Solat kafarah dilakukan sejumlah
rakaat solat fardhu. Lima waktu, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh (total
17 rakaat).
Sebahagian pihak setuju atas
tradisi tersebut, sementara sebahagian yang lain melarangnya.
Solat kafarah diniatkan untuk
mengqadha solat fardhu yang diragukan ditinggalkan atau yang tidak sah. Ada
keterangan bahawa solat kafarah ini dapat mengganti solat yang ditinggalkan
semasa hidupnya sampai 70 tahun dan dapat melengkapi kekurangan-kekurangan
dalam solat yang dilakukan disebabkan waswas atau lainnya.
Mufti Hadlramaut Yaman, Syekh
Fadl bin Abdurrahman mengumpulkan perbezaan pandangan para ulama dalam
kitabnya, Kasyf al-Khafa’ wa al-Khilaf fi Hukmi Solat al-Bara’ah min
al-Ikhtilaf.
Ulama berbeda pandangan tentang
hukum melakukan solat kafarah, antara yang membolehkan dan mengharamkannya.
Pandangan yang membolehkan di
antaranya kerana pertimbangan sebagi berikut:
Pertama, bertendensi pada pendapat
al-Qadhi Husain yang membolehkan mengqadha solat fardhu yang diragukan
ditinggalkan. Pendapat tersebut sebagaimana keterangan berikuti ini:
فرع ) قال القاضي لو قضى فائتة على الشك فالمرجو من الله
تعالى أن يجبر بها خللا في الفرائض أو يحسبها له نفلا وسمعت بعض أصحاب بني عاصم
يقول : إنه قضى صلوات عمره كلها مرة ، وقد استأنف قضاءها ثانيا ا هـ قال الغزي وهي
فائدة جليلة عزيزة عديمة النقل ا هـ إيعاب
“Cabangan permasalahan: al-Qadli
Husain berkata, bila seseorang mengqadha solat fardhu yang ditinggalkan secara
ragu, maka yang diharapkan dari Allah solat tersebut dapat mengganti kecacatan
dalam solat fardhu atau paling tidak dianggap sebagai solat sunah. Saya
mendengar bahawa sebagian ashabnya Bani Ashim berkata, bahawa ia mengqadha
seluruh solat seumur hidupnya satu kali dan memulai mengqadhanya untuk kedua
kalinya. Al-Ghuzzi mengatakan, ini adalah faidah yang agung, yang jarang sekali
dikutip oleh ulama.” (Syekh Sulaiman al-Jamal, Hasyiyah al-Jamal, 2/ 27)
Dalam redaksi yang lain
disampaikan:
إن الشك في عبادة بدنية أو مالية يجوز تعليق نية قضائها
إن كان عليه وإلا فتطوع
“Keraguan dalam ibadah badan atau
harta, boleh menggantungkan niat qadhanya, bila betul ada tanggungan maka
statusnya wajib, bila tidak, maka berstatus sunah.” (Syekh Fadl bin Abdurrahman
al-Tarimi al-Hadlrami, Kasyf al-Khafa’ wa al-Khilaf fi Hukmi Solat al-Bara’ah
min al-Ikhtilaf, hal. 4)
Kedua, tidak ada orang yang meyakini
keabsahan solat yang baru saja ia kerjakan, terlebih solat yang dulu-dulu.
Ketiga, larangan solat kafarah dikeranakan
ada kekhawatiran solat tersebut cukup untuk mengganti solat yang ditinggalkan
selama setahun, ketika kekhawatiran tersebut hilang, maka hukum haram hilang.
Keempat, mengikuti amaliyyah para
pembesar ulama dan para wali Allah yang ahli makrifat billah, di antaranya
Sayyidi Syekh Fakr al-Wujud Abu Bakr bin Salim, Habib Ahmad bin Hasan al-Athas,
al-Imam Ahmad bin Zain al-Habsyi dan banyak lainnya. Solat tersebut rutin dilakukan
dan diimbau oleh para pembesar ulama di Yaman. Bahkan di masjid Zabid Yaman solat
kafarah ini rutin dilakukan secara berjamaah.
Mengikuti amaliyyah para wali dan
ulama ‘ârifin (ahli ma'rifat) tanpa diketahui dalil istinbathnya dari hadith
Nabi, sudah cukup untuk menjadi hujjah membolehkan solat kafarah ini. Syekh
Abdul Wahhab al-Sya’rani dalam kitab Tanbih al-Mughtarrin, sebagaimana dikutip
dalam Kasyf al-Khafa’ mengatakan:
ومن القوم إذا لم يجدوا لذلك العمل دليلا من سنة رسول
الله صلى الله عليه وسلم الثابتة في كتب الشريعة يتوجهون بقلوبهم إلى رسول الله
صلى الله عليه وسلم فإذا حضروا بين يديه سألوه عن ذلك وعملوا بما قاله لهم ولكن
مثل هذا خاض بأكابر الرجال
“Di antara kaum, apabila mereka
tidak memiliki dalil dari sunah Nabi yang ditetapkan dalam kitab syari’ah,
mereka menghadap hatinya kepada Rasul, bila sudah berhadapan dengan Nabi,
mereka bertanya kepada beliau dan mengamalkan apa yang dikatakan Nabi, akan
tetapi yang demikian ini khusus untuk para pembesar sufi.”
فإن قيل فهل لصاحب هذا المقال أن يأمر الناس بما أمره
رسول الله صلى الله عليه وسلم بفعله وقوله؟ الجواب لا ينبغي له ذلك لأنه أمر زائد
على السنة الصحيحة الثابتة من طريق النقل ومن أمر الناس بشيء زائد على ما ثبت من
طريق النقل فقد كلف الناس شططا اللهم إلا أن يشاء أحد ذلك فلا حرج عليه كما هو شأن
مقلدي المذاهب المستنبطة من الكتاب والسنة والله أعلم
“Bila ditanya, apakah sufi yang
mendapat amaliyyah dari Nabi boleh memerintahkan orang lain sebagaimana Nabi
memerintahkan kepadanya? Jawabannya, tidak sebaiknya hal tersebut dilakukan,
sebab merupakan perkara tambahan atas sunah sahih, barang siapa memerintahkan
manusia perkara yang melebihi sunah Nabi yang dicetuskan berdasarkan riwayat
yang sahih, maka ia telah memberi beban kekacauan kepada mereka. Kecuali bila
ada orang yang dengan sukarela mengikutinya, maka tidak ada masalah,
sebagaimana keadaan para pengikut mazhab-mazhab yang bersumber dari al-Quran
dan hadith.” (Syekh Fadl bin Abdurrahman al-Tarimi al-Hadlrami, Kasyf al-Khafa’
wa al-Khilaf fi hukmi Solat al-Bara’ah min al-Ikhtilaf, hal. 43).
Syekh Abdurrahman bin Syekh Ahmad Bawazir
sebagaimana dikutip dalam Kasyf al-Khafa mengatakan:
ولا شك أن العارف بالله فخر الوجود أبا بكر بن سالم ممن يقلد في الصلاة
المذكورة لأن العارف لا يتقيد بمذهب كما في الإبريز للشيخ عبد العزيز الدباغ بل
قال فيه إن مذهب الولي العارف بالله أقوى من المذاهب الأربعة. انتهى
“Tidak diragukan lagi bahawa
al-Arif billah Fakr al-Wujud Syekh Abu Bakr bin Salim adalah termasuk tokoh
yang mengikuti amaliyyah solat kafarah/ baraah ini, sebab orang yang ahli
makrifat tidak terikat dengan mazhab tertentu, seperti keterangan dalam kitab
al-Ibriznya Syekh Abdul Aziz al-Dabbagh, bahkan beliau mengatakan, sesungguhnya
mazhabnya wali yang al-Arif billah lebih kuat dibandingkan dengan mazhab
empat.” (Syekh Fadl bin Abdurrahman al-Tarimi al-Hadlrami, Kasyf al-Khafa’ wa
al-Khilaf fi Hukmi Solat al-Bara’ah min al-Ikhtilaf, hal. 48).
Pandangan yang mengharamkan
setidaknya kerana berbagai pertimbangan berikut:
Pertama, tidak ada tuntunan yang jelas
dari hadith Nabi atau kitab-kitab syari’ah, sehingga melakukannya tergolong
isyra’u ma lam yusyra’ (mensyariatkan ibadah yang tidak disyari’atkan) atau
ta’athi bi ‘ibadatin fasidah (melakukan ibadah yang rusak).
Kedua, pengkhususan solat kafarah pada
akhir Jumaat bulan Ramadhan tidak memiliki dasar yang jelas dalam syari’at.
Ketiga, terdapat keterangan sarih dari
pakar fikih autoritatif mazhab Syafi’i, Syekh Ibnu Hajar al-Haitami sebagai
berikut:
وأقبح من ذلك ما اعتيد في بعض البلاد من صلاة الخمس في
هذه الجمعة عقب صلاتها زاعمين أنها تكفر صلوات العام أو العمر المتروكة وذلك حرام
أو كفر لوجوه لا تخفى
“Yang lebih buruk dari itu adalah
tradisi di sebahagian daerah berupa solat 5 waktu di jumaat ini (jumaat akhir
Ramadhan) selepas menjalankan solat jumaat, mereka meyakini solat tersebut
dapat melebur dosa solat-solat yang ditinggalkan selama setahun atau bahkan
semasa hidup, yang demikian ini adalah haram atau bahkan kufur kerana beberapa
sisi pandang yang tidak samar.” (Syekh Ibnu Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj,
2/457).
Mengomentari kenyataan di atas,
Syekh al-Syarwani mengatakan:
قوله ( وذلك ) أي الزعم المذكور قوله ( لوجوه إلخ ) منها
إسقاط القضاء وهو مخالف للمذاهب كلها كردي
“Ucapan Syekh Ibnu Hajar, yang
demikian ini adalah haram atau bahkan kufur kerana beberapa sisi pandang yang
tidak samar, di antaranya adalah dapat menggugurkan kewajipan mengqadha solat,
hal ini menyalahi seluruh mazhab-mazhab.” (Syekh Abdul Hamid al-Syarwani,
Hasyiyah al-Syarwani ‘ala al-Tuhfah, 2/457).
Kata al-Syaukani:
حديث من صلى في آخر جمعة من رمضان الخمس الصلوات المفروضة في اليوم والليلة
قضت عنه ما أخل به من صلاة سنته هذا موضوع لا إشكال فيه ولم أجده في شيء من الكتب
التي جمع مصنفوها فيها الأحاديث الموضوعة ولكنه اشتهر عند جماعة من المتفقهة
بمدينة صنعاء في عصرنا هذا وصار كثير منهم يفعلون ذلك ولا أدري من وضعه لهم فقبح
الله الكذابين
Hadith: "Sesiapa yang solat
lima waktu pada Jumaat terakhir di bulan Ramadhan sehari semalam maka telah
sempurnalah solatnya yang tidak sempurna sempanjang tahun". Ini hadis
palsu tidak ada kekeliruan padanya dan saya tidak menjumpainya dalam mana-mana
kitab yang penulisnya mengumpulkan hadith palsu tetapi ia masyhur dalam
kalangan kumpulan pelajar fiqh di bandar San'aa (Yaman) di zaman kita ini dan
ramai antara mereka yang melakukannya. Saya tidak tahu siapa yang merekacipta
hadith ini untuk mereka. (Semoga) Allah memburukkan orang-orang yang berdusta.
(al-Fawaid al-Majmu'ah, hal. 54).
Kata Abdul Hayy
al-Laknawi:
حديث من قضى صلوات من الفرائض في أخر جمعة من رمضان كان ذلك جابرا لكل صلاة
فائتة من عمره إلى سبعين سنة قال علي القاري في موضوعاته الصغرى والكبرى باطل
قطعيا لأنه مناقض للإجماع على أن شيئا من العبادات لا يقوم مقام فائتة سنوات ثم لا
عبرة بنقل صاحب النهاية ولا بقية شراح الهداية لأنهم ليسوا من المحدثين ولا أسندوا
الحديث إلى أحد من المخرجين
Hadith: "Sesiapa yang mengqadha' solat fardhu pada Jumaat
terakhir dalam bulan Ramadhan maka ia menjadi penampung bagi solat yang
ditinggalkan sepanjang 70 tahun dari umurnya". Kata Ali al-Qari dalam
(kitab) Maudhu'atnya: (Hadith ini) BATIL SECARA PASTI kerana ia
bercanggah dengan ijma' yang menyatakan bahawa setiap sesuatu daripada ibadat
tidak boleh menggantikan ibadat lain yang ditinggalkan beberapa tahun. Tidak
diambil kira nukilan pengarang kitab al-Nihayah dan beberapa pengarah
kitab-kitab syarah bagi kitab al-Hidayah kerana mereka bukanlah muhaddithin
(ahli hadith) dan mereka tidak membawa sanad bagi hadith ini dari kitab-kitab
(muhaddithin) yang meriwayatkan hadith dengan sanad. (al-Athaar al-Marfu'ah fi
al-Akhbar al-Maudhu'ah, hal. 85)
Keempat, hadith tentang solat kafarah
tidak dapat dibuat dalil, kerana tidak memiliki sanad yang jelas.
Ikhtilaf mengenai hukum solat kafarah
terangkum dalam statemen Mufti Syekh Salim bin Said Bukair al-Hadlrami yang
dikutip Kasyf al-Khafa’ sebagai berikut:
ما قولكم في صلاة الخمسة الفروض التي تصلى آخر جمعة من
رمضان هل هي جائزة شرعا أم لا؟ وهل أحد نص عليها من العلماء وفعلها غير الشيخ أبو
بكر وأولاده أفيدونا؟! الجواب الحمد لله صلاة الفروض آخر جمعة من رمضان قضاء فوائت
ليس على يقين منها، وتسمى صلاة البراءة، اختلف العلماء فيها، فقال بتحريمها جماعة
كالشيخ ابن حجر وبامخرمة وغيرهما. وقال بجوازها كثير من علماء اليمن، وكانت تصلى
بجامع زبيد كما قال الناشري، قال ولا يتركها إلا القليل انتهى. وهي محط رجال العلم
وأئمة الفتوى وقد صلاها جماعة من الأئمة الورعين البارعين في علمي الظاهر والباطن
كالفخر الشيخ أبي بكر بن سالم والإمام العلامة أحمد بن زين الحبشي والإمام الحبيب
عمر بن زين بن سميط والحبيب العلامة أحمد بن محمد المحضار والعلامة الحبيب أحمد بن
حسن العطاس والحبيب العلامة سالم بن حفيظ بن الشيخ بن أبي بكر بن سالم والحبيب
العلامة عبد الله بن عبد الرحمن بن الشيخ أبي بكر بن سالم وغيرهم من علماء اليمن
وحضر موت.
“Bagaimana pendapat anda tentang solat
lima waktu yang dilakukan di ahir Jumaat Ramadhan, boleh atau tidak? Apakah ada
salah seorang ulama yang membolehkannya dan mengamalkannya selain Syekh Abu
Bakr bin Salim dan anak-anaknya?. Jawapan, segala puji bagi Allah, solat fardhu
lima waktu di akhir Jumaat bulan Ramadhan merupakan solat untuk mengqadha solat
fardhu yang tidak diyakini ditinggalkan, solat ini disebut dengan solat
bara’ah, ulama berbeza pendapat mengenai hukumnya. Segolongan ulama seperti
Syekh Ibnu Hajar, Syekh Bamakhramah dan lainnya mengharamkan.
Dan majoriti ulama Yaman
membolehkannya, solat ini dilakukan di masjid Jami’ Zabid seperti yang
dikatakan imam al-Nasyiri, beliau mengatakan, tidak meninggalkan solat ini
kecuali segelintir orang. Solat bara’ah ini adalah amaliyyah para tokoh ilmu
dan imam-imam fatwa, solat ini dilakukan oleh para imam yang wira’i, yang
menonjol dalam ilmu zahir dan batin, seperti al-Fakhr Syekh Abu Bakr bin Salim,
al-‘Allamah Ahmad bin Zain al-Habsyi, Habib Umar bin Zain bin Smith, Habib
Ahmad bin Muhammad al-Mihdlar dan ulama Hadlramaut yang lain.”
فقد أقامها كل من المذكورين في جهاتهم وبلدانهم وأمر بها
وأقرها الإمام الحجة الحبيب عبد الرحمن بن عبد الله بلفقيه وهو الذي كان يلقبه
الإمام الحبيب عبد الله الحداد بـ "علامة الدنيا"...إلى أن قال.... وكفى
بهذا الإمام وبمن تقدم ذكرهم من أئمة الدين والعلماء الورعين حجة في جواز هذه
الصلاة ، وإذا لم تقم بهم وبأمثالهم الحجة فيمن تقوم الحجة؟.
“Mereka-mereka ini melakukan solat
bara’ah di daerah-daerahnya dan memerintahkan orang untuk melakukannya,
kebolehan solat ini juga diamini oleh Habib Abdurrahman bin Abdullah Bilfaqih
yang dijuluki oleh Habib Abdullah al-Haddad dengan “orang sangat alim di
dunia.”
Cukuplah imam ini dan imam-imam
lain yang disebutkan sebelumnya dari para imam agama dan ulama yang wira’i,
dijadikan sebagai hujjah kebolehan solat bara’ah, bila tidak boleh, lantas
siapa lagi ulama yang boleh dijadikan hujjah?
وقد قال بجواز القضاء مع الشك القاضي حسين والغزي كما في
الجمل على المنهج والإمام الغزالي في الإحياء وفي ذلك أعظم دليل وأقوى حجة لما
قاله وعمله هؤلاء الأئمة بل لو لم يقل بجواز هذه الصلاة ويفعلها إلا الشيخ أبو بكر
بن سالم قوله وفعله كما في الحجة فإنه من كبار العلماء وأئمة الدين
“Al-Qadli Husain dan al-Ghuzzi
membolehkan solat qadha beserta keraguan seperti dalam Hasyiyah al-Jamal dan
al-Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’, ini adalah dalil dan hujjah terkuat dari
apa yang dikatakan dan diamalkan imam-imam yang tersebut di atas. Bahkan, andai
saja yang membolehkan dan melakukan solat ini hanya Syekh Abu Bakr bin Salim,
maka sudah cukup, sesungguhnya beliau tergolong pembesar ulama dan imam-imam
agama.” (Syekh Fadl bin Abdurrahman al-Tarimi al-Hadlrami, Kasyf al-Khafa’ wa
al-Khilaf fi hukmi solat al-Bara’ah min al-Ikhtilaf, hal. 37).
Kesimpulan:
Pandangan ulama mengharamkan lagi kuat, kerana ketiadaan nas yang jelas dan sahih menyuruh
melakukan demikian, malah ia amat bertentagan dengan hadith sahih lain yakni
larangan mengkhususkan solat dan puasa pada malam/hari jumaat.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي،
وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ، إِلَّا
أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ
“Janganlah kalian mengkhususkan
malam Jumaat dengan solat malam di antara malam-malam yang lain, dan jangan
pula mengkhususkan hari Jumaat dengan berpuasa, kecuali memang bertepatan
dengan hari puasanya.” (HR. Muslim no. 1144)
Imam Nawawi rahimahullah berkata,
“Pada hadith ini ada larangan yang kuat untuk mengkhususkan Malam Jumaat dengan
melakukan solat malam yang tidak dikerjakan pada malam-malam lainnya dan juga
larangan berpuasa secara khusus pada Hari Jumaatnya. Larangan mengkhususkan
Malam Jumat untuk solat malam ini telah disepakati sebagai sesuatu yang
dimakruhkan (dibenci), atas dasar itulah para ulama berhujah dimakruhkannya solat
bidaah yang dinamakan ar-raghaib, semoga Allah membinasakan yang membuatnya dan
menemukannya kerana solat ini termasuk bidaah mungkar, sesat, dan bentuk
kejahilan. Dalam solat ini banyak terdapat kemungkaran yang sangat jelas, sebahagian
para ulama telah menulis buku-buku yang bermanfaat untuk menerangkan buruknya solat
ini dan kesesatan orang yang melaksanakan dan penemunya. Bukti keburukan,
kebatilan, dan kesesatan pelakunya sangat banyak dan tidak mampu dikumpulkan
semuanya, wallahu a’lam.” (Al-Minhaj Syarhu Shahih Muslim bin Hajjaj, 8/20)
Hadith di atas menunjukkan
larangan untuk mengkhususkan hari Jumaat dengan ibadah berpuasa. Majoriti ulama
menilai hukumnya makruh. Sedangkan sebahagian ulama lain, termasuk Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu Ta’ala, berpendapat hukumnya haram.
Ibnul Qayyim rahimahullahu Ta’ala
menjelaskan hikmah dari larangan ini dengan mengatakan,
سد الذريعة من أن يلحق بالدين ما ليس فيه، ويوجب التشبه بأهل الكتاب في
تخصيص بعض الأيام بالتجرد عن الأعمال الدنيوية، وينضم إلى هذا المعنى: أن هذا
اليوم لما كان ظاهر الفضل على الأيام، كان الداعي إلى صومه قويا، فهو في مظنة
تتابع الناس في صومه، واحتفالهم به ما لا يحتفلون بصوم يوم غيره، وفي ذلك إلحاق
بالشرع ما ليس منه. ولهذا المعنى – والله أعلم – نهي عن تخصيص ليلة الجمعة بالقيام
من بين الليالي، لأنها من أفضل الليالي، حتى فضلها بعضهم على ليلة القدر
“Ini adalah dalam rangka mencegah
agar (kaum muslimin) tidak menyandarkan sesuatu dengan agama yang tidak ada
asal-usulnya. Hal ini juga menyebabkan tasyabbuh dengan ahli kitab dalam
mengkhususkan sebahagian hari untuk tidak melakukan aktiviti duniawi apa pun.
Selain hikmah yang sudah disebutkan, juga ditambahkan bahawa ketika hari (Jumaat)
ini memiliki keutamaan dibandingkan hari-hari yang lain, maka dorongan untuk
berpuasa pada hari itu menjadi lebih kuat. Sehingga terdapat persangkaan bahawa
manusia ikut-ikutan berpuasa di hari itu dan menjadikannya sebagai perayaan
dengan berpuasa yang tidak mereka lakukan di hari lainnya. Dalam perbuatan
tersebut, mereka memasukkan (suatu amal) ke dalam agama yang tidak ada
asal-usulnya dalam agama tersebut. Kerana hikmah tersebut, wallahu a’lam,
(syariat) melarang mengkhusukan malam Jumaat dengan solat malam (yang tidak
dilakukan di malam-malam lain) kerana malam Jumaat adalah malam yang paling
afdhal. Sampai-sampai sebahagian di antara mereka lebih mengutamakan malam Jumaat
dibandingkan dengan malam Lailatul Qadar.” (Zaadul Ma’aad, 1/406-407).
Syaikh Muhammad bin Shalih
Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata,
صوم يوم الجمعة مكروه، لكن ليس على إطلاقه، فصوم يوم الجمعة مكروه لمن قصده
وأفرده بالصوم
“Puasa di hari Jumaat itu makruh,
namun tidak secara mutlak. Puasa di hari Jumaat itu makruh bagi orang yang
memaksudkan dan mengkhususkannya (kerana semata-mata hari Jumaat).” (Majmu’
Fatawa wa Rasail Ibnu ‘Utsaimin, 20/29)
Rujukan
https://islam.nu.or.id/post/read/91683/hukum-solat-kafarah-di-jumat-akhir-ramadhan
https://markazsunnah.com/hadis-hadis-tentang-kekhususan-hari-jumat/
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle -
Hadith
No comments:
Post a Comment