Manusia pada asalnya
di padang Mahsyar itu bertelanjang. Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam:
يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً
Manusia akan dikumpulkan pada
hari Kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum
dikhitan (HR. Muslim no. 5102 dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha)
Dan manusia yang
pertama kali diberi pakaian adalah Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيْمُ
Sesungguhnya orang pertama yang
diberi pakaian pada hari Kiamat adalah Nabi Ibrahim (HR. Bukhari no. 4371).
Adapun pakaian yang
dikenakannya ketika itu adalah pakaian yang dikenakan ketika mati. Abu Sa’id
al-Khudri radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda:
اَلْمَيِّتُ يُبْعَثُ فِيْ ثِيَابِهِ الَّتِيْ يَمُوْتُ فِيْهَا
Mayit akan dibangkitkan dengan
pakaian yang dikenakannya ketika mati (HR. Abu Daud no. 3114, al-Hakim no. 1260
dan Ibnu Hibban no. 7316. Hadith ini dinilai sahih oleh syeikh al-Albani dalam
Sahih at-Targhib wat-Tarhib no. 3575)
عن حذيفة بن أسيد قال : قام أبو ذر فقال : يا بني غفار ، قولوا ولا تحلفوا
، فإن الصادق المصدوق حدثني أن الناس يحشرون على ثلاثة أفواج : فوج راكبين طاعمين
كاسين ، وفوج يمشون ويسعون ، وفوج تسحبهم الملائكة على وجوههم وتحشرهم إلى النار .
فقال قائل منهم : هذان قد عرفناهما ، فما بال الذين يمشون ويسعون ؟ قال : يلقي
الله - عز وجل - الآفة على الظهر حتى لا يبقى ظهر ، حتى إن الرجل لتكون له الحديقة
المعجبة ، فيعطيها بالشارف ذات القتب ، فلا يقدر عليها
Daripada Huzaifah Ibn Asad yang
mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai
Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang
yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia
dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan. “Satu golongan
dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian
manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan kaki dan juga sambil
berlari-lari dan satu golongan lain pula diseret oleh para malaikat di atas
wajah mereka, lalu diiring ke neraka.” (HR. Ahmad no. 21456, an-Nasaie no.
2086, sanadnya dikuatkan oleh syeikh al-Arnauth dan hadith ini dihasankan oleh
al-Hafiz Abu Thahir, manakala syeikh al-Albani mendhaifkan hadith tersebut).
No comments:
Post a Comment