إن للملائكة في السماء ليلتي عيد كما أن للمسلمين في الأرض يومي عيد، فعيد
الملائكة: ليلة البراءة ( وهي ليلة النصف من شعبان )، وليلة القَدر. وعيد
المؤمنين: يوم الفطر، ويوم الأضحى. فلذا سُمّيت ليلة نصف شعبان " ليلة عيد
الملائكة "
Para malaikat di langit itu
memiliki dua malam hari raya sebagaimana kaum muslimin di bumi memiliki dua
hari raya. Dua hari raya kaum muslimin adalah Idul Fitri dan Idul Adha.
Sedangkan dua malam hari raya para malaikat adalah malam nisyfu Sya’ban (atau
disebut juga lailatul bara-ah) dan malam qadar (lailatul qadar). Kerana itulah
malam nisyfu Sya’ban disebut juga dengan lailatu ‘idil malaikah, ertinya malam
hari raya para malaikat.
Takhrij
Petikan ini adalah perkataan Imam
al-Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub hal. 256 dan Syeikh Qadir Jailani dalam Al-Ghunyah
Li Thalibi Thariqil Haq 1/ 348.
Kitab Mukasyafatul Qulub merupakan salah satu kitab yang didakwa sebagai
karya Imam Al-Ghazali. Dan sebahagian menilai bahawa sebenarnya buku ini adalah
kegiatan plagiat yang di-atas-namakan kepada Imam Al-Ghazali.
Selain itu kitab Mukasyafatul Qulub sendiri termasuk kitab bermasalah,
kerana banyak berisi hadith-hadith palsu, tanpa sanad, dhaif dan khabar yang
tidak jelas lainnya.
Seorang ahli hadith Mesir, Abu ishaq Al-Huwaini pernah ditanya tentang
kitab ‘Araisul Majalis, Mukasyafatul Qulub…,
Beliau menjawab:
“Kitab-kitab itu tidak layak dipelajari kerana banyak memuatkan hadith
yang tidak jelas.”
Rujukan
DOI: 10.5220/0009937319191927
http://www.ahlualhaq.net/arabic/councils/library/written/education/shaban2_gz.htm
Fatwa Thariqah Islam no. 10264
No comments:
Post a Comment