Matan hadith
لَيْسَ عَلَى أَهْلِ "لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ" وَحْشَةٌ فِي
قُبُورِهِمْ وَلَا فِي مَنْشَرِهِمْ، وَكَأَنِّي بِأَهْلِ "لَا إِلَهَ إِلَّا
الله" ينفضون التراب عن رؤوسهم، وَيَقُولُونَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي
أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ
Terjemahan
Tidak ada rasa gerun bagi ahli
Lailahaillallah di dalam kubur mereka dan tidak pula pada hari berbangkit.
Seakan-akan aku melihat saat mereka dibangunkan dari kuburnya sedang menepiskan
debu dari kepala mereka dan mereka mengucapkan, "Segala puji bagi Allah
yang telah menghilangkan duka cita dari kami".
Takhrij
HR. Ibnu Abi Hatim dalam
Tafsirnya pada ayat 34 surah Fathir, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/238,
at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 9478, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi
Dhuafa' 2/65, daripada Ibnu Umar ra.
Majoriti ulama hadith mendhaifkan
hadith ini kerana terdapat perawi- perawi yang dikritik dhaif seperti Abdur
Rahman ibnu Zaid ibnu Aslam oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Kafi al-Syaf
no. 236, Ibnu Hibban berkata dalam al-Majruhin 2/24 beliau pantas ditinggalkan.
Az-Zailaie menilai beliau dhaif jiddan dalam Takrij al-Kasyaf 1/153.
Ibnu Adi menilai hadith ini tidak
sahih (ghairu mahfuz).
al-Baihaqi mendhaifkan hadith ini
dalam Syuabul Iman 1/86 kerana tafarrudnya Zaid bin Aslam dan dia juga dhaif.
Ibnu Asakir mendhaifkan hadith
ini dalam Mu'jam al-Syuyyukh 1/136
al-Dimyathi dalam al-Mutjir
al-Rabih no. 209, berkata sanadnya parah.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3853.
Manakala riwayat penyokong lainnya
juga tidak sahih.
Dari jalan Ibnu Abbas ra dinilai
batil oleh Ibnu Hibban dan palsu oleh Abu Nuaim (Tahzibut Tahzib 9/191).
No comments:
Post a Comment