Hadith yang tular melalui media
social seperti berikut;
Manusia itu kelak di akhirat akan
dibahagi menjadi 2 macam, ahlul musibah dan ahlul 'aafiyah. Ahlul musibah
adalah orang-orang yang pada masa hidup di dunia selalu kena musibah, selalu
diuji dengan macam-macam hal, hidupnya sering susah, sengsara bertubi-tubi.
Sementara ahlul 'afiyah adalah orang-orang yang pada masa hidup di dunia baik-baik
saja. Segala kemudahan didapatkannya tanpa usaha yang bererti. Pada saat hari
perhitungan, Allah perintahkan pada malaikat agar menghisab ahlul musibah
terlebih dahulu. Lalu, dengan cepat malaikat melaporkan pada Allah, bahawa
hisab mereka sebentar saja kerana dosa-dosa mereka sudah digugurkan lewat
musibah dan ujian yang menimpa mereka saat di dunia.
Maka Allah
perintahkan agar memberikan Mereka 3 hal:
a) Afiyah, kekuatan,
sebagai ganti kesusahan yang dia dapat di dunia dulu.
b) Khairan, kebaikan,
iaitu syurga.
c) Manzilan, tempat yang
tinggi, kedudukan yang tinggi di syurga
Sampai ahlul afiyah mendongak
melihat tingginya kedudukan ahlul musibah. Sehingga mereka berkata: Mengapa
ketika di dunia mereka tidak mendapatkan banyak musibah? Bahkan kalau
dipotong-potong daging ini pun tidak mengapa.
Takhrij
Sebahagian petikan
hadith di atas memang terdapat asalnya dalam kitab-kitab hadith seperti:-
يَوَدُّ أَهلُ العَافِيَةِ يَومَ القِيَامَةِ حِينَ يُعطَى أَهلُ البَلَاءِ
الثَّوَابَ لَو أَنَّ جُلُودَهُم كَانَت قُرِّضَت فِي الدُّنْيَا بِالمَقَارِيضِ
Pada hari Kiamat ketika
orang-orang yang di uji diberi pahala, orang-orang yang sihat menginginkan
seandainya kulit-kulit mereka di dunia dipotong dengan gunting
HR. Tirmidzi no. 2402, Ibn Abi
Duniya dalam al-Maradh wal Kafarat no. 202, at-Thabarani dalam Mu’jam
aas-Saghir no. 241, daripada Jabir bin Abdillah ra.
Gharib menurut Imam Tirmidzi dan
dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2206.
Dan selebihnya ditemukan dalam
riwayat ad-Dailami dalam Musnad Firdaus, Ibn Abi Duniya dalam al-Maradh wal
Kafarat no. 220 dan as-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin no. 331, daripada
Anas bin Malik ra.
إذا أرادَ اللَّهُ بعبدٍ خيرًا وأرادَ أن يُصافيَهُ صبَّ عليهِ البلاءَ
صبًّا وثجَّهُ عليه ثجًّا فإذا دعاهُ قالتِ الملائكةُ: صوتٌ معروفٌ وإن دعاه
ثانيًا فقال: يا ربِّ ، قال اللَّهُ تعالى: لبَّيكَ عبدي وسعدَيكَ لا تسألُني
شيئًا إلا أعطيتُكَ أو دفعتُ عنكَ ما هو خيرٌ وادَّخرتُ لك عندي ما هو أفضَلُ منهُ
فإذا كان يومُ القيامَةِ جيءَ بأهلِ الأعمالِ فوُفُّوا أعمالَهم بالميزانِ أهلِ
الصَّلاةِ والصَّيامِ والصَّدقةِ والحجِّ ثُمَّ يُؤتى بأهلِ البلاءِ فلا يُنصَبُ
لهم ميزانٌ ولا يُنشَرُ لهم ديوانٌ يصَبُّ عليهِمُ الأجرُ صبًّا كما كانَ يُصبُّ
عليهم البلاءُ صبًّا فيوَدُّ أهلُ العافيةِ في الدُّنيا لو أنَّهم كانَت تُقرَضُ
أجسادُهم بالمقاريضِ لما يرَون ما يذهبُ به أهلُ البلاءِ من الثَّوابِ فذلك قولُه
تعالى إِنَّما يُوَفّى الصّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسابٍ [الزمر: ١٠]
Sekiranya Allah mengkehendaki kebaikan dan menunjukkan kasih sayang
kepada hambaNya, Allah akan menurunkan musibah dan ujian serta bala. Ketika
hambaNya berdoa kepada Tuhannya, malaikat berkata: Suara ini amat dikenali oleh
kita. Bila dia berdoa kepada Allah kali kedua dan berkata Ya Allah..dan Allah
berfirman , Oh hambaKu aku hadir dan keberuntungan untukmu. Aku akan memberimu
apa yang terbaik untukmu dan tetap menyimpan apa yang lebih baik untukmu. Pada
hari Kiamat kelak, ditegakkan al-Mizan (timbangan), orang beriman akan membawa
segala amalannya untuk ditimbang. Orang yang solat, orang yang membayar zakat,
orang yang berpuasa, dan orang yang berhaji semua membawa amalan mereka
masing-masing. Kemudian dihadirkanlah ahli musibah, namun amal mereka tidak
ditimbang dan catatan mereka tidak diperiksa, bahkan mereka diberi pahala yang
tanpa batas, sehingga mereka yang dulunya tidak pernah tertimpa musibah
mengharapkan sekiranya mereka dahulu termasuk golongan orang-orang yang
tertimpa musibah, dikeranakan banyaknya balasan yang diterima oleh para ahli
musibah. lalu Allah berfirman: Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah
yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab (batas). (Az-Zumar: 10)
Hadith ini dhaif menurut al-Iraqi
dalam Takhrij Ihya’ 5/171 dan Az-Zailaie dalam Takhrij Kasyaf 3/201.
Malah dinilai palsu dalam
Dorar.net (https://dorar.net/fake-hadith/898).
No comments:
Post a Comment