أن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي صلى
الله عليه وسلم وقال ابن عباس كنت أعلم إذا انصرفوا بذلك إذا سمعته
Sesungguhnya meninggikan
mengeraskan suara dalam berzikir ketika selesai solat fardhu adalah biasa
dilakukan pada zaman Nabi SAW. Kata Ibnu Abbas: Aku mengetahui bahawa mereka
telah selesai solat kerana mendengar suara berzikir yang keras itu. (HR.
Bukhari no. 841dan Muslim no. 583, sahih ijma’).
Berdasarkan hadith di atas,
sebahagian ulama berpendapat, “Dianjurkan
mengeraskan suara pada zikir setelah solat” Di antara yang berpendapat
seperti ini adalah Ibnu Hazm. Beliau berkata,
ورفع الصوت بالتكبير إثر كل صلاة حسن
“Mengeraskan suara dengan
bertakbir pada zikir sesudah solat adalah suatu amalan yang baik.” (Al Muhalla,
4/260)
Demikian juga pendapat Ath
Thabari, beliau berkata,
فيه الإبانه عن صحة ما كان يفعله الأمراء من التكبير عقب الصلاة
“Hadith ini sebagai isyarat
benarnya perbuatan para imam yang bertakbir setelah solat.” (Fathul Bari,
2/325)
Manakalah jumhur ulama
menyelisihi pendapat di atas.
Di antara alasannya disebutkan
oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.
Setelah menyebutkan perkataan
Ath-Thabari, Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebutkan perkataan Ibnu Battal yang
mengatakan, “Hal ini tidak pernah dilakukan oleh ulama salaf selain apa yang
diceritakan dari Ibnu Habib dalam Al Wadhihah, iaitu mereka senang bertakbir
saat peperangan setelah solat Subuh, Isyak dengan tiga kali takbir. Beliau
berkata bahawa ini adalah perbuatan yang dilakukan di masa silam. Ibnu Battal
dalam Al ‘Utaibah menyebutkan bahawa Imam Malik berkata, “Amalan tersebut
muhdats (amalan bidaah, direka-reka).” (Fathul Bari, 2/325-326).
Imam al-Nawawi mengulas di dalam
kitabnya Syarah Sahih Muslim 5/84 dimana dia berkata:
حمل الشافعي رحمه الله تعالى هذا الحديث على أنه جهر وقتا يسيرا حتى يعلمهم
صفة الذكر، لا أنهم جهروا دائما.
Imam asy-Syafie menafsiri hadith
ini bahawa baginda mengeraskan suaranya dalam beberapa waktu sahaja, guna
(untuk) mengajari sahabatnya cara berzikir, bukan bererti mereka senantiasa
mengeraskan suaranya.
Terhadap hadith di atas, Syeikh
al-Albani menjelaskan:
Akan tetapi sebahagian ulama
mengomentari dengan teliti maksud ucapan Ibnu ‘Abbas tersebut, mereka
berkesimpulan bahawa kata كنا (kunnaa atau kami dahulu), mengandungi
isyarat halus bahawa perkara ini tidaklah berlangsung secara terus-menerus.
Dalam kitab al-Umm, Imam
asy-Syafie menjelaskan bahawa maksud Nabi mengeraskan bacaan zikir setelah
solat adalah (semata-mata) untuk mengajarkan zikir itu kepada orang-orang yang
belum boleh melafazkannya dan jika amalan tersebut dimaksudkan hanya untuk pengajaran
sahaja maka biasanya tidak dilakukan secara terus-menerus.
Ini mengingatkanku akan perkataan
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang bolehnya imam mengeraskan suara pada
bacaan solat padahal semestinya dibaca perlahan (seperti solat asar dan zuhur)
dengan tujuan untuk mengajari orang-orang yang belum boleh (memahaminya). Ada
sebuah hadith di dalam Shahihain (al-Bukhari dan Muslim) dari Abu Qatadah
al-Anshari bahawa Nabi dahulu terkadang memperdengarkan kepada para sahabat
bacaan al-Qur’an di dalam solat Zuhur dan Asar dan Umar juga melakukan sunnah
ini. (Majmu’ah Fatawa al-Madinah al-Munawwarah karya Syeikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani hal. 37-38).
Maka pendapat jumhur ini lebih
mendekati kebenaran.
No comments:
Post a Comment