan Isma’il Al Qadhi dalam Keutamaan Selawat pada Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam no. 81. Zaid bin Ahmad An Nusyairiy mengatakan
bahawa sanad hadith ini sahih).
25. Ketika berada di makam Nabi saw
رأيت عبدالله بن عمر يقف على قبر النبي صلى الله عليه وسلم ويصلي على النبي
صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وعمر رضي الله عنهما
Saya melihat Abdullah bin Umar
berdiri di dekat kuburan Nabi saw beliau berselawat untuk Nabi saw, mendoakan
Abu Bakr, dan Umar.” (HR. Malik 1/66, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 5/160).
Dari Ibnu Numair, dari Muhammad
bin Basyir, dari ‘Abdullah, dari Nafi’, dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma,
ketika beliau tiba dari safar, beliau terlebih dahulu mendatangi kubur Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berselawat untuknya, tanpa mengusap-ngusap
kubur beliau. Kemudian beliau mengucapkan salam pula pada Abu Bakr radhiyallahu
‘anhu, lalu mengucapkan salam pada ayahnya, Umar bin Al-Khattab sambil berkata,
“Assalamu ‘alaik yaa Abah, salam untukmu wahai ayahku.” (Jala’ Al-Afham hal.
352-353)
26. Takbir kedua ketika
solat jenazah
Selawat disyariatkan untuk dibaca
ketka takbir kedua selat jenazah. Imam As-Sya’bi mengatakan,
أول تكبيرة من الصلاة على الجنازة ثناء على الله عز وجل والثانية صلاة على
النبي صلى الله عليه وسلم والثالثة دعاء للميت والرابعة السلام
Takbir pertama solat jenazah
adalah memuji Allah. Takbir kedua berselawat untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Takbir ketiga doa untuk jenazah, dan takbir keempat salam.” (HR. Ibnu
Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf).
27. Seusai membaca qunut,
disyariatkan diakhiri dengan membaca selawat.
Dari Abdullah bin Harits, beliau
mengatakan,
أن أبا حليمة معاذ بن الحارث كان يصلي على النبي صلى الله عليه وسلم في
القنوت
Bahawa Abu Halimah, Muadz bin
Harits, membaca selawat untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika qunut.”
(Fadhl As-Shalah ‘ala An-Nabi, Ismail bin Ishaq hal. 78).
28. Selawat ini dibaca di
setiap takbir solat ied.
Dari Alqamah, beliau mengatakan,
أن ابن مسعود وأبا موسى وحذيفة خرج عليهم الوليد بن عقبة قبل العيد يوما
فقال لهم إن هذا العيد قد دنا فكيف التكبير فيه قال عبد الله تبدأ فتكبر تكبيرة
تفتتح بها الصلاة وتحمد ربك وتصلي على النبي ثم تدعو وتكبر وتفعل مثل ذلك….
Beberapa sahabat, diantaranya
Ibnu Mas’ud, Abu Musa Al-Asy’ari, dan Hudzaifah didatangi oleh Al-Wald bin
Uqbah (penguasa setempat ketika itu) sehari sebelum solat hari raya. Al-Walid
bertanya, “Hari id sudah dekat, bagaimana cara takbir di dalamnya.” Abdullah
bin Mas’ud mengatakan, “Anda awali dengan takbiratul ihram sebagai pembuka
shalat, anda puji Allah dan membaca selawat untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam, kemudian berdoa. Lalu bertakbir lagi, dan anda lakukan seperti di
atas…dst”Hudzaifah dan Abu Musa mengatakan, “Ibnu Masud benar.” (HR. Ibnu Abi
Syaibah dalam Al-Mushannaf, sanadnya sahih menurut Ibnu Katsir dalam Tafsirnya
6/462).
Wallâhu a’lam.
Rujukan
As-shalatu ‘alan Nabiyyi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (Damsyiq: Maktabah Darul Falah, 1990).
Jalaul Afham fii
Fadhli Ash Shalah was Salaam ‘ala Muhammad Khairil Anam, Ibnu Qayyim Al
Jauziyah, Darul Ibni Katsir 2: 1432H.
No comments:
Post a Comment