Sunday, 18 April 2021

Hadith susu adalah penawar, lemaknya adalah ubat dan dagingnya adalah penyakit

 

Matan hadith

 

 

عليكم بألبان البقَرِ، فإنها شفاءٌ، وسَمْنُها دَواءٌ، ولُحومُها داء

 

Terjemahan

 

Hendaklah kamu meminum susu lembu, kerana susu itu adalah penawar, lemaknya adalah ubat, dan dagingnya adalah penyakit

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Nu'aim dalam Tibb al-Nabawi 2/383, Ibnu Sunni daripada Suhaib ra.

 

Tidak sahih, tidak tsabit sanadnya kepada Nabi saw (Ibnu Qayyim, Zaadul Ma'ad 4324-325).

 

Terdapat beberapa jalan riwayat, dan semua jalan tersebut tidak selamat dengan kritikan ulama antaranya dari Ibnu Mas'ud ra, Aisyah ra, Mulaikah binti Amru,

 

Menurut Syeikh Sulaiman al-'Ulwan hadith tersebut adalah mursal dhaif.

 

 

Imam Zarkasyi dan as-Sakhawi berkata, hadith ini sanadnya terputus, dan menyalahi hadith sahih lain, yang menunjukkan Baginda saw juga menyembelih lembu ketika korban, jika dagingnya penyakit, tentulah Nabi tidak berbuat demikian (al-Ajuwbah al-Mardhiyyah 1/23; Faidhul Qadir 4/348).

 

Rujukan

 

Fatwa Askimam no. 28857

 

Fatwa Soaljawab Islam 4/138

 

https://islamqa.org/hanafi/askimam/81107

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...